Wednesday, November 22, 2006

[ 20 ]

“Reen, cuba kau teka kami jumpa siapa tadi…”

Nureen sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Ala….teka la cepat,” pujuk Hanim lagi, tidak mahu mengalah.

“Malas la nak teka-teka…bagitau aje la..”

“Kau ni kan…tak rock la…”

“Rock ke balada ke…suka hatilah kau nak kata apa, yang pasti aku malas nak meneka..kalau kau nak cerita, teruskan. Kalau tak nak pun aku tak kisah la…”

“Kau ni, Nim..bukan kau tak tau perangai minah ni. Dia mana suka nak teka-teka ni. Bagitau aje la,” kata Syaz menyampuk. Agaknya takut nanti Nureen dan Hanim berselisih faham pasal tu.

“Tadi kami jumpa Faris,” beritahu Hanim. Nureen memandangnya.

“So?”

“Kau tak terkejut?” soal Hanim pelik.

“Terkejut? Pasal apa nak terkejut pulak?” Tanya Nureen kembali.

“Ye lah..sekurang-kurangnya kau terkejut dengar aku jumpa dia tapi kau tak jumpa…”

“Nim, kalau satu ketika dulu mungkin la tapi sekarang ni takde maknanya aku nak terkejut atau apa saja yang sama maksud dengan terkejut tu,” jawab Nureen selamba.

“Reen, tadi Faris tanya kau,” beritahu Syaz pulak. Nureen sedikit tersentak. Buat apa nak tanya pasal aku pulak, soal Nureen namun itu hanya bergema dalam kepalanya.

“Tanya aku? Kenapa?”

“Dia tanya kau mana sebab selalunya kan kita berdua so dia macam pelik la bila tengok aku dan Hanim,” jelas Syaz.

“Sibuk je nak tanya-tanya aku buat apa…bukannya aku ada kaitan denga dia sekarang ni,”

“Dia rindu tu,” usik Hanim sambil tersenyum. Nureen menjeling tajam.

“Jangan nak buat pasal. Buat apa nak rindu kat aku? Rindu la kat bini dia tu. Kan bini dia lebih baik dari aku….”

“Reen, dia tanya aku tadi, betul ke kau dah kawin,”

“What?! Habis kau kata apa?”

“Aku tak sempat nak cakap apa sebab Hanim dah potong cakap aku,”

“Kau cakap apa, Nim?”

“La..aku cakap la yang kau belum kawin. Tak kan aku nak tipu kot..” jawab Hanim tanpa rasa bersalah. Nureen merenung Hanim.

“Kau ni kan…ei..dah menyusahkan aku tau tak!” marah Nureen.

“Kenapa? Aku tak faham,” soal Hanim.

“Sebab…aku tak nak nanti dia ingat aku tak kawin sebab aku masih tunggu dia. Sedangkan sebenarnya aku bukan tunggu dia tapi aku memang takde hati nak kawin…”

“Sori, mana aku tau…patutla masa aku cakap tadi Syaz pandang aku semacam je,”

“Tau pun tapi kau gatal mulut jugak kan,” ujar Syaz. Nureen hanya mendiamkan diri. Takde mood nak melayan kedua temannya itu.

“Nak gi mana tu?” soal Syaz sebaik saja Nureen angkat kaki untuk beredar.

“Nak tenangkan perasaan….” Jawab Nureen lalu mengheret kaki ke bilik.

“Kenapa kau tak bagi hint kat aku tadi?”

“Kau yang yang potong cakap aku, macam mana aku nak hint,”

Sayup-sayup terdengar Hanim dan Syaz bertelagah. Lantak korang lah tapi yang pasti korang dah menyusahkan hidup aku untuk seketika waktu,ujar Nureen perlahan. Tiba di bilik, dia terus menghempaskan diri ke tilam. Dia memejamkan mata. Kata-kata Hanim masih terngiang-ngiang di telinga. Napalah nasib aku macam ni, keluh Nureen tanpa sedar.

Sementara itu, Faris memandang ke luar namun tiada apa yang menarik perhatiannya melainkan kepekatan malam. Mindanya tiba-tiba teringatkan pertemuannya dengan Syaz dan Hanim petang tadi.

“Hai! Ni Syaz kan?” tegur Faris. Gadis yang ditegur itu memandangnya. Riak wajahnya jelas terkejut.

“Abang Faris!”

“Nasib baik betul, risau juga abang tadi. Risau tersalah orang,” ujar Faris sambil tersenyum.

“Kalau salah orang minta maaf ajelah…tak sangka boleh jumpa abang kat sini,”

“A’ah kan. Lama kita tak jumpa. Syaz sihat? Datang dengan sapa? Sorang je ke?”

“Memang la, sejak abang dengan Lisa break-up, kita mana pernah jumpa. Abang tu kawin pun tak jemput kami. Erm..Syaz datang bertiga tapi sekarang ni sorang sebab Hanim kat cashier tu,” ujar Syaz sambil menunjuk ke satu arah.

“Kata bertiga, sorang lagi siapa?”

“Ala…buat-buat tanya pulak.. dah lupa ke best-friend Syaz, kan bekas kekasih kesayangan abang dulu…” ujar Syaz selamba dan ketika itu dia dapat lihat air muka Faris yang berubah rona. Namun Faris hanya tersenyum, mungkin senyum terpaksa.

“Erm..mana dianya?”

“Sapa?”

“Reen. Mana dia?”

“Dia kat Vincci. Cari kasut. Eh, abang sorang je ke? Isteri mana?” soal Syaz sambil memandang sekeliling.

“Abang sorang je hari ni. Dia ada hal,”

Syaz hanya mengangguk.

“Faris! Kau buat apa kat sini?” soal Hanim yang tiba-tiba saja muncul.

“Macam kau la, shopping,”

“Mesti shopping untuk isteri kan?”

“Lebih kurang la. Erm..Syaz, abang nak tanya sikit boleh?”

“Nak tanya apa?”

“Suami Reen orang mana?”

“Suami Reen? O..suami dia orang….”

“Reen mana kawin lagi,” beritahu Hanim tanpa sempat Syaz menghabiskan ayat.

Faris memandang Hanim dan Syaz silih berganti. Belum kawin, tapi kenapa Nureen bagitau hari tu yang dia dah kawin.

No comments: