Friday, November 10, 2006

[ 15 ]

Tension betul Nureen dengan sms lelaki tu. Sampai ke hari ini dia masih pelik..mana dia dapat nombor aku..nak kata aku ada berkenalan dengan sesiapa, seingat aku memang takde,bisik Nureen sendirian. Pening, tension, geram. Semuanya bercampur aduk dalam hati dia. Kalaulah dia dapat siapa yang menjaja nombornya memang selamat dikerjakannya. Erm..esok nak jumpa Hanim, bisik Nureen lagi. Alamak, lupa nak bagitau Syaz. Dengan pantas dia bangun dari katil dan keluar dari bilik menuju ke bilik Syaz. Tanpa salam atau mengetuk pintu, aku terus masuk ke bilik Syaz. Biasalah, bilik dia bilik Syaz juga dan bilik Syaz bilik dia juga.

“Amboi…kusyuknya sms. Sms dengan siapa? Dengan cik abang ek? Tak kenalkan pada aku pun…” sergah Nureen pada Syaz yang sedang asyik bersms.

“Kau ni, buat aku terkejut je. Mana ada cik abang. Aku dok sms dengan adik aku ni. Dia suruh aku bank-in duit pagi esok. Barang-barang kat hostel dah habis.”

“Ye ke? Entah-entah nak cover dengan aku…” usik Nureen.

“Tak kuasa aku nak cover-cover dengan kau. Lagi pun kalau aku cover pun, esok lusa kau mesti dapat tahu punya..”

“Ye la tu. Eh, aku nak bagitau ni. Hanim nak jumpa kita esok.”

“Hanim? Bila dia balik?” soal Syaz terkejut.

“Ye la, Hanim ‘montel’ kita tu la..aku pun tak sure bila dia balik sini tapi tadi dia call kedai. Dia nak jumpa kita esok. Kat Jusco.”

“Eh, mana dia dapat nombor telefon kedai ni?”

“Katanya dia terjumpa Faris dan Faris yang bagi nombor kedai kita tu atau lebih tepat direct-line aku..”

“Faris?!” soal Syaz terkejut.

“Ye, Faris.”

“Macam mana Faris boleh tahu direct-line kau pulak. Musykil aku ni..”

“Kau ni kan, memang pelupa betullah. Kan aku masih guna nombor yang sama walaupun kita dah pindah tempat.”

“Ye tak ye jugak. Tapi kan, Reen..”

“Tapi apa?” soal Nureen memotong percakapan Syaz.

“Dah 2 tahun korang bawa hal masing-masing tapi dia masih simpan nombor kau. Pelikkan..” ujar Syaz dan kata-kata itu membuatkan Nureen terpegun seketika. Ya, betul..sudah 2 tahun kami membawa haluan masing-masing, kenapa perlu Faris menyimpan nombor kedai aku, bisik Nureen.

“Entah, aku takde jawapan nak bagi pada kau, Syaz. Kau cari sendirilah kemudian kau bagitau aku jawapannya, ya.” Ujar NUreen kemudian.

“Agaknya kan, dia masih ingat pada kau tu..”

“Dah! Jangan nak mereka-reka cerita yang tak munasabah. Takde sebab dia nak ingat pada aku. Aku ni kan tak sesuai untuk dia. ‘Budak baik’ tu yang sesuai untuk dia.”

“Kau ni..aku bergurau aje tapi tak salah kan kalau Faris masih ingat pada kau. Kau pun masih ingat pada dia kan..”

“Bergurau boleh tapi bukan bab ni dan untuk pengetahuan kau, aku tak suka nak ingat-ingat pada dia. Bila ingat pada dia, aku teringat apa yang dia dah buat dan semua tu boleh menyakitkan jiwa aku..okeylah, aku nak masuk tidur dulu. Letihla..” kata Nureen lalu bangun dari katil Syaz.

“Kau marah aku ke? Kalau marah, aku minta maaf.”

“Takde maknanya aku nak marah pada kau, cik kak oiii…okeylah, good nite..”

“Okey, nite. Moga malam ni kau mimpi Faris..” usik Syaz sambil ketawa. Nureen terus melangkah, malas nak layan usikan Syaz kerana kalau dilayan makin menjadi. Tiba di bilik dia melabuhkan badan ke tilam. Kata-kata usikan Syaz tadi secara tak langsung telah mengembalikan memori dia bersama Faris dulu.

“Okey, sayang. Selamat malam..mimpi abang tau, malam ni.” Ujar Faris mengakhiri perbualan mereka.

“Sure..abang pun mimpikan Reen ye..jangan mimpi perempuan lain.” balas NUreen pula.

“Ye, sayang. Bye-bye. Assalamualaikum.”

“Bye-bye..waalaikumussalam.” Sebaik saja Nureen melafazkan jawapan salam itu, talian diputuskan. Dia memeluk bantal yang sememangnya berada di atas riba sejak mula berbual dengan Faris tadi. Harap-harap malam ni dapatlah jumpa abang dalam mimpi, bisik Nureen dan terus membaringkan diri dan memejamkan mata.

Alunan lagu warkah berlagu pilu mengembalikan Nureen ke alam nyata. Dia mencapai telefon di tepi katil. Lelaki ni lagi, bisik Nureen geram.

“dah tidur ke belum? Jangan lupa basuh kaki tau! Selamat malam..”

Dia terus delete message tersebut. Rimas dibuatnya. Tak faham-faham..kalau dah orang tak balas sms tu maknanya orang malas nak layan tapi dia ni…aku tak balas sms dia pun dia tetap setia nak hantar message, tak rasa rugi kredit ke..rungut Nureen. Kemudian dia meletakkan telefon di tepi dan terus membaringkan diri. Nureen memejamkan mata dan berharap agar dia dapat tidur dengan nyenyaknya.

No comments: