Wednesday, November 15, 2006

[ 17 ]

Nureen menarik nafas panjang, cuba mencari ruang untuk memulakan cerita. Jari-jemari Syaz masih kuat ke genggam. Dengan perasaan yang bercampur baur, dia menceritakan semua yang berlaku pada Hanim. Riak terkejut jelas terpancar di wajahnya. Sesekali dia menggelengkan kepala.

“Dia kata dia dah bagi hati dia pada perempuan lain, Nim. Katanya student dia. Dah kenal lama tapi masa tu baru beberapa bulan diaorang serius dan paling aku kecewa bila dia bagitau yang dia dah janji dengan keluarga budak tu untuk masuk meminang, Nim..” ujar Nureen menahan sebak yang bertandang. Dia dapat merasakan yang air matanya bertakung. Nureen memejamkan mata cuba untuk mententeramkan perasaan kerana setiap kali dia teringatkan pertemuan terakhir dia dan Faris, dia akan menangis walaupun peristiwa itu telah berlalu hampir 3 tahun.

“Reen, aku betul-betul terkejut dengan perkara ni sebab aku dan kawan-kawan yang lain semua tahu yang kau dan Faris tak pernah ada masalah. Aku susah nak percaya apa yang dah jadi..”

“Memang susah nak percaya tapi itulah yang terjadi. Bukan kau je tak percaya tapi aku sendiri masih tak dapat nak terima kenyataan ni walaupun dah hampir 3 tahun. Aku..aku..” sebak yang bertandang menyebabkan kata-kata Nureen terhenti.

“Dah la, Reen. Kita lupakanlah pasal ni, kita tak bincang dah pasal ni, ok?” pujuk Hamin sambil memegang tangan Nureen. Tika itu Nureen hanya mampu melemparkan sebuah senyuman buat teman yang memahami.

“Kau tidur sinilah malam ni,” ujar Syaz yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

“A’ah la…betul kata Syaz tu,”

“Betul ni? Aku okey je sebab esok aku tak keje, Sabtu kan. Korang lah yang keje,”

Nureen memandang Hanim “Kami boss, anytime boleh cuti,”

“Tapi…”

“Tapi apa lagi?” soal Syaz tanpa sempat Hanim menghabiskan kata-katanya.

“Aku mana ada bawa baju la, makcik…”

“No problem, boleh pakai baju aku atau Reen tapi yang kecik-kecik tu nanti kita pergi belilah..kan Reen,” ucap Syaz dan memandang Nureen dan Hanim silih berganti. Nureen hanya menganggukkan kepala.

“Korang duduklah dulu, ye. Aku nak masuk office jap,” ujar Nureen lalu bangun meninggalkan Syaz dan Hanim.

“Tak patut Faris buat Reen macam tu…apa yang istimewanya student dia tu sampai dia buat Reen macam tu?”

“Entah, aku pun tak tau, Nim. Kalau kau terkejut, aku lagi terkejut masa tu. Aku ingat lagi petang tu. Masa aku sampai rumah, Reen belum balik lagi sedangkan dia keluar dari kedai pagi lagi. Masa dia keluar tu aku tak tau dia ke mana. Tup..tup…dia balik dah dekat nak senja dengan muka sembab, mata bengkak. Aku tanya kenapa langsung dia tak nak cakap, puas aku pujuk akhirnya dia cerita semuanya. Macam yang kau dengar tadi.”

No comments: