Thursday, September 28, 2006

[ 5 ]

“Nureen, apsal kau lambat?” soal Syazana sebaik saja Nureen melangkah masuk.

“Kenapa? Rindu kat aku ke?” tanya Nureen mahu mengusik Syazana.

“Tolonglah….aku bukan rindu kat kau tapi aku tak larat nak jawab call bagi pihak kau,”

“Jawab call bagi pihak aku? siapa yang call?”

“Pakwe kau,” jawab Syazana selamba.

“Kau jangan nak mengada, Syaz. Bagitau lah siapa yang call?”

“Ala..supplier computer kita tu. Dia call pasal nak confirm tentang penghantaran computer ke Syarikat Mawar tu. Aku tak berani nak confirm sebab aku tak tengok pun quotation company tu lagi pun mana boleh aku jawab suka-suka hati aku, kau kan ‘big boss’ so aku kata tunggu kau balik. Dah 3 kali dia call. Yang kau ni balik lambat pergi mana? Pukul 2.30 baru sampai kedai,”

“Lambat ke? Aku rasa sekejap je,” jawab Nureen sambil lewa. Tangannya membelek fax yang diberi oleh Intan tadi.

“Sekejap kau kata? Sekarang ni dah pukul 2.30 tau. Nak kata kau pergi beli makanan, sekarang ni bulan puasa. Mana kau pergi, Reen?”

“Tak pergi manalah. Lepas pergi bank aku pergi kedai. Tengok calon-calon yang nak ditemuduga tu, pastu temuduga sorang dua. Kemudian aku datang sini,”

“Ye ke? Tak percayalah aku. tengok muka kau ni, aku tau kau rahsiakan sesuatu dari aku. Tak nak kongsi dengan aku ke?” soal Syazana.

“Erm…jap aku fikir. Ada ke cerita yang nak dikongsi dengan kau. Nantilah, aku nak return call supplier tu kemudian kalau aku teringat ada cerita yang aku nak kau tau, aku panggil kau. Okey cik Syazana Humairah?” soal Nureen sambil tersenyum dan berlalu ke biliknya. Syazana hanya menggelengkan kepala, dia tahu Nureen menyembunyikan sesuatu darinya.

“Hello, boleh saya bercakap dengan En. Razali. Saya Cik Nureen Farisya dari Farisya Net Café,” ujar Nureen setelah taliannya disambungkan ke pejabat Encik Razali. 15 minit kemudian dia meletakkan gagang telefon. Syukur semuanya selesai, bisik Nureen. Dia bangun dan menjenguk Intan di kaunter.

“Intan, Kak Syaz ada kat bilik dia ke?”

“A’ah. Kenapa, kak?”

“Tolong minta dia masuk bilik akak sekejap,”

“Okey,”

“Thanks,” ujar Nureen pada Intan. Dia kembali ke mejanya. Sementara menanti Syazana dia cuba mengingat kembali pertemuan tak sengaja dia dan Faris pagi tadi.

“Yes, cik Nureen. Ada apa?” pertanyaan Syazana secara tiba-tiba itu mengejutkan Nureen.

“Kau betul-betul nak share cerita aku?” soal Nureen mahukan kepastian.

“La…kau ni. Sejak bila pulak aku main-main. Selama ni kan kita memang berkongsi cerita cuma sometimes kau tu yang nak simpan sorang-sorang,”

“Okey…okey…tapi jangan terkejut tau,” pesan Nureen.

“Kenapa?” soal Syazana pelik.

“Sebenarnya tadi, masa aku keluar dari bank, aku jumpa abang,” tutur Nureen perlahan.

“What?! Jumpa Faris?” soal Syazana seolah tidak percaya. Nureen menganggukkan kepala. Dia sudah dapat mengagak yang Syazana pasti akan terkejut.

“Kau jumpa kat mana?”

“Kan aku bagitau tadi, aku jumpa lepas keluar dari bank. Maknanya kat depan bank la,” tutur Nureen lagi dan dia terus bercerita pada Syazana tentang pertemuan yang tak diduga itu.

“Agaknya dia sayang lagi pada kau. Tu pasal dia macam ambil berat tentang kau atau dalam erti kata lain ambil tahu tentang perkembangan diri kau,” usik Syazana sebaik saja Nureen habis bercerita. Namun Nureen hanya menggelengkan kepala, menafikan apa yang diperkatakan oleh Syazana.

“Betul..kalau dia dah tak sayang kau, buat apa dia tanya kedai kau yang lain kat mana dan aku rasa dia jealous pada lelaki yang berjaya menjadi ‘suami’ kau. Tu pasal dia nak sangat kenal dengan suami kau,” ujar Syazana lagi.

“Pembetulan ek…dia sebenarnya tak tau apa-apa pun tentang perkembangan diri aku. Kalau dia betul-betul ambil tahu tentang perkembangan diri aku, dia akan tahu sebenarnya yang aku belum lagi ada suami and one more thing, what for dia nak jealous kat aku pulak…bukan aku yang bahagia tapi dia yang bahagia selama ni. Dia tak tau yang selama ni aku menderita dan sengsara disebabkan perbuatan dia, disebabkan dia yang tak jujur dengan aku. Bukan aku yang bagi kata putus, dia yang bagi. Hanya sebab aku lambat bagi keputusan, senang-senang dia kata aku tak serius atau apa saja yang sewaktu dengannya dan dia juga yang buat janji dengan budak perempuan tu. Entah-entah dia memang dah lama nak buat keputusan untuk kawin dengan budak tu tapi takde alasan yang kukuh untuk tinggalkan aku tapi bila jadi macam tu dia bagi kata putus, seolah-olah aku yang salah,” ujar Nureen dalam nada suara yang agak tinggi.

“Sorry, Reen. Aku bukan nak ingatkan kau tentang kisah lalu, aku cuma bagi pendapat apa yang aku rasa. I’m sorry, okey,” ujar Syazana memohon maaf.

“Aku pun minta maaf, Syaz. Aku bukan marah kau tapi aku terkilan bila kau kata abang jealous sebab aku bahagia sedangkan sebenarnya kau tahu apa yang terjadi dan apa yang aku alami sepanjang 2 tahun ni. Sekarang ni pun aku rasa macam..entahlah..mungkin ini dugaan Allah untuk aku,”

“Aku betul-betul minta maaf,”

“It’s okey. Forget it. Tak pasal-pasal kita bertekak pasal ni. Aku nak siapkan kerja sikit lepas tu nak balik rumah. Jangan lupa petang ni kita berbuka dengan Along,” ujar Nureen mengingatkan Syazana.

“Okey, aku keluar dulu. Kau jangan tension-tension tau,” pesan Syazana. Nureen hanya tersenyum dan menganggukkan kepala. Kata-kata yang Syazana ucapkan tadi masih terngiang-ngiang di telinga.

“Agaknya dia sayang lagi pada kau. Tu pasal dia macam ambil berat tentang kau atau dalam erti kata lain ambil tahu tentang perkembangan diri kau”

Sayang pada aku? Hurm…kalau sayang pada aku, kenapa mesti putuskan hubungan yang sekian lama terjalin. Kenapa mesti memilih orang lain sebagai teman hidup sedangkan 8 tahun sebelum tu, aku dan dia menyulam janji untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat. Kenapa? Adakah sebab aku lambat memberikan kata putus maka dia membuat kesimpulan bahawa aku tidak bersungguh-sungguh untuk hidup bersamanya? Abang, kalau Reen tidak bersungguh, tak perlu tunggu 8 tahun untuk berpisah. Kerana bersungguhlah, Reen sanggup menunggu abang tapi apa yang Reen dapat, kekecewaan kerana abang rela mengambil orang lain sebagai ganti. Orang yang abang kata sesuai dapat dapat memahami abang sepenuhnya. Kenapa abang buat Reen macam ni, ujar Nureen tanpa sedar.

“Kak Reen cakap apa?” teguran Syikeen mengembalikan Nureen kea lam nyata. Tak sangka yang begitu jauh dia mengelamun sehingga tak sedar Syikeen yang masuk dan berdiri di depannya.

“Ada apa. Syikeen?”

“Ni ada fax dari Pusat Tuisyen Baiduri. Nak quotation untuk desktop lagi,”

“Okey nanti akak fax balik pada mereka. Thanks,”

Nureen memandang fax di tangan. Dia bersyukur kerana kedai buku dan cyber café yang diusahakan bersama Syazana dah bertambah maju. Dia juga bersyukur kerana Faris sudi memberikan modal untuk dia memulakan perniagaan. Siapa sangka kedai yang diimpikan bersama Faris ketika sedang bercinta-berkasih satu ketika dulu sudah menjadi kenyataan dan semakin maju. Kedai ini lambang cinta mereka kerana melalui computer la cinta mereka berputik namun dia terkilan kerana impian mereka untuk hidup bersama tidak kesampaian. Tiap kali teringatkan kedai yang diusahakan, hati Nureen meruntun pilu, pilu kerana terkenangkan Faris dan segala kenangan mereka.

[ 4 ]

“Reen! Buka pintu ni!” kedengaran suara Syazana diluar. Nureen bangun dari katil dan membuka pintu. Tanpa disuruh, Syazana meluru masuk.

“Kenapa Reen?” soal Syazana cemas.

“Kenapa apa?” soal Nureen semula, agak pelik dengan pertanyaan Syazana.

“Kau menjerit tadi kan. Kenapa? Apa jadi?”

“Ooo…yang itu. Takde apa-apa lah. Aku jerit lepas geram je. Ada sorang manusia ni, mana ntah dia dapat nombor aku pastu sibuk dok sms aku tanya buat apa la, tidur lagi ke apa ke…yang aku pelik tu, sebelum ni takde, semalam dia tetiba dia muncul. Geram aku dibuatnya,”

“Ala..peminat kau agaknya,” usik Syazana sambil tersenyum. Tau sangat perangai kawannya yang seorang ni, tak suka diganggu oleh orang yang tak dikenali.

“Peminat? Boleh blah! Entah-entah kau yang bagi nombor aku kat lelaki tu. Baik kau cakap Syaz…”

“Ish!! Takde masa aku nak bagi, lagi pun aku tau pantang larang kau. Tapi kan, Reen..kalau kau tanya,aku nak bagitau siapa nombor handphone kau, aku nak bagi Faris tapi kalau fikir logik, buat apa nak bagi Faris. Dia mesti ada nombor kau sebab kau bukannya tukar nombor, pun..betul tak?”

“Wei! Yang kau sebut nama dia pagi-pagi ni buat apa? Hilang mood aku, tau tak. Lagi pun nama dia tu keramat, jangan disebut nanti tak pasal-pasal muncul kat depan pintu rumah kita pulak. Tak nak aku…”

“Ala..apa salahnya kalau dia muncul,” usik Syazana lagi.

“Kau nak mati ke, Syaz? Kau juga yang bagitau aku yang dia dah kawin dan semalam kau ingatkan aku yang dia tentu bahagia dengan keluarganya so what for dia nak muncul depan rumah kita? Nak cari nahas ke?”

“Jangan lah marah. Aku kata ‘kalau’ so tak semestinya betul, kan? Reen, entah-entah kan, Faris yang dok sms kat kau. Mana tau kalau dia dah tukar nombor baru,”

“Ye sangatlah tu. Semalam kau jugak yang cakap kat aku, buat apa nak ingat-ingat pada Faris. Dia dah tentu sedang berbahagia dengan isteri dia. Kan??”

“Erm..ye aku yang cakap. So, memang yang dok sms kau ni peminat kau la tu. Apa lagi, layan ajelah. Kau kan single and available,”

“Sorry, aku tak nak cari masalah. Aku tak tau siapa dia dan status dia. Mungkin dia kekasih orang atau suami orang. Aku tak nak cari penyakit dan yang pasti I’m not desperated,” jawab Nureen tegas.

“Ikut suka kau lah. Eh, ari ni kau jadi ke nak jenguk kedai kat Manjoi tu?”

“Aku nak ambil buku cek kat BCB pastu baru ke kedai. Aku nak bincang dengan Jia tentang temuduga pekerja baru. Dalam pukul 1.30 aku terus ke office la. Oh, ya! Petang ni kita dating dengan Along ek…dia nak belanja kita berbuka,”

“Orait. Aku pergi dulu ek. Kau tu jangan nak tension-tension bulan puasa ni,” pesan Syazana.

“Ye la makcik, aku pun nak bersiap,”

Dia baru memasukkan gear undur apabila handphonenya mengalunkan lagu Warkah Berlagu Pilu. Lantas dia menukar gear dan menarik handbrakes, kemudian mengambil handphone di dalam beg tangannya.

Kat mana? Dh sampai kedai?

Macam mana dia tau aku ada kedai, bisik hati Nureen pelik. Mungkinkah lelaki ini selalu mengekorinya. Matanya melihat cermin belakang. Risau juga. Dia memasukkan handphonenya ke dalam beg dan memulakan perjalanan yang tergendala tadi. 10 minit kemudian handphonenya kembali berbunyi, Nureen membiarkan saja. Kalau urgent sangat mesti orang tu akan call tapi aku tau mesti lelaki tu yang hanta sms, ujar Nureen sendirian. Setelah memarkir kereta berhampiran BCB, dia membaca sms yang diterima tadi ssebelum keluar dari kereta.

Knp tak bls sms sy? Jgnlah sombong sgt, tak baik tau…

Dia memadam sms tersebut. Sakit hati dan geram dengan gangguan dari lelaki itu. Ikutkan hati yang sakit nak je dia tukar nombor baru tapi terasa sayang pulak sebab ramai rakan-rakannya tau nombor tu dan nombor tu ada banyak kenangan dengan Faris. Ish, pasal apa pulak aku teringat Faris, lupakan dia Nureen, pujuk hati kecilnya. Entah-entah Faris yang mengganggu tapi untuk apa? Untuk menghancurkan hatinya yang sudah pecah itukah?? Sampai bila-bila dia tidak akan lupa perbuatan Faris dan tak mungkin akan memaafkannya.

Selesai berurusan di BCB, Nureen melangkah ke keretanya yang di parkir di kawasan letak kereta berhampiran. Langkahnya mati tiba-tiba tatkala memandang sesusuk tubuh yang sedang berjalan ke arahnya. Alamak, kenapa jumpa pulak ni, bisik Nureen perlahan.

“Nureen!”

Dia mengangkat wajahnya, melihat lelaki yang berdiri di depannya. Ada kejutan di wajah lelaki itu. Mungkin tak sangka akan bertemu di situ.

“Tak sangka jumpa Reen kat sini. Dari mana ni?”

“Reen pun tak sangka boleh terjumpa abang,” jawab Nureen sedikit gementar kala menuturkan panggilan itu. Sudah lama dia tidak menyebut perkataan itu sejak mereka berpisah.

“Reen dari mana? Reen sihat?” soal lelaki itu lagi.

“Reen dari bank dan macam yang abang lihat, Reen sihat. Abang macam mana?” soal Nureen sekadar berbahasa.

“Abang pun sihat juga. Buat pinjaman ke?”

“Tak, pergi ambil cek. Erm..Reen minta diri, nak ke kedai pulak ni, ada interview,”

“Nantilah sekejap, abang tak puas lagi bercakap dengan Reen. Reen dah jarang ke kedai ke?”

“Kenapa?”

“Selalu jugak abang lalu kat area kedai tapi tak nampak pun kereta Reen,”

“Reen dah tak jaga kedai yang situ, Reen jaga kedai lagi satu. Reen minta diri dulu, dah lambat ni,” ujar Nureen. Sesungguhnya dia kurang selesa untuk berbual lama dengan Faris walaupun hatinya ingin berbuat demikian. Dia sedar jurang yang wujud antara dia dan Faris dan dia juga sedar tentang status Faris.

“Kedai lagi satu? Abang tak tahu pun. Kat mana?” soal Faris ingin tahu. Nureen memandang Faris, seperti tak percaya apa yang didengar. Untuk apa dia nak tahu.

“Tak payahla abang tau, bukannya kedai besar, kecil je. Oklah, Reen pergi dulu,”

“Ok. Kirim salam pada suami Reen ye. Bila nak kenalkan dengan abang?”

“Suami? Nantilah bila ada kelapangan, abang pun bolehlah kenalkan isteri abang pada Reen. Reen jalan dulu, assalamualaikum,” ujar Nureen dan terus melangkah ke keretanya. Suami..aku mana ada suami yang nak dikenalkan pada dia.

“Waalaikumussalam. Drive elok-elok,”

Nureen buat tak dengar apa yang diperkatakan Faris itu. Tak perlulah kau nak tunjuk sikap caring kau wahai abang. Semua tu tak dapat menyembuhkan luka dihati aku,bisik Nureen Farisya sendirian. Sebaik saja gear dimasukkan, dia terus menekan minyak dan berlalu dari situ, namun begitu sempat juga dia membunyikan hon kepada Faris yang masih berdiri di situ.

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Inikah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan…

Dalam perjalanan ke kedai, Nureen sempat lagi memikirkan reaksi Syazana nanti bila mendengar cerita yang dia bertemu Faris. Mesti Syazana pun terperanjat seperti dia yang terperanjat dan masih tidak percaya yang dia telah bertemu dengan Faris setelah 2 tahun tak jumpa…kuasa Allah tak siapa boleh haling, ujar Nureen perlahan.

[ 3 ]

Alunan lagu Warkah Berlagu Pilu mengejutkan Nureen dari lena. Dengan mata yang masih terpejam, dia meraba-raba mencari telefon bimbitnya di tepi bantal.

Slmt pagi, Farisya. Dh pergi kerja @ msh berselimut?

Matanya terbuka luas sebaik saja habis membaca sms yang diterimanya. Pagi-pagi dah mengacau aku, takde kerja agaknya,rungut Nureen. Dia meletakkan telefon ke meja disebelah katil dan kembali memejamkan mata, malas mahu melayan sms tersebut. Namun belum sempat dia memejamkan matanya, telefonnya berbunyi lagi. Dia hanya membiarkan saja sehingga bunyi tersebut berhenti. Tiba-tiba lagu Pudar pula yang berkumandang. Bergegas dia bangun dan mencapai telefon bimbitnya.

"Adik! Napa tak balas sms Along?”

“Sorry, kredit takde lah. Kenapa?” ujar Nureen berdalih sedangkan sebenarnya dia menyangkakan bunyi sms tadi adalah sms dari lelaki yang mengganggunya, mana dia sangka itu sms dari kakaknya. Ampun kak, bisik Nureen dalam hati.

“Petang ni berbuka kat mana?”

“Erm..tak tau lagi. Belum plan apa-apa pun dengan Syaz. Kenapa?”

“Along nak ajak adik & Syaz berbuka kat luar. Bosan la nak berbuka sorang-sorang,”

“Berbuka sorang-sorang? Habis abah & mama kat rumah tu siapa? Bukan orang macam Along jugak ke?” soal Nureen pelik.

“Abah dengan mama tak adalah cik adik oiii…diaorang berbuka kat rumah Pakcik Roslan,”

“La..apsal Along tak ikut? Malu dengan anak dia ke?” soal Nureen sambil ketawa kecil.

“Ada pulak…malas la. Abah dengan mama tu nanti mesti balik lambat, boring la,”

“Ye ke boring ke suka?”

“Adik!! Jangan nak mengada ek..petang berbuka dengan Along. Ajak Syaz sekali,”

“Baik boss. Tapi nak jumpa kat mana?”

“Kita berbuka kat Sabar Menanti. Along tunggu kat situ,’”

“Orait. Jumpa nanti. Oklah, adik nak siap gi kedai ni,”

“Okey, bawa kereta baik-baik. Bye..”

Setelah menamatkan perbualan dengan kakaknya, Nureen membuka sms yang diterima semasa sedang becakap tadi. Dia lagi, bisik hatinya tidak senang.

Knp tak bls sms sy? Msh tdr lagi ke? Tak baik tau anak dara sambung tdr lps subuh & bangun lewat, rezeki tak masuk :-)

Eiii..sibuknya dia ni, suka aku la nak bangun pukul berapa, bentak Nureen perlahan. Aku bukannya kerja dengan dia nak kena bangun awal-awal pagi, suka aku la nak sambung tidur lepas Subuh ke tak…dan dalam marah itu dia membalas sms tersebut.

Awk ni siapa hah?! Suami saya ke yg nk sibuk-sibuk saya bangun lambat ke apa ke? Suka hati sy la nak bangun pukul berapa!!

Nureen tersenyum, puas hati dengan ayat tersebut. dia berdoa agar lelaki tu tak membalas smsnya namun beberapa minit selepas dia berdoa, telefonnya mengalunkan lagu menandakan ada sms diterima. Dengan pantas dia membaca…

Skrg mmg blm jd suami awk tapi mgkn 1 hari nnt..siapa yang tahu…:-)

Argh!!! Perasannya lelaki ni!!! Jerit Nureen geram.

[ 2 ]

Tiba di rumah, dia terus masuk ke bilik. Tidak sabar rasanya nak merehatkan diri. Setelah siap menukar pakaian tidur, Nurin merebahkan badannya ke katil. Sambil berbaring tu dia teringat semula apa yang dikatakan Syazana semasa berbuka tadi. Buat apa aku nak ingat pada dia sedangkan dia sekarang tentunya bahagia dengan pilihan hatinya. Tapi…sebenarnya aku belum benar-benar lupakan Faris meski pun sudah 2 tahun berlalu. Aku boleh tipu semua orang, kata aku sudah melupakan Faris tapi aku tak boleh nak tipu diri aku sendiri. Walau macam mana sibuk pun aku, sesekali aku tetap teringat pada Faris, tetap sayang, tetap rindu pada dia. Puas aku cuba untuk hilangkan semua tu tapi aku tak boleh…ahhhh…susahnya..kenapa semua ni mesti jadi pada aku, keluh Nureen perlahan.

Dia bangun dari katil dan mencari handphone di dalam beg tangan. Dengan pantas jari-jemarinya menekan keypad, mencari nombor Faris. Walaupun sudah 2 tahun namun dia masih menyimpan nombor Faris. Memang dia rindu pada Faris tapi untuk menghubunginya jauh sekali, dia sekadar menyimpan nombor tersebut. Nurin memandang skrin telefon bimbitnya. Tanpa sedar dia menyebut nama Faris.

“Betul ke apa yang abang bagitau Reen ni?” soal Nurin sebak. Dia cuba sedaya upaya menahan air mata agar tidak menitis. Matanya tetap memandang Faris. Tiada suara yang keluar, hanya sekadar anggukan mengiyakan apa yang dikatakan. Nureen menjadi semakin sebak dan pilu. Inikah kesudahan kisah cinta mereka. Tanpa sedar, dia menggelengkan kepala, cuba menafikan apa yang telah didengar dan dilihat.

“Abang minta maaf, Reen. Abang memang tak dapat nak teruskan hubungan kita. Reen carilah lelaki yang lebih baik dari abang, abang tak layak untuk Reen. Abang yakin Reen akan temui lelaki yang lebih baik dari abang nanti,”

Nureen hanya memandang. Mudahnya kau berkata-kata wahai lelaki dan menjadi lebih mudah kiranya aku dapat menerimanya tetapi malangnya aku tak dapat menerima apa yang kau katakan padaku, bisik hati kecil Nureen. Dia tak sangka dengan begitu mudah Faris melupakan kisah cinta mereka, melupakan janji yang telah ditabur. Sungguh dia tak sangka bahawa kisah cinta yang disemai, dibaja, dijaga akhirnya musnah sekelip mata. Tanpa sedar, akhirnya air mata yang ditahan mengalir perlahan. Sampai hati abang buat Reen macam ni, bisik hati Nureen. Nureen memandang Faris yang sedari tadi hanya memandang ke luar, seolah-olah tidak sudi lagi untuk menatap wajahnya walau untuk seketika.

Alunan lagu Warkah Berlagu Pilu mengejutkan Nureen dari lamunan. Dia mengerling jam di dinding, 11.30 malam. Siapa juga yang menghantar sms waktu-waktu begini, rungut Nureen namun tangannya tetap mencapai telefon bimbit di tepi katil. Melihat nombor yang tertera di skrin lcd telefon bimbitnya, Nureen tahu bahawa sms tersebut dari orang yang tidak dikenali atau dia kenal tapi tak simpan nombor telefonnnya.

Buat apa tu? Dah tidur ke?

Nureen membiarkan saja sms tersebut. Tak kenalkan diri tiba-tiba tanya aku buat apa, malas nak layan, rungut Nureen. Dia kembali berbaring, cuba untuk melelapkan mata juga cuba untuk melupakan ingatan tentang Faris yang tiba-tiba muncul di fikirannya. Namun tak sampai 5 minit, telefon bimbitnya kembali berdering. Dia meraba tepi bantal mencapai telefon bimbitnya.

Knp tak bls sms sy? Takkan tak sudi kot….

Ish..siapa ni. Nak main-mainkan aku ke, bisik Nureen geram. Dengan pantas dia menekan keypad telefon bimbitnya. Dia membaca kembali apa yang dikarang dan setelah puas hati dia menekan butang Send. Tak sampai 5 minit, dia menerima balasan sms. Cepat-cepat dia membuka dan membacanya, ingin tahu siapa yang mengganggu ketenangannya malam-malam begini.

Betul nak tau siapa sy? Oklah, awk bole panggil saya Luqman @ klu nk lbh mesra, awk bole panggil sy ‘abg luqman’…

Luqman, ujar Nureen perlahan. Dia segera membalas sms tersebut. Dalam hatinya tertanya-tanya siapa lelaki yang bernama Luqman itu dan dari mana dia dapat nombor telefonnya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Luqman…seingatnya dia hanya kenal seorang saja Luqman dalam hidupnya tapi tak mungkin dia, bisik Nureen. Dalam dia meneka-neka siapa gerangan lelaki itu, telefon bimbitnya kembali berdering.

Buat masa ni, sy x bole bgtau dr mana sy dpt nombor hp awk ni, Farisya tapi 1 hari nnt awk akan tau jg…slmt mlm, a’kum.

Farisya?! Dia tau nama aku, ujar Nureen perlahan. Entah siapa jugaklah yang menjaja nombor telefonnya. Kalau aku dapat tau, siapa punya kerja, siaplah aku ‘basuh’, ujar Nureen lagi. Sms terakhir lelaki itu dia biarkan saja, malas nak layan, buat habis kredit je. Dia kembali berbaring dan cuba untuk tidur.

Thursday, September 21, 2006

[ 1 ]

Hari ni dah 6 Ramadhan. Alhamdulillah, aku dapat menunaikan kewajipan sebagai umat Islam sekali lagi tahun ni, ucap Nureen perlahan. Entah kenapa tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Apa khabar agaknya dia sekarang. Tentunya dia sedang berbahagia dengan insan tersayang. Teringin juga aku untuk menghubunginya tetapi untuk apa. Kau nak lukakan hati kau sendiri ke Nurin, soal hati kecilnya. Dia menggelengkan kepala.

"Apsal tergeleng-geleng sorang-sorang ni?" Sergahan Syazana mengejutkan Nurin Farisha dari lamunan.

"Tak ada apa-apalah. Just teringatkan sesuatu." Jawabnya sambil tersenyum."Sorrylah, lambat. Aku terlepas bas 3.30 tadi. Kita nak berbuka kat rumah ke kat luar?""Kat luarlah cik kak oi..aku mana masak lagi pun aku malas nak ke pasar ramadhan tu, mesti takde parking punya tambah dah lewat camni." Ujar Nureen sambil menunjukkan ke arah jam di dashboard keretanya. 6.30 petang.

"A'ah lah. So, kita nak makan kat mana?"

"Kita makan kat Jusco lah, senang nak parking. Sampai sana kita decide la nak makan kat food court ke atau kat fast food restaurant." Nureen memberikan cadangan dan terus memandu ke Jusco setelah Syazana mengangguk setuju.
"Nak makan kat mana?"

"Em..entahlah. Tak kisahlah, Mc D boleh, KFC boleh, nak makan kat food court pun boleh."

"Kita tengok kat food court dulu, kalau penuh, kita masuk Mc D ajelah. Aku tengok tadi Mc D banyak lagi seat."

Lalu mereka berdua bergerak ke food court yang terletak di tingkat satu. Sambil berjalan mereka berbual tentang kursus yang dihadiri Syazana semalam.
"Semalam aku jumpa En. Zakwan. Dia ingat lagi kat kita."

"Hah?! Mr. Zack ingat lagi kita?" Soal Nureen tak percaya.

"Iye. Dia yang tegur aku semalam. Lepas tu dia tanya aku pasal kau. Aku ceritalah yang kita dok serumah, share business. Dia punyalah terkejut."

"Dia dah kawin, ada anak 2 dah." Penjelasan Syazana membuatkan Nureen makin terkejut. Tak sangka En. Zakwan atau lebih dikenali dengan Mr. Zack yang garang tu dah ada anak 2.

"Alamak, penuh la." Ujar Syazana tiba-tiba.

"Ish..ni yang malas ni. Kita masuk Mc D ajelah, nak? Atau kau nak masuk KFC."

"Mc D lah. Dah lama aku tak makan Mc Chicken."

Tiba di Mc D, Nurin mengambil tempat manakala Syazana beratur memesan makanan. "Aku macam biasa ye, Mc Chicken, medium." Pesan Nureen pada Syazana.Sebenarnya kalau tak pesan pun Syazana dah tau apa yang Nureen nak kalau ke Mc Donalds begitu juga sebaliknya. Persahabatan yang terjalin lebih dari 12 tahun itu sudah cukup untuk mereka saling memahami antara satu sama lain. Malah rasanya mereka lebih memahami antara satu sama lain berbanding adik beradik sendiri. Mungkin satu kebetulan atau sudah suratan mereka berdua adalah anak bongsu dari dua beradik,cuma yang membezakan mereka ialah, Nureen Farisya mempunyai kakak manakala Syazana Humairah mempunyai abang dan mungkin satu kebetulan, sebenarnya ibubapa mereka juga sudah lama kenal dan berkawan. Namun begitu mereka berdua mula kenal dan berkawan ketika tingkatan 6. Ketika pendaftaran itulah baru mereka tahu bahawa ibubapa mereka saling mengenali antara satu sama lain.
"Kau ni kan, pantang la dok sorang-sorang, mesti nak termenung. Kau ingat apa sebenarnya?"Kemunculan Syazana secara tiba-tiba mengejutkan Nureen yang sedang asyik termenung.

"Kau ni, nasib baik aku takde lemah jantung. Kalau tidak, wajib aku pengsan kat sini tau!" Kata Nureen pura-pura memarahi Syazana.

"Takpe, kau pengsan, aku hantar pergi hospital. Pantai Puteri dekat je, Fatimah pun dekat. Nah, Mc Chicken kau." Ujar Syazana sambil ketawa. Nureen menyambut burger yang dihulur Syaza. Dia menjeling jam di tangan, 7.05.

"Syaz, dah masuk waktu lah. Apa lagi, makan la." Beritahu Nureen pada Syazana."Ye ke? Aku tengok takde pun yang minum ke makan ke."

"Iye, dah 7.06 ni. Kita minum dulu, lepas tu mesti ada orang ikut. Aku yakin waktu dah masuk dah ni."

"Okey." Syazana menjawab dan membaca doa berbuka. Seperti yang Nurin jangkakan, lepas mereka minum, yang lain turut minum. Masing-masing menunggu siapa yang nak mula berbuka.

"Syaz, tiba-tiba kan, aku teringat kat seseorang lah."

"Siapa?""Kalau aku bagitau kau jangan marah tau!"

"Siapa? Faris?" Soal Syazana tak sabar ingin tahu. Nurin terkedu sekejap mendengar Syazana menyebut nama Luqman Faris. Macam mana dia tau aku teringatkan abang ni..pelik, bisik hati Nurin.

"A'ah. Aku tetiba je teringat pada dia. Macam mana kau tau aku teringat kat dia, ek?""Entah. Aku main teka je. Kenapa kau nak ingat lagi pada dia, Nurin? Dia kan dah bahagia dengan pilihan dia."

"Aku pun tak tau la, Syaz. Tiba-tiba je aku teringat kat dia. Rasa macam rindu pada dia. Aku tau dia dah pilih orang lain tapi…" Nurin tak dapat nak teruskan kata-kata dan tiba-tiba dia jadi kenyang. Burger yang baru separuh di makan, hanya di renung.
"Nurin, dah 2 tahun perkara ni berlaku. Kau kena kuat, Nurin. Sampai bila kau nak macam ni? Masih nak ingat pada dia yang tak setia pada kau?"

"Aku tak tau, Syaz. Aku tak tau."

"Dahla. Tengok tu, kau kalau dah ingat pada Faris mesti tak lalu nak makan. Habiskan lah burger kau tu. Lepas ni kita balik, rehat. Kau jangan ingat dia dah." Pujuk Syazana.Nurin sekadar memandang burger yang tinggal separuh tu. Memang betul apa yang Syazana katakan, sejak 2 tahun lepas, setiap kali dia teringatkan Faris, dia mesti tak lalu makan, entah mengapa selera makannya mati tiap kali ingatan terhadap Faris muncul. Nurin menanti Syazana menghabiskan makanannya. Kemudian, mereka pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, masing-masing menyepikan diri. Nurin lebih banyak berkhayal sambil menikmati alunan lagu yang berkumandang di udara. Nasib baik Syazana ada lesen jadi tidak ada masalah bagi Nurin jika dia tak nak memandu. Lagi pun dia tau dia memang tak boleh nak tumpu pada pemanduan.