Thursday, September 21, 2006

[ 1 ]

Hari ni dah 6 Ramadhan. Alhamdulillah, aku dapat menunaikan kewajipan sebagai umat Islam sekali lagi tahun ni, ucap Nureen perlahan. Entah kenapa tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Apa khabar agaknya dia sekarang. Tentunya dia sedang berbahagia dengan insan tersayang. Teringin juga aku untuk menghubunginya tetapi untuk apa. Kau nak lukakan hati kau sendiri ke Nurin, soal hati kecilnya. Dia menggelengkan kepala.

"Apsal tergeleng-geleng sorang-sorang ni?" Sergahan Syazana mengejutkan Nurin Farisha dari lamunan.

"Tak ada apa-apalah. Just teringatkan sesuatu." Jawabnya sambil tersenyum."Sorrylah, lambat. Aku terlepas bas 3.30 tadi. Kita nak berbuka kat rumah ke kat luar?""Kat luarlah cik kak oi..aku mana masak lagi pun aku malas nak ke pasar ramadhan tu, mesti takde parking punya tambah dah lewat camni." Ujar Nureen sambil menunjukkan ke arah jam di dashboard keretanya. 6.30 petang.

"A'ah lah. So, kita nak makan kat mana?"

"Kita makan kat Jusco lah, senang nak parking. Sampai sana kita decide la nak makan kat food court ke atau kat fast food restaurant." Nureen memberikan cadangan dan terus memandu ke Jusco setelah Syazana mengangguk setuju.
"Nak makan kat mana?"

"Em..entahlah. Tak kisahlah, Mc D boleh, KFC boleh, nak makan kat food court pun boleh."

"Kita tengok kat food court dulu, kalau penuh, kita masuk Mc D ajelah. Aku tengok tadi Mc D banyak lagi seat."

Lalu mereka berdua bergerak ke food court yang terletak di tingkat satu. Sambil berjalan mereka berbual tentang kursus yang dihadiri Syazana semalam.
"Semalam aku jumpa En. Zakwan. Dia ingat lagi kat kita."

"Hah?! Mr. Zack ingat lagi kita?" Soal Nureen tak percaya.

"Iye. Dia yang tegur aku semalam. Lepas tu dia tanya aku pasal kau. Aku ceritalah yang kita dok serumah, share business. Dia punyalah terkejut."

"Dia dah kawin, ada anak 2 dah." Penjelasan Syazana membuatkan Nureen makin terkejut. Tak sangka En. Zakwan atau lebih dikenali dengan Mr. Zack yang garang tu dah ada anak 2.

"Alamak, penuh la." Ujar Syazana tiba-tiba.

"Ish..ni yang malas ni. Kita masuk Mc D ajelah, nak? Atau kau nak masuk KFC."

"Mc D lah. Dah lama aku tak makan Mc Chicken."

Tiba di Mc D, Nurin mengambil tempat manakala Syazana beratur memesan makanan. "Aku macam biasa ye, Mc Chicken, medium." Pesan Nureen pada Syazana.Sebenarnya kalau tak pesan pun Syazana dah tau apa yang Nureen nak kalau ke Mc Donalds begitu juga sebaliknya. Persahabatan yang terjalin lebih dari 12 tahun itu sudah cukup untuk mereka saling memahami antara satu sama lain. Malah rasanya mereka lebih memahami antara satu sama lain berbanding adik beradik sendiri. Mungkin satu kebetulan atau sudah suratan mereka berdua adalah anak bongsu dari dua beradik,cuma yang membezakan mereka ialah, Nureen Farisya mempunyai kakak manakala Syazana Humairah mempunyai abang dan mungkin satu kebetulan, sebenarnya ibubapa mereka juga sudah lama kenal dan berkawan. Namun begitu mereka berdua mula kenal dan berkawan ketika tingkatan 6. Ketika pendaftaran itulah baru mereka tahu bahawa ibubapa mereka saling mengenali antara satu sama lain.
"Kau ni kan, pantang la dok sorang-sorang, mesti nak termenung. Kau ingat apa sebenarnya?"Kemunculan Syazana secara tiba-tiba mengejutkan Nureen yang sedang asyik termenung.

"Kau ni, nasib baik aku takde lemah jantung. Kalau tidak, wajib aku pengsan kat sini tau!" Kata Nureen pura-pura memarahi Syazana.

"Takpe, kau pengsan, aku hantar pergi hospital. Pantai Puteri dekat je, Fatimah pun dekat. Nah, Mc Chicken kau." Ujar Syazana sambil ketawa. Nureen menyambut burger yang dihulur Syaza. Dia menjeling jam di tangan, 7.05.

"Syaz, dah masuk waktu lah. Apa lagi, makan la." Beritahu Nureen pada Syazana."Ye ke? Aku tengok takde pun yang minum ke makan ke."

"Iye, dah 7.06 ni. Kita minum dulu, lepas tu mesti ada orang ikut. Aku yakin waktu dah masuk dah ni."

"Okey." Syazana menjawab dan membaca doa berbuka. Seperti yang Nurin jangkakan, lepas mereka minum, yang lain turut minum. Masing-masing menunggu siapa yang nak mula berbuka.

"Syaz, tiba-tiba kan, aku teringat kat seseorang lah."

"Siapa?""Kalau aku bagitau kau jangan marah tau!"

"Siapa? Faris?" Soal Syazana tak sabar ingin tahu. Nurin terkedu sekejap mendengar Syazana menyebut nama Luqman Faris. Macam mana dia tau aku teringatkan abang ni..pelik, bisik hati Nurin.

"A'ah. Aku tetiba je teringat pada dia. Macam mana kau tau aku teringat kat dia, ek?""Entah. Aku main teka je. Kenapa kau nak ingat lagi pada dia, Nurin? Dia kan dah bahagia dengan pilihan dia."

"Aku pun tak tau la, Syaz. Tiba-tiba je aku teringat kat dia. Rasa macam rindu pada dia. Aku tau dia dah pilih orang lain tapi…" Nurin tak dapat nak teruskan kata-kata dan tiba-tiba dia jadi kenyang. Burger yang baru separuh di makan, hanya di renung.
"Nurin, dah 2 tahun perkara ni berlaku. Kau kena kuat, Nurin. Sampai bila kau nak macam ni? Masih nak ingat pada dia yang tak setia pada kau?"

"Aku tak tau, Syaz. Aku tak tau."

"Dahla. Tengok tu, kau kalau dah ingat pada Faris mesti tak lalu nak makan. Habiskan lah burger kau tu. Lepas ni kita balik, rehat. Kau jangan ingat dia dah." Pujuk Syazana.Nurin sekadar memandang burger yang tinggal separuh tu. Memang betul apa yang Syazana katakan, sejak 2 tahun lepas, setiap kali dia teringatkan Faris, dia mesti tak lalu makan, entah mengapa selera makannya mati tiap kali ingatan terhadap Faris muncul. Nurin menanti Syazana menghabiskan makanannya. Kemudian, mereka pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, masing-masing menyepikan diri. Nurin lebih banyak berkhayal sambil menikmati alunan lagu yang berkumandang di udara. Nasib baik Syazana ada lesen jadi tidak ada masalah bagi Nurin jika dia tak nak memandu. Lagi pun dia tau dia memang tak boleh nak tumpu pada pemanduan.

No comments: