Thursday, September 28, 2006

[ 2 ]

Tiba di rumah, dia terus masuk ke bilik. Tidak sabar rasanya nak merehatkan diri. Setelah siap menukar pakaian tidur, Nurin merebahkan badannya ke katil. Sambil berbaring tu dia teringat semula apa yang dikatakan Syazana semasa berbuka tadi. Buat apa aku nak ingat pada dia sedangkan dia sekarang tentunya bahagia dengan pilihan hatinya. Tapi…sebenarnya aku belum benar-benar lupakan Faris meski pun sudah 2 tahun berlalu. Aku boleh tipu semua orang, kata aku sudah melupakan Faris tapi aku tak boleh nak tipu diri aku sendiri. Walau macam mana sibuk pun aku, sesekali aku tetap teringat pada Faris, tetap sayang, tetap rindu pada dia. Puas aku cuba untuk hilangkan semua tu tapi aku tak boleh…ahhhh…susahnya..kenapa semua ni mesti jadi pada aku, keluh Nureen perlahan.

Dia bangun dari katil dan mencari handphone di dalam beg tangan. Dengan pantas jari-jemarinya menekan keypad, mencari nombor Faris. Walaupun sudah 2 tahun namun dia masih menyimpan nombor Faris. Memang dia rindu pada Faris tapi untuk menghubunginya jauh sekali, dia sekadar menyimpan nombor tersebut. Nurin memandang skrin telefon bimbitnya. Tanpa sedar dia menyebut nama Faris.

“Betul ke apa yang abang bagitau Reen ni?” soal Nurin sebak. Dia cuba sedaya upaya menahan air mata agar tidak menitis. Matanya tetap memandang Faris. Tiada suara yang keluar, hanya sekadar anggukan mengiyakan apa yang dikatakan. Nureen menjadi semakin sebak dan pilu. Inikah kesudahan kisah cinta mereka. Tanpa sedar, dia menggelengkan kepala, cuba menafikan apa yang telah didengar dan dilihat.

“Abang minta maaf, Reen. Abang memang tak dapat nak teruskan hubungan kita. Reen carilah lelaki yang lebih baik dari abang, abang tak layak untuk Reen. Abang yakin Reen akan temui lelaki yang lebih baik dari abang nanti,”

Nureen hanya memandang. Mudahnya kau berkata-kata wahai lelaki dan menjadi lebih mudah kiranya aku dapat menerimanya tetapi malangnya aku tak dapat menerima apa yang kau katakan padaku, bisik hati kecil Nureen. Dia tak sangka dengan begitu mudah Faris melupakan kisah cinta mereka, melupakan janji yang telah ditabur. Sungguh dia tak sangka bahawa kisah cinta yang disemai, dibaja, dijaga akhirnya musnah sekelip mata. Tanpa sedar, akhirnya air mata yang ditahan mengalir perlahan. Sampai hati abang buat Reen macam ni, bisik hati Nureen. Nureen memandang Faris yang sedari tadi hanya memandang ke luar, seolah-olah tidak sudi lagi untuk menatap wajahnya walau untuk seketika.

Alunan lagu Warkah Berlagu Pilu mengejutkan Nureen dari lamunan. Dia mengerling jam di dinding, 11.30 malam. Siapa juga yang menghantar sms waktu-waktu begini, rungut Nureen namun tangannya tetap mencapai telefon bimbit di tepi katil. Melihat nombor yang tertera di skrin lcd telefon bimbitnya, Nureen tahu bahawa sms tersebut dari orang yang tidak dikenali atau dia kenal tapi tak simpan nombor telefonnnya.

Buat apa tu? Dah tidur ke?

Nureen membiarkan saja sms tersebut. Tak kenalkan diri tiba-tiba tanya aku buat apa, malas nak layan, rungut Nureen. Dia kembali berbaring, cuba untuk melelapkan mata juga cuba untuk melupakan ingatan tentang Faris yang tiba-tiba muncul di fikirannya. Namun tak sampai 5 minit, telefon bimbitnya kembali berdering. Dia meraba tepi bantal mencapai telefon bimbitnya.

Knp tak bls sms sy? Takkan tak sudi kot….

Ish..siapa ni. Nak main-mainkan aku ke, bisik Nureen geram. Dengan pantas dia menekan keypad telefon bimbitnya. Dia membaca kembali apa yang dikarang dan setelah puas hati dia menekan butang Send. Tak sampai 5 minit, dia menerima balasan sms. Cepat-cepat dia membuka dan membacanya, ingin tahu siapa yang mengganggu ketenangannya malam-malam begini.

Betul nak tau siapa sy? Oklah, awk bole panggil saya Luqman @ klu nk lbh mesra, awk bole panggil sy ‘abg luqman’…

Luqman, ujar Nureen perlahan. Dia segera membalas sms tersebut. Dalam hatinya tertanya-tanya siapa lelaki yang bernama Luqman itu dan dari mana dia dapat nombor telefonnya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Luqman…seingatnya dia hanya kenal seorang saja Luqman dalam hidupnya tapi tak mungkin dia, bisik Nureen. Dalam dia meneka-neka siapa gerangan lelaki itu, telefon bimbitnya kembali berdering.

Buat masa ni, sy x bole bgtau dr mana sy dpt nombor hp awk ni, Farisya tapi 1 hari nnt awk akan tau jg…slmt mlm, a’kum.

Farisya?! Dia tau nama aku, ujar Nureen perlahan. Entah siapa jugaklah yang menjaja nombor telefonnya. Kalau aku dapat tau, siapa punya kerja, siaplah aku ‘basuh’, ujar Nureen lagi. Sms terakhir lelaki itu dia biarkan saja, malas nak layan, buat habis kredit je. Dia kembali berbaring dan cuba untuk tidur.

No comments: