Friday, January 26, 2007

[ 39 ]

“Sebenarnya lelaki tu…”

“Hai Kak Reen, Kak Syaz!” ujar Syikeen yang baru sampai. Sesungguhnya Syazana lega dengan kehadiran mereka kerana dia tidak perlu menjawab soalan Nureen tadi.

“Hai,” jawab Nureen. Mula-mula dulu ketika melihat Azleen dan Syikeen dia bingung kerana dia tidak mengenali mereka tetapi setelah diberitahu oleh Syazana, kini dia boleh mengenali mereka.

“Kak Reen, ini ada novel terbaru Fauziah Ashari. Syikeen tak tau akak dah baca ke belum tapi bukunya best. Cover je yang kurang menarik tapi cerita dia best. Akak pernah baca Ombak Rindu tak? Ini sambungan Ombak Rindu,” terang Syikeen bersungguh-sungguh. Nureen hanya tersenyum.

“Thanks. Nanti akak baca, letak kat situ dulu. Macam mana kerja?”

“Kerja macam biasa tapi tak bestlah akak takde kat sana. Akak bila nak keluar dari hospital ni?” soal Azleen.

“Doktor bagitau mungkin esok atau lusa akak dah boleh keluar tapi doctor tak bagi akak pergi kerja lagi. Dia suruh akak rehat dulu kat rumah,”

“La..memang la akak kena rehat. Leen bukan lah suruh akak pergi kerja tapi mana la tau kalau-kalau akak nak pergi juga kan…akak tu kan kuat bekerja, demam pun sanggup pergi kedai lagi,”

“Ye ke?” soal Nureen memandang Syazana dan Azleen silih berganti. Dia inginkan kepastian tentang perkara itu. Benarkah dia seorang yang kuat bekerja sehingga demam pun sanggup bekerja. Anggukan Syazana mengesahkan apa yang diperkatakan oleh Azleen.

Mereka berempat rancak berbual. Macam-macam perkara yang mereka bualkan. Semua itu penting untuk mengembalikan daya ingatan Nureen. Mungkin tidak semua yang boleh diingati oleh Nureen namun mereka cuba membantu sebaik mungkin.

“Akak, kami nak kena balik. Waktu melawat pun dah nak habis. Nanti kami datang lagi ya,” ujar Syikeen meminta diri.

“Ok, thanks kerana sudi datang jenguk akak. Selang sehari korang datang. Sapa yang drive? Syikeen ke Leen?”

“Leen yang drive. Ok, kak. Jumpa lagi nanti,” ujar Azleen sambil bersalam dan mencium pipi Nureen. Begitu juga dengan Syikeen.

“Aku pun nak balik. Nanti esok aku datang,”

“Kalau banyak kerja tak payahlah dating. Aku bukannya takleh nak bangun,”

“Insya-allah aku akan datang. Apa gunanya kawan kalau masa kau sakit aku tak ada disisi. Aku ni bukan kawan ketawa je tau,”

“Okeylah, Cik Syazana. Drive elok-elok,” pesan Nureen pada Syazana. Dia risau sekiranya kemalangan yang terjadi pada dirinya terjadi pada sahabatnya. Walaupun dia tidak ingat apa yang berlaku dan bagaimana kejadian itu berlaku namun doctor memaklumkan padanya bahawa dia kemalangan. Kemungkinan besar dia mengalami kemalangan yang teruk, buktinya, daya ingatannya hilang. Dia sukar untuk mengingati apa-apa yang berkaitan dengan masa lalunya.

“Kau tu jangan nak paksa diri untuk ingat perkara-perkara lalu. Slow-slow, aku yakin ingatan kau akan pulih satu hari nanti. take time,” pesan Syazana. Nureen hanya menganggukkan kepala. Kemudian dia memerhatikan langkah Syazana sehingga hilang disebalik tabir.

Sunday, January 21, 2007

[ 38 ]

“Syaz, kau kawan baik aku kan?” soal Nureen dan Syazana menganggukkan kepalanya.

“Kenapa?”

“Erm..kau mesti tau semua tentang aku, kan? Aku ada buat benda tak baik ke sebelum kemalangan ni?”

“Benda tak baik? Apa maksud kau, Reen?”

“Ye lah. Benda yang tak baik macam menyakitkan hati orang atau apa-apa yang tak baik. Ada tak?”

“Setahu aku takde tapi orang menyakitkan hati kau adalah. Kenapa?”

“Aku terfikir, mungkin aku ada buat salah dengan sesiapa tu sebab Allah duga aku macam ni. Hilangkan daya ingatan aku,”

“Reen, setahu aku, kau tak pernah menyakitkan hati sesiapa atau apa juga perkara tak baik yang lain,”

“Betul?” soal Nureen tidak puas hati.

“Betul, aku tak tipu. Percayalah cakap aku,”

“Okey aku percaya. Tengahari tadi mama cakap, aku boleh keluar 2 atau 3 hari lagi. Aku dah tak sabar nak pergi kedai,”

“Baguslah tapi buat apa nak pergi kedai?”

“Nak kerja lah buat apa lagi,”

“Jangan nak mengada. Kau duduk kat rumah sampai kau betul-betul sembuh,”

“Aku dah sembuh dah buat apa nak duduk kat rumah. Bosanlah kalau duduk aje tak buat apa-apa,”

“Fizikalnya kau dah sembuh tapi sebenarnya kau belum sembuh. Ingatan kau masih lagi kabur jadi kau berehat la dulu,”

“Cik Syazana, macam mana ingatan aku nak pulih macam dulu kalau aku asyik duduk aje tanpa buat apa-apa yang boleh mengembalikan ingatan aku. Mana tau bila aku kat kedai tu nanti, ingatan aku akan cepat pulih,”

Syazana memerhatikan Nureen. Kadangkala dia rasa curiga, betulkan Nureen hilang ingatan atau sekadar lakonan kerana kadang-kadang gaya Nureen tidak menunjukkan yang dia hilang ingatan.

“Kenapa kau tengok aku macam tu? Hidung aku dah cair macam hidung Michael Jackson ke?”

“Hah?!” teguran Nureen mengejutkan Syazana.

“Aku tanya, kenapa kau tengok aku macam tu? Hidung aku dah cair macam hidung Michael Jackson tu ke?”

“Takde lah cuma aku terfikir sesuatu,”

“Fikir sesuatu? Fikir apa?”

“Aku terfikir betul ke kau hilang ingatan atau kau saja nak main-maian,” beritahu Syazana terus-terang. Nureen terkejut.

“Kenapa kau kata macam tu?”

“Aku minta maaf Reen sebab fikir macam tu tapi aku terfikir macam tu sebab aku nampak kadang-kadang kau tak macam hilang ingatan pun. Macam tadi, kau sebut pasal hidung cair macam Michael Jackson. Mana kau tahu hidung Michael Jackson boleh cair kalau kau tak ingat apa-apa,”

“Ntah. Aku main sebut je apa yang terlintas di kepala aku. Tapi betul ke hidung Michael Jackson tu boleh cair?”

“Agaknya sebab dia kan buat plastic surgery, dari kulitnya warna hitam sampai sekarang dah jadi putih. Lebih putih dari kita,”

“Syaz, aku nak kongsi cerita dengan kau, boleh?”

“La..kenapa pulak tak boleh. Selama hari ni memang kita berkongsi apa cerita sekalipun. Ceritalah,”

“Dah 3 malam aku asyik mimpi macam-macam. Lepas tu dalam mimpi tu ada wajah-wajah yang aku rasa aku kenal tapi aku tak ingat siapa. Ada sorang tu asyik muncul lagi mimpi aku tapi sampai sekarang aku susahlah nak ingat siapa dia tu,”

“Siapa yang kau jumpa tu? Lelaki ke perempuan ke?”

“Lelaki. Asyik mimpi dia je tapi aku tak ingatlah siapa dia tu. Tapi dia kenal aku sebab dia panggil aku ‘Reen’. Semua orang panggil aku ‘Reen’ ke, Syaz?”

“Ya. Reen, betul ke kau tak ingat siapa lelaki tu?”

Reen hanya mengangguk, “Kenapa?”

“Betul kau tak ingat dan kau nak tau siapa lelaki tu?” soal Syazana inginkan kepastian. Sekali lagi Nureen angguk.

[ 37 ]

“Assalamualaikum. Anak mama apa khabar?” sapa Puan Rahimah. Nureen hanya menganggukkan kepala. Sejak dua hari ni, dia sudah dapat mengingati sedikit tentang siapa dia, keluarganya. Namun begitu masih banyak perkara yang perlu diingatinya semula.

“Ma, Syazana datang tak hari ni?”

“Selalunya kan dia datang petang. Nanti petang dia sampailah tu. Kenapa?”

“Takde apalah, ma. Reen nak berbual dengan dia tentang kedai. Kesian dia kan, ma. Kena uruskan kedai seorang,”

“Staff lain kan ada. Diaorang boleh tolong Syaz kat sana. Nanti Reen dah sembuh, bolehlah Reen kerja semula,” pujuk Puan Rahimah. Dia tahu Nureen seolah-seolah kesal dengan kejadian yang menimpa dirinya tapi itu semua kuasa Allah s.w.t. Siapa kita hendak melawan takdir Allah.

“Mama datang dengan siapa? Papa atau Along?” tanya Nureen apabila dilihatnya hanya Puan Rahimah seorang tidak seperti selalu, ditemani oleh papa atau kakaknya.

“Dengan papa, kejap lagi papa naik. Mungkin tak dapat parkir lagi. Along takde, dia kursus di Langkawi seminggu. Ahad nanti baru balik,” ujar Puan Rahimah dan Nureen hanya menganggukkan kepala.

“Ma, bila Reen boleh keluar dari sini? Reen bosanlah mama,” adu Nureen.

“Doktor Anis bagitau mama tadi, Reen mungkin boleh keluar 2 atau 3 hari lagi. Dia nak pastikan yang Reen betul-betul dah sembuh walaupun daya ingatan Reen masih kurang memuaskan,”

“Tak sukalah duduk kat hospital ni. Bosan,”

“Novel-novel yang Syaz bawakan untuk Reen tu dah habis baca? Setahu mama, Reen suka sangat dengan novel,”

“Reen dah baca tapi tak boleh baca lama-lama, kepala Reen rasa sakit,”

“Anak papa ni kan kuat. Tahanlah sikit dengan dugaan Allah,” ujar Encik Zainal tiba-tiba.

“Papa ni…buat Reen terkejut aje,”

“Ini semua dugaan jadi papa nak Reen bersabar. Mesti ada hikmah disebalik kejadian ni semua,” ujar Encik Zainal lagi. Nureen hanya memandang papa dan mamanya. Otaknya ligat berfikir, apa hikmah disebalik kemalangan yang menimpa dirinya, adakah dia pernah berniat atau melakukan sesuatu yang tidak baik sehingga Allah mengujinya begini rupa.

[ 36 ]

“Selamat pagi, Nureen. Macam mana awak rasa pagi ni?” soal Doktor Anis ketika dia membuat pemeriksaan ke atas Nureen pagi itu.

“Selamat pagi, doctor. Saya rasa okey cuma kadang-kadang kepala saya rasa sakit,”

“Rasa sakit tu mungkin disebabkan hentakan yang kuat pada kepala awak semasa kemalangan tempohari,”

“Doktor, boleh saya tanya sikit?”

“Apa dia?”

“Siapa yang selalu datang melawat saya tu?”

Doctor Anis terkejut mendengar soalan Nureen. Sangkanya daya ingatan tidak terjejas kerana sejak dia sedar dan ahli keluarganya dan rakan-rakannya datang melawat, dia seolah-olah kenal dengan mereka semua tetapi pertanyaan tadi menunjukkan yang dia tidak mengenali mereka.

“Tak kan awak tak kenal keluarga dan rakan-rakan awak, Nureen?”

Nureen mengerutkan dahinya “Keluarga dan kawan-kawan saya? Tapi kenapa saya gagal untuk mengingati mereka, doctor?”

“Nureen, saya sangka awak ingat mereka kerana setiap kali mereka datang melawat, cara awak layan mereka seolah-olah awak ingat pada mereka,”

“Saya betul-betul tidak ingat. Kenapa dengan saya doctor?”

“Nureen, mungkin kemalangan tersebut menyebabkan awak jadi begini. Tak ada siapa yang tahu apa punca kemalangan tu melainkan awak. Saya percaya kepala awak terhantuk kuat semasa kemalangan tu dan itu juga punca kenapa awak gagal mengingati keluarga dan rakan-rakan awak. Atau dalam erti kata lain, awak hilang ingatan,” terang Doktor Anis satu persatu.

“Apa?! Tak mungkin, doctor,”

“Bawa bertenang, Nureen. Saya dah periksa kepala awak dan awak mungkin akan mengalami hilang ingatan untuk tempoh yang singkat. Insya-Allah ingatan awak akan kembali pulih nanti,”

“Tapi doctor,”

“Awak jangan risau. Saya sudah maklumkan kepada ahli keluarga awak untuk membantu awak untuk ingat kembali. Cuma satu pesan saya pada awak, jangan paksa diri awak untuk mengingati apa pun yang telah berlaku. Kerana kalau awak paksa, ia akan menjejaskan kesihatan awak dan mungkin proses untuk ingatan awak kembali pulih terjejas,” nasihat Doktor Anis. Nureen hanya menganggukkan kepala.

“Saya keluar dulu, kalau ada masalah, awak tekan saja loceng,”

“Baik doctor. Terima kasih,” ucap Nureen. Dia kemudiannya membaringkan badan sebaik saja Doktor Anis keluar dari biliknya. Belum pun sempat dia hendak memejamkan mata, dia terdengar pintu biliknya dibuka seseorang.

“Hai Reen! Selamat pagi,” ucap Syazana. Nureen berpaling.

“Hai, selamat pagi. Erm…ni siapa?” soal Nureen tanpa selindung. Syazana memandang Nureen.

“Reen, kau tak ingat aku ke? Syazana, your best friend,”

“Syazana? Best friend aku?” soal Nureen inginkan kepastian. Syazana hanya menganggukkan kepala.

“Aku minta maaf sebab aku betul-betul tak ingat walaupun kau datang tiap-tiap hari. Kau dari mana?”

“La..dari mana lagi. Dari kedai kitalah, tak ingat ke?” soal Syazana.

“Kedai?”

“Ops..sorry, aku lupa yang kau tak berapa ingat. Kita berdua kongsi buka kedai buku dan cyber café jadi aku ni dari kedailah. Kau jangan risau, urusan kedai berjalan lancar,” beritahu Syazana sambil tersenyum. Nureen juga turut melemparkan senyuman.

“Eh, ni aku bawakan apple. Kau nak makan sekarang atau kemudian? Kalau nak makan sekarang aku nak kupaskan,”

“Sekejap lagi lah,”

“Okey, sementara tu, aku nak cerita tentang kedai kita. Sekurang-kurangnya ia boleh kembalikan ingatan kau. Boleh?” tanya Syazana dan Nureen hanya mengangguk setuju.

Sunday, January 14, 2007

[ 35 ]

“Betul ke apa yang abang bagitau Reen ni?” soal Nureen sebak. Dia cuba sedaya upaya menahan air mata agar tidak menitis. Matanya tetap memandang Faris. Tiada suara yang keluar, hanya sekadar anggukan mengiyakan apa yang dikatakan. Nureen menjadi semakin sebak dan pilu. Inikah kesudahan kisah cinta mereka. Tanpa sedar, dia menggelengkan kepala, cuba menafikan apa yang telah didengar dan dilihat.

“Abang minta maaf, Reen. Abang memang tak dapat nak teruskan hubungan kita. Reen carilah lelaki yang lebih baik dari abang, abang tak layak untuk Reen. Abang yakin Reen akan temui lelaki yang lebih baik dari abang nanti,”

Nureen hanya memandang. Mudahnya kau berkata-kata wahai lelaki dan menjadi lebih mudah kiranya aku dapat menerimanya tetapi malangnya aku tak dapat menerima apa yang kau katakan padaku, bisik hati kecil Nureen. Dia tak sangka dengan begitu mudah Faris melupakan kisah cinta mereka, melupakan janji yang telah ditabur. Sungguh dia tak sangka bahawa kisah cinta yang disemai, dibaja, dijaga akhirnya musnah sekelip mata. Tanpa sedar, akhirnya air mata yang ditahan mengalir perlahan. Sampai hati abang buat Reen macam ni, bisik hati Nureen. Nureen memandang Faris yang sedari tadi hanya memandang ke luar, seolah-olah tidak sudi lagi untuk menatap wajahnya walau untuk seketika.

“Reen tak dapat terima semua ni. Kenapa abang buat Reen macam ni?”

“Reen, Reen kena terima. Setakat ini saja jodoh kita,”

“Senangnya abang kata. Mudahnya abang melupakan cinta kita. Hebat sangatkah perempuan tu sampai abang sanggup melepaskan cinta kita yang dah bertahun kita semai? Reen nak jumpa dia,”

“Tak boleh, abang tak izinkan Reen jumpa dia,”

“Amboi…sampai begitu sekali abang protect dia. Dah berapa lama abang berkawan dengan dia?”

“Abang serius dengan dia baru 2 bulan,”

“Apa?! Baru dua bulan tapi abang sanggup memutuskan kasih sayang kita yang hampir 10 tahun ni? Sampainya hati abang,” ujar Nureen makin sebak. Air mata yang tadinya seakan-akan mahu kering tiba-tiba bergenang kembali di tubir mata.

“Abang minta maaf, abang dah janji dengan dia dan keluarga dia,” ucap Faris perlahan.

“Sampai hati abang. Abang memang kejam,” ucap Nureen.

“Lupakan abang, Reen. Abang pasti Reen akan temui lelaki yang jauh lebih baik dari abang. Itu doa abang untuk Reen. Abang nak tengok Reen bahagia,”

“Doa untuk Reen? Tak perlulah abang doakan Reen. Kebahagiaan Reen hanya dengan abang bukannya lelaki lain. Kebahagiaan Reen dah hilang bersama hilangnya abang dari Reen,”

“Abang minta maaf,”

“Reen minta maaf sebab Reen tak dapat nak memaafkan abang dan juga perempuan yang merampas abang dari Reen,” ujar Nureen tegas.

“Abang pergi dulu. Abang doakan kebahagiaan Reen walaupun kita tak dapat bersama,” ujar Faris lalu keluar dari kereta Nureen menuju ke keretanya di seberang jalan.

“Nureen benci abang!!!” jerit Nureen sekuat hati walaupun dia tahu Luqman Faris tidak mendengarnya kerana tingkap keretanya tertutup rapat. Nureen menangis.

“Nureen! Nureen!” sayup-sayup dia mendengar namanya dipanggil seseorang. Dia cuba membuka mata. Cahaya yang agak silau membuatkan dia sukar membuka mata.

“Nureen! Bangun, dik,” dia mendengar lagi suara yang memanggil namun dia tidak tahu siapa yang memanggilnya. Sukar untuk dia mengecam suara tersebut tanpa melihat orangnya. Akhirnya setelah puas mencuba, dia berjaya membuka matanya dan dilihatnya beberapa orang sedang mengelilinginya tika itu.

“Saya kat mana?” soal Nureen sambil cuba bangun tetapi dia merasakan kepalanya berat.

“Reen kat hospital. Dah 3 hari Reen tak sedarkan diri. Syukur akhirnya Reen sedar juga,” ujar Yasmin.

“Hospital?” soal Nureen pelik. Dia cuba mengingati apa yang terjadi namun gagal.

“Ya, dah 3 hari Reen kat sini. Cuba Reen ingat macam mana kemalangan tu boleh berlaku,” ujar Puan Rahimah.

“Kemalangan? Kemalangan apa?”

“Puan, saya rasa buat masa ni biarkan Nureen berehat. Nanti kita akan tanya lagi,” ujar Doktor Anis.

“Betul kata doctor tu, ma. Kita biar Reen rehat nanti baru kita tanya dia,” ujar Yasmin menyokong kata-kata Doktor Anis. Nureen hanya memandang perempuan yang memakai tanda nama Anis dan juga orang lain yang berada dalam bilik tersebut. Dia seperti pernah melihat beberapa wajah namun mindanya gagal untuk mengecam siapakah mereka. Dia hanya memerhatikan perlakuan mereka sehinggalah mereka semua bergerak meninggalkan dia keseorangan di bilik tersebut. Arghhhh…kenapa aku tak boleh ingat siapa mereka tadi tu, jerit hati Nureen. Kepalanya berdenyut tiba-tiba, dia memejamkan mata untuk menghilangkan rasa sakit.

[ 34 ]

“Sorry, Leen. Akak lewat. Baru nak keluar ada pulak customer yang call terpaksalah melayan sekejap. Ada sesiapa datang tak?” soal Syazana yang baru tiba.

“Tadi masa Leen sampai ada seorang lelaki yang dating. Dia duduk dekat Kak Reen. Leen tengok dia macam termenung je tengok Kak Reen. Lepas tu Leen tegurlah dia sebab Leen rasa dia tak sedar pun Leen masuk,” jelas Azleen panjang lebar. Masih jelas di ruang matanya wajah terkejut lelaki yang menggenggam erat tangan Nureen tadi. Lelaki tersebut tidak menjawab pertanyaannya sebaliknya melepaskan tangan Nureen dan berlalu keluar dari situ.

“Lelaki? Siapa?” soal Syazana terkejut.

“Ntah, bila Leen tanya siapa, dia tak jawab pun. Dia terus bangun dan keluar,”

“Rupa dia macam mana?”

“Tinggi, kurus. Lepas tu kulit cerah. Akak kenal ke?”

“Erm…kenal rasanya,” jawab Syazana lalu duduk di sebelah Nureen. Dia rasa dia tahu siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Azleen itu.

“Reen, aku tak tahu kau dengar atau tidak tapi aku harap sangat yang kau sedar sebab aku dan yang lain-lain nak tau macam mana kau boleh accident,” ucap Syazana perlahan. Azleen hanya memandang.

“Kalau Leen nak balik, pergilah balik. Biar akak yang tunggu sini. Nanti apa-apa hal akak akan call. Thanks,”

“No problem, Kak Syaz. Tanggungjawab Leen juga untuk jaga Kak Reen. Leen balik dulu nanti apa-apa jangan lupa call,”

“Okey, hati-hati bawa kereta tu,” pesan Syazana pada Azleen yang kemudiannya hilang disebalik pintu.

“Reen, aku rasa tadi abang datang. Kau mungkin tak suka tapi aku minta maaf sebab aku yang bagitau dia tadi. Aku takut kalau jadi apa-apa kat kau, dia tak sempat nak tengok kau. Tapi, Reen. Aku harap takde apa yang jadi pada kau, sedarlah cepat Reen,”

“Cik, Inspektor ni nak jumpa dengan cik,”

Syazan terkejut lalu menganggak muka. Dia bangun berdiri dan bersalaman dengan Inspektor Nora.

“Apa yang boleh saya bantu?” soal Syazana.

“Ada saksi yang melihat kejadian yang menimpa Cik Nureen jadi saya datang ni nak melihat keadaan dia. Saya ingat nak dapatkan keterangan dia mengenai kemalangan tu tapi menurut doctor yang saya jumpa tadi, Cik Nureen mungkin koma dan hilang ingatan,”

“Itulah yang doctor kata tapi saya harap sangat yang Nureen akan sedar. Erm..Inspektor kata ada saksi? Apa kata saksi tu?” soal Syazana ingin tahu.

“Sebelum saya jawab soalan tu, boleh saya tahu cik ni siapa?”

“Saya Syazana. Kawan karib Nureen,”

“Begini Cik Syazana. Menurut saksi kejadian, kereta Wira milik Cik Nureen hendak berhenti di bahu jalan sebelah kiri tetapi tiba-tiba ada sebuah pacuan 4 roda yang menghala ke arahnya seterusnya melanggar kereta Cik Nureen. Mungkin Cik Nureen tidak nampak atau gagal mengawal keretanya maka dia dilanggar,” beritahu Inspektor Nora dengan jelas. Syazana terdiam mendengar penerangan tersebut. Dia pelik sebab selama ini, Nureen seorang yang cukup hati-hati ketika memandu.

“Inspektor, kawan saya ni bila memandu cukup cermat,”

“Mungkin ada sesuatu yang mengganggu yang menyebabkan Cik Nureen hilang tumpuan atau sebaliknya. Persoalan itu hanya boleh dijawab oleh Cik Nureen sendiri,”

“Erm..betul tu. Tapi tak tahulah bila dia akan sedar,”

“Tak apalah, Cik Syazana. Nanti bila dia sudah sedar, tolong maklumkan pada saya. Ini kad saya,” ujar Inspektor Nora sambil menghulurkan sekeping kad pada Syazana. Huluran tersebut disambut oleh Syazana.

“Baik, Puan. Apa-apa hal saya akan hubungi Puan,”

“Saya minta diri dulu,” pinta Inspektor Nora. Syazana menganggukkan kepala. Kemudian dia kembali duduk apabila kelibat inspector itu hilang dari pandangannya.

[ 33 ]

“Macam mana dengan Kak Reen?” soal Azleen sebaik saja kelibat Syazana muncul di depannya.

“Dia masih belum sedar. Doctor cakap kalau dalam tempoh 24 jam dia tak sedar juga, kemungkinan besar dia koma dan bila dia sedar mungkin dia juga akan hilang ingatan,” jelas Syazana.

“Ya Allah! Teruklah kalau macam tu. Macam mana boleh accident?”

“Tak tahulah. Hanya Reen yang tau macam mana dia boleh accident. Akak harap dia akan sedar dan boleh ceritakan pada kita semua apa yang terjadi pada dia,”

“Harap-harap macam tu lah. Siapa tunggu Kak Reen?”

“Tiada siapa yang tunggu. Akak ingat nak minta Leen atau Syikeen pergi hospital tunggu Kak Reen. Akak balik ni sebab ada cek kena sign kan? Nanti dah siap akak nak ke hospital. Boleh?”

“Okey, biar Leen yang pergi. Nanti apa-apa hal Leen call akak, ujar Azleen. Syazana hanya menganggukkan kepala. Kemudian dia melangkah masuk ke biliknya untuk menyiapkan kerja yang tertunda.

“Teruk ke Kak Reen?” soal Syikeen yang baru keluar dari tandas.

“Kak Syaz cakap, Kak Reen mungkin akan koma dan hilang ingatan. Ni aku nak pergi hospital, nak tunggu Kak Reen,”

“Eiii..teruklah kalau gitu. Okey, apa-apa hal call atau sms,”

“Yup..aku gerak dulu,”

Sementara itu di hospital…

“Cik, saya nak cari bilik Cik Nureen Farisya,”

“Nureen Farisya Zainal?” soal jururawat yang bertugas. Luqman menganggukkan kepala.

“Bilik B3. Encik jalan terus kemudian belok kanan,” beritahu jururawat tersebut. Luqman mengucapkan terima kasih lalu bergerak ke bilik yang dimaksudkan. Dia terkejut sebaik saja tiba di bilik Nureen. Terperanjat dengan keadaan Nureen. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Nureen.

“Kenapa boleh jadi macam ni, Reen?” soal Luqman sendiri. Dia melihat kepala Nureen yang berbalut dan wayar-wayar yang berselirat di kiri kanan tangannya. Hatinya sebak tiba-tiba apabila melihat insan yang dia sayang satu ketika dulu berada dalam keadaan begitu. Timbul rasa sesal dihatinya kerana melukakan hati Nureen dulu. Luqman menyentuh tangan Nureen perlahan-lahan. Jarinya tiba-tiba tersentuh pada sebentuk cincin yang tersarung di jari manis Nureen. Dia kenal cincin tersebut. Cincin yang dia sarungkan ke jari manis Nureen 6 tahun lalu.

“Reen, nanti temankan abang cari barang ya,” ujar Luqman pada suatu petang ketika dia menghubungi Nureen.

“Beli apa?” soal Nureen.

“Beli baju kemeja, seluar dan macam-macam lah. Kan abang nak mula kerja lagi 2 minggu,”

“Okey, no problem. Nak pergi bila?”

“Hujung minggu ni, boleh?”

“Hujung minggu ni? Boleh je,” jawab Nureen senang.

“Okey, nanti abang jemput Reen kat rumah. Reen balik rumah mak atau kat rumah sewa?”

“Erm…kat rumah sewa sebab mak dan ayah pergi rumah Tan kat Selangor. Along pun takde jadi Reen tak balik rumah,”

“Okey, nanti abang jemput. Kita stop dulu, abang nak siapkan kerja sikit,”

“Okey. Take care, muahh,”

“Sayang pun take care. Muahh,” ujar Luqman lalu menamatkan perbualan mereka. Tanpa sedar sudah setengah jam mereka berbual.

Seperti yang dijanjikan hujung minggu itu, Luqman menjemput Nureen di rumah sewanya.

“Kita nak pergi mana?”

“Kita pergi Jusco, nak?”

“Jusco? Okey juga, kat situ semua kedai ada, tak payah nak pergi jauh-jauh,” ujar Luqman bersetuju dengan cadangan Nureen. Tiba di Jusco mereka sama-sama mencari kemeja dan seluar yang sesuai dengan Luqman.

“Seluar ni sesuai untuk abang, boleh match dengan warna apa pun. Lagipun baju abang yang kita pilih tadi semuanya pastel color,” beritahu Nureen. Luqman hanya mengangguk. Dia rasa cukup bertuah mempunyai Nureen sebagai kekasih kerana Nureen bijak memilih pakaian dan warna yang sesuai untuknya. Kalau dia nak pilih sendiri jawabnya adalah yang tak kena.

“Jom, bayar,”

“Jom, lepas ni kita pergi makan,” usul Luqman. Nureen mengangguk. Selesai membuat pembayaran, mereka berjalan menuju ke food-court. Setelah melihat-lihat akhirnya mereka memilih untuk duduk di meja yang mengadap ke televisyen yang menayangkan sedutan filem-filem terkini di pawagam.

“Reen nak makan apa?”

“Er…nasi goreng thai,”

“Okey, abang pergi beli. Reen tolong belikan air boleh?”

“Sure. Abang nak air biasa atau nak lain?”

“Air biasa,”

“Okey,” jawab Nureen lalu bangun menuju ke kaunter air manakala Luqman pula menuju ke kaunter makanan.

“Coke satu, Nescafe satu,” beritahu Nureen pada budak perempuan yang menjaga kaunter minuman tersebut. Kemudian, dia kembali ke meja membawa minuman yang diminta. Dilihatnya Luqman sedang berbaris untuk membayar harga makanan. Sambil menanti Luqman, Nureen melihat sedutan filem yang ditayangkan.

“Reen,”

“Sekejapnya, tadi Reen tengok abang masih beratur,” ujar Nureen tersenyum.

“Magic,” jawab Luqman juga tersenyum.

“Banyaklah abang punya magic. Erm…lepas ni nak pergi mana?”

“Ada satu lagi barang yang abang belum cari,”

“Satu lagi? Apa dia?” soal Nureen agak terkejut kerana setahunya semua yang Luqman nak semuanya dah beli.

“Adalah, rahsia,” jawab Luqman sambil melemparkan senyum kepada Nureen.

“Oo..nak rahsia ek. Takpe,”

“Lepas ni abang bagitau, kita makan dulu,”

“Kita nak cari apa sebenarnya ni?” soal Nureen sebaik saja mereka keluar dari food-court.

“Kedai emas,”

“Kedai emas? Nak buat apa?”

“Kalau kat kedai emas mestilah nak beli emas,” jawab Luqman selamba.

“Reen tahulah nak beli emas, tapi nak beli emas untuk siapa?”

Luqman berhenti melangkah. Dia memandang muka Nureen lalu berkata,

“Abang nak belikan cincin untuk Reen,”

“Cincin untuk Reen? Untuk apa?”

“Untuk hadiah dan juga sebagai tanda yang Reen adalah kepunyaan abang. Tanda tidak rasmi, tanda rasmi nanti keluarga abang pergi jumpa keluarga Reen,” beritahu Luqman tenang dan Nureen terdiam tanpa kata. Dia terkejut.

“Jom, kita masuk Poh Kong,” ujar Luqman sambil menarik tangan Nureen agar mengikutnya.

Tiba di Poh Kong, mereka memilih cincin yang sesuai. Akhirnya Nureen memilih sebentuk cincin dan Luqman juga memilih sebentuk cincin.

“Reen nak yang mana?”

“Abang la pilih,”

“Reen pilih,” ujar Luqman memberi arahan.

“Abang yang nak beri pada Reen jadi abang pilih antara dua ni,”

“Okey, kalau macam tu, abang pilih yang abang ambil ni lah,” ujar Luqman sambil menunjukkan cincin yang dipilihnya tadi. Sebentuk cincin yang mempunyai bentuk hati di tengah-tengah. Sekali pandang kelihatan sama seperti yang dipilih oleh Nureen tapi bentuk hati pada cincin yang dipilih oleh Nureen agak besar manakala yang dipilih oleh Luqman kecil dan kelihatan lebih sesuai dengan jari Nureen yang halus.

“Yang ni? Okey, Reen setuju,”

“Okey, miss. Yang ini tapi nak terus pakai,” beritahu Luqman pada gadis salesgirl tersebut.

“Baik encik,” ujar gadis tersebut. Lalu dia menghulurkan cincin tersebut pada Luqman.

“Kiri ke kanan?” tanya Nureen pada Luqman.

“Tangan kananlah,”

Lalu Nureen menghulurkan jari manis tangan kanannya untuk Luqman menyarungkan cincin yang telah dipilih. Nureen membelek jari manisnya yang telah tersarung sebentuk cincin itu.

“Cantik,” ujar Nureen sambil tersenyum manakala Luqman membayar harga cincin tersebut.

“Encik ni siapa?” Suara yang menyapa menyedarkan Luqman dari lamunan.

Tuesday, January 9, 2007

[ 32 ]

“Nurse, kat mana bilik Nureen Farisya?” soal Yasmin.

“B3. Cik jalan terus kemudian belok kanan,”

Yasmin, Puan Rahimah dan Encik Zainal bergegas ke bilik yang dimaksudkan oleh jururawat tersebut.

“Ya Allah, Reen!” ujar Puan Rahimah sedikit terjerit apabila melihat keadaan Nureen yang penuh dengan wayar yang pelbagai warna.

“Macam mana boleh jadi ni, Syaz?” tanya Encik Zainal.

“Syaz pun tak tahu, papa. Syaz tunggu Reen kat kedai sebab Reen kata nak sampai kedai pukul 11 tapi sampai 1.30 Reen tak muncul-muncul. Tiba-tiba bila Syaz call, ada nurse yang jawab. Syaz pun tak tahu apa puncanya, uncle,” jawab Syazana perlahan. Bagaimana terjadi hanya Nureen yang tahu.

“Doktor kata apa?” soal Yasmin pula. Puan Rahimah hanya mendengar, dia tak mampu untuk bersuara, terkejut melihat keadaan anak bongsunya itu.

“Doktor kata, kepala Reen terhantuk agak kuat dan mungkin berlaku gegaran otak. Lepas tu, doctor kata kalau Reen tak sedar dalam tempoh 24 jam mungkin dia akan koma dan kalau dia sedar pun mungkin dia hilang ingatan sikit,”

“Apa?!” soal Yasmin dan Puan Rahimah serentak. Encik Zainal terpaku tanpa kata. Tidak lama kemudian terdengar esakan dari Puan Rahimah. Emak mana yang tidak sedih bila tahu keadaan anaknya begitu.

“Mama, sabarlah. Kita doakan Reen cepat sedar. Itu je yang kita boleh buat sekarang ni. Bila dia sedar baru kita tau apa yang jadi sebenarnya,” pujuk Yasmin.

“Betul kata Along tu mama. Kita hanya boleh berdoa, agar Reen cepat sedar,”

Puan Rahimah memegang tangan Nureen. Dalam hati dia berdoa agar anak bongsunya cepat sedar. Dia tak sanggup nak menghadapi kenyataan sekiranya dia kehilangan Nureen.

2 jam berlalu namun keadaan Nureen masih sama seperti awal tadi.

“Mama, kita balik dulu. Nanti kita datang lagi,” pujuk Yasmin.

“Mama tak nak balik. Mama nak tunggu Reen sedar,”

“Ma, kita balik dulu. Nanti kalau Reen sedar, doctor akan call kita. Kita balik, ma,” pujuk Yasmin lagi. Dia tahu mamanya risaukan keadaan adiknya itu. Dia dan papa juga risau tapi apa yang mereka boleh lakukan ketika ini melainkan berdoa agar Nureen segera sedar. Itu sahaja.

“Mama balik dulu. Syaz dah suruh budak kedai datang tunggu Reen. Syaz pun nak balik kedai kejap sebab nak sign cek untuk duit buku. Kita balik, ma,” Syazana pula memujuk Puan Rahimah.

[ 31 ]

“Saya nak tengok kawan saya. Dia baru je dimasukkan ke hospital ni tadi,” ujar Syazana memberitahu jururawat yang berada di kaunter pertanyaan tersebut.

“O..yang accident tadi tu ye,” soal jururawat yang bernama Hayati itu. Syazana hanya menganggukkan kepala.

“Cik Nureen Farisya berada di bilik B3. Cik jalan terus kemudian belok kanan ya,” terang jururawat tersebut. Bagaikan lipas kudung, Syazana bergerak menuju ke bilik yang dimaksudkan.

“Doktor, bagaimana dengan kawan saya?” soal Syazana pada doctor yang berada disitu sebaik saja dia tiba dibilik yang menempatkan Nureen.

“Dari pemeriksaan saya, kepalanya terhantuk agak kuat. Jadi mungkin ambil masa yang agak lama untuk dia sedar. Sekiranya dia tak sedar juga dalam tempoh 24 jam mungkin …”

“Mungkin apa?” pintas Syazana tanpa sempat doctor memaklumkan apa yang mungkin terjadi.

“Mungkin dia akan koma dan bila dia sedar kemungkinan dia akan hilang ingatan buat sementara waktu,” jelas Doktor Anis.

“Apa? Tak mungkin doctor,”

“Kita sama-sama berdoa agar tidak terjadi sesuatu yang buruk pada cik Nureen tapi cik dan keluarganya perlu menerima hakikat sekiranya cik Nureen koma dan hilang ingatan apabila dia sedar nanti,”

“Tapi…”

“Bawa bersabar, cik. Erm…keluarga cik Nureen telah dihubungi atau belum?” soal Doktor Anis.

Syazana menepuk dahinya, dia terlupa untuk memaklumkan ahli keluarga Nureen tentang hal ini disebabkan terlalu terkejut dan bimbang dengan keadaan Nureen.

“Sekejap lagi saya akan call keluarga dia. Terima kasih, doctor,” ucap Syazana. Kemudian dia keluar untuk menghubungi keluarga Nureen dan memaklumkan keadaan Nureen.


“Cik,” panggil jururawat dari kaunter berhampiran. Syazana menoleh.

“Ini handbag cik Nureen,” beritahu jururawat tersebut sambil menghulurkan beg yang dimaksudkan kepada Syazana.

“Terima kasih,” ucap Syazana sambil menyambut huluran tersebut. jarinya pantas mendail nombor Along.

“Hello, Along kat mana?” soal Syazana sebaik saja dia mendengar suara Yasmin di talian.

“Kat rumah. Kenapa?”

“Along, Syaz nak bagitau satu perkara. Tapi Syaz harap Along tak terkejut,”

“Perkara apa? Pasal Reen ke?”

“A’ah pasal Reen. Dia…”

“Kenapa?”

“Reen…Reen accident,”

“Reen accident? Kat mana? Bila?”

“Tadi tapi kat mana Syaz tak tahu. Syaz kat hospital sekarang ni. Along bagitau pada mama dan papa, ya. Syaz tunggu kat Hospital Damai,”

“Baik, nanti Along bagitau. Kejap lagi kami sampai,”

“Okey,” ujar Syazana lalu mematikan talian. Dia kembali ke bilik Nureen.

Macam mana boleh jadi macam ni, Reen. Tadi kau sihat je, bisik Syazana. Air matanya bergenang, sedih melihat keadaan Nureen yang penuh dengan wayar yang pelbagai warna. Reen, bukalah mata. Sedarlah, Reen. Jangan takutkan kami, bisik Syazana. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Dia rasa dia perlu memberitahu Faris tentang apa yang terjadi pada Nureen. Walaupun mereka bukan lagi pasangan kekasih tetapi mereka pernah berkasih satu ketika dulu. Syazana mengeluarkan telefon bimbit Nureen. Dia mencari nombor telefon Faris. Setelah mendapat nombornya, dia menghantar sms menggunakan telefon bimbitnya.

Nureen accident. Kritikal.
- Syaz -

Setelah menaip apa yang patut dia menekan butang send. Tidak lama kemudian telefon bimbitnya menerima isyarat ada message diterima.

Accident? Bila? Skrg di mana?

Syazana membalas.

Tadi. Skrg di Hosp. Damai

Syazana memandang Nureen yang kaku di katil. Maafkan aku, Reen kerana aku terpaksa bagitau abang Faris keadaan kau. Aku rasa dia perlu tahu kerana aku pasti dia masih sayangkan kau, bisik Syazana. Sekali lagi ada isyarat sms diterima bergetar di telefon bimbit Syazana.

TQ krn bgtau abg. Nnt abg pergi tgk.

Syazana membiarkan saja sms tersebut tanpa membalasnya.

[ 30 ]

Walaupun jalan tidak sesak Nureen tetap memandu dengan hati-hati. Biar lambat asalkan selamat, itu prinsip Nureen. Lagi pun dia tidak perlu gopoh kerana kedainya sudah ada yang menjaganya. Aduh…kenapa masa ni pulak nak sakit, rungut Nureen. Tiba-tiba perutnya bagai dicucuk. Dia tahu ini senggugutnya menyerang. Kenapalah tadi tak nak sakit, kalau sakit tadi bolehlah makan ubat awal-awal, rungut Nureen. Dahinya berkerut-kerut menahan sakit yang menyerang. Dah lama dia tak diserang senggugut macam yang dialaminya sekarang. Aduh, bisik Nureen. Jari-jemarinya sudah berpeluh dan menggigil. Pandangannya juga sudah kabur namun digagahkan juga memandu. Ya Allah, apa-apapun bagilah aku sampai ke kedai, doa Nureen dalam hati. Perutnya semakin pedih. Tangan kirinya menekan-nekan perut untuk menghilangkan sakit sementara tangan kanannya mengawal stereng. Dia memberi signal ke kiri, hajatnya untuk berhenti kerana sudah tidak dapat menahan sakit. Tiba-tiba terdengar bunyi hon yang kuat. Nureen memandang cermin sisi dan saat itu dia nampak sebuah kereta pacuan 4 roda sedang menuju kearah Wira miliknya dan terdengar bunyi brek yang agak kuat. Nureen menjerit terkejut dan dalam keadaan yang kelam-kabut itu dia cuba mengawal stereng namun dia gagal berbuat demikian. Tiba-tiba dia rasakan pandangannya gelap.

Sementara itu, Syazana yang berada di kedai gelisah menanti kedatangan Nureen. Janji pukul 11 nak sampai tapi ni dah pukul 1.30, tak juga sampai-sampai, rungut Syazana. Dia cuba menelefon telefon bimbit Nureen namun tidak berjawab. Tu mesti handphone tinggal kat rumah, rungut Syazana lagi.

“Akak, sejak tadi Leen tengok akak gelisah je, kenapa?” soal Azleen yang memerhatikan Syazana sejak tadi.

“Akak tunggu Kak Reen. Dia kata nak sampai kedai pukul 11 tapi sekarang dah pukul 1.30 tak juga sampai. Bukannya jauh sangat rumah dengan kedai ni,”

“Dia pergi kedai yang dekat Manjoi tu agaknya,”

“Mungkin lah tapi tadi dia takde pulak bagitau nak ke sana,”

“Akak dah call handphone Kak Reen?”

“Sudah tapi tak jawab pun. Agaknya dia tinggalkan handphone kat rumah sebab Kak Reen kamu tu suka tinggalkan handphone kat rumah,”

“Kejap lagi sampailah tu. Akak janganlah risau,” pujuk Azleen.

Syazana menganggukkan kepala. Tangannya kembali mencapai handphone dan mendail nombor Nureen. Dengan sabar dia menanti panggilannya di jawab.

“Reen, kau kat mana?” soal Syazana sebaik saja panggilannya disambut.

“Maaf, cik Syaz. Saya bukan Reen,” jawab satu suara yang cukup asing pada pendengaran Syazana.

“Siapa ni? Macam mana handphone Reen boleh ada pada awak?” soal Syazana ingin tahu.

“Saya Suraya, nurse kat Hospital Damai. Syukurlah cik Syaz telefon sebab saya pun sedang cari nombor yang boleh saya hubungi untuk maklumkan keadaan cik Nureen,”

“Kenapa dengan dia?”

“Bertenang, cik. Kawan cik mengalami kemalangan. Keadaannya agak teruk juga, jadi kalau boleh cik datang ke Hospital Damai. Nanti Doktor Anis akan bagitau cik keadaan cik Nureen,” terang Suraya kepada Syazana.

“Baik, saya akan datang sekarang. Terima kasih,”

Syazana bergegas keluar dari biliknya sebaik saja talian dimatikan.

“Kak Syaz nak pergi mana?” soal Azleen yang terkejut melihat Syazana kelam-kabut.

“Kak Reen…dia…”

“Kenapa dengan Kak Reen?”

“Kak Reen accident, ada kat hospital,”

“Hah?! Mana akak tau?”

“Tadi akak call handphone dia tapi nurse kat Hospital Damai yang jawab. Akak nak pergi tengok, apa-apa hal akak akan call,” beritahu Syazana dan terus melangkah ke keretanya. Azleen hanya memandang. Dia juga terkejut menerima berita tersebut.

“Kenapa Kak Syaz tu?” pertanyaan Syikeen yang tiba-tiba itu mengejutkan Azleen.

“Kak Syaz nak pergi hospital, tengok Kak Reen,”

“Tengok Kak Reen? Kenapa dengan Kak Reen?”

“Kak Reen accident,”

“Hah?!” Syikeen terkejut mendengar berita tersebut.

[ 29 ]

Bunyi alarm telefon bimbitnya betul-betul mengganggu tidur Nureen. Dengan malas dia mencapai telefon bimbit dan mematikan alarm tersebut. Perlahan-lahan dia membuka mata. Mata yang mengantuk cuba dibuka, dia perlu memenuhi tuntutan agama, menunaikan solat Subuh. Nureen bangun dan bergerak perlahan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Kemudian dia keluar semula, tidak jadi untuk mengambil wuduk kerana masa ‘cuti’ dia dah tiba. Nureen kembali ke katil dan merebahkan badan ke tilam. Matanya dipejamkan. Akhirnya dia kembali terlena.

“Reen, Reen,”

Sayup-sayup terdengar suara memanggil nama Nureen berulang kali. Nureen cuba membuka mata dan mengamati suara tersebut.

“Reen, Reen. Bangunlah, aku dah nak pergi kedai ni,” panggil Syazana dari luar. Dia risau sesuatu terjadi kepada Nureen kerana jam menunjukkan hampir pukul 9 pagi. Selalunya waktu-waktu begini Nureen sudah bersiap untuk bersama-sama ke kedai mereka.

“Reen!!” panggil Syazana lagi sambil mengetuk pintu. Dia cuba membuka pintu bilik tersebut namun berkunci. Terdetik rasa pelik di hati sebab selama ni, Nureen jarang mengunci pintu bilik.

“Ya, kenapa?” sahut Nureen dari dalam. Syazana menarik nafas lega.

“Dah pukul 9 dah ni. Aku nak pergi kedai, kau tak payah pergilah ya, rehat je kat rumah. Aku tau emosi kau belum stabil lagi,”

“Erm…aku dah ok,” jawab Nureen dan kemudian dia bangun dan membuka pintu bilik.

“Aku ingat kau pengsan,” ujar Syazana sebaik saja Nureen muncul di depannya.

“Aku dah bangun subuh tadi tapi period la pulak so aku sambung tidur. Lupa nak set alarm balik semula,”

“Aku pergi dululah. Aku rasa kau rehat je kat rumah. Aku tau kau masih ingat hal malam tadi, kan?”

“Ish..aku okey dah. Nanti aku pergi kedai, dalam pukul 11 aku sampai sana. Okey?”

“Orang suruh rehat nak juga pergi kedai tu. Okeylah, nanti kita jumpa,”

“Kau kan tau, kedai tu ibarat nyawa aku. Mana boleh tak pergi. Okeylah, aku nak mandi. Jumpa nanti,”

“Okey, aku pergi dulu. Nanti drive elok-elok. Jangan nak fikir yang tak sepatutnya,” pesan Syazana pada Nureen. Nureen hanya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda mendengar pesanan Syazana. Kemudian dia menutup pintu bilik. Tuala di tepi pintu di capai dan dia masuk ke bilik air untuk mandi. 30 minit kemudian, dia keluar dari bilik air dan terus bersiap untuk ke kedai. Blaus merah berbunga kecil disarungkan ke badan. Dia memadankan blaus tersebut dengan jean hitam dan tudung dari rona yang sama dengan blausnya. Setelah berpusing di depan cermin beberapa kali, Nureen mencapai handbag dan keluar dari bilik. Setelah memastikan semua pintu dan tingkap telah ditutup dan dikunci, dia bergerak menuju ke keretanya. Jam di pergelangan tangan dijeling, pukul 10, bisik hatinya.

[ 28 ]

Tiba di rumah, Luqman termenung. Seperti tidak percaya yang dia akan bertemu Nureen di Jusco. Patutlah semasa hendak keluar tadi hatinya berdebar. Sudah lama dia tidak merasakan debaran seperti tadi. Dulu ketika bersama Nureen dia selalu berdebar tiap kali mereka hendak bertemu. Walaupun mereka sudah lama berkasih tetapi tiap kali bertemu hatinya mesti berdebar, tidak sabar bertemu orang tersayang. Ada ketikanya dia menyesal dengan keputusan yang dibuat 3 tahun lalu. Mungkinkan keputusan tersebut dibuat kerana dia marahkan Nureen yang ingkar akan kata-katanya atau sebaliknya…saat pertemuan dengan Nureen tadi berputar-putar di fikirannya.

“Sombongnya dia sampai abang tegur pun tak jawab,” tegur suara itu lagi. Akhirnya Nureen menoleh.

“Bukan sombong tapi malas nak jawab sebab memang sah Reen sorang aje kat sini,” jawab Nureen sinis.

“Datang dengan siapa?”

“Datang dengan Along dan Syaz. Kenapa?”

“Saja tanya. Suami tak ikut ke?” soal Faris. Sengaja bertanya untuk melihat reaksi Nureen sedangkan dia tahu Nureen belum bersuami.

“Suami? Dah mati,” jawab Nureen agak kasar. Sibuk je nak tau, bisik Nureen dalam hati.

“Dah mati? That day Reen kata dia out-station,” ujar Faris lagi. Tak perlulah berlakon, Reen. Abang tau Reen belum kawin, kata Faris tetapi hanya dalam hati.

“Kenapa nak tau?”

“Salahkah kalau abang nak ambil tahu tentang Reen? Salahkah?”
“Memang salah! Abang tak perlu ambil tahu tentang Reen,” jawab Nureen kasar.

“Reen…abang sekadar ingin tahu perkembangan diri Reen. Abang sayangkan Reen…..”

“Sayangkan Reen? Abang sayangkan Reen? Tak payahlah nak berlakon, bang. Kalau abang sayangkan Reen, abang tak tinggalkan Reen. Abang tak akan kawin dengan perempuan lain. Abang tak sayangkan Reen itu sebab abang kawin dengan perempuan tu!”

“Abang…”

Nureen menjawab sebelum sempat Faris menghabiskan ayatnya…

“Abang dah kawin, jadi tak perlu abang ambil tahu tentang perkembangan diri Reen. Abang lupa ke apa yang abang pernah cakap pada Reen dulu? Abang kata, abang tak nak ada apa-apa hubungan antara kita walaupun hanya sebagai kawan sebaik saja abang kawin dengan perempuan tu melainkan Reen dah kawin dan punya keluarga. Abang kata lagi, kalau Reen dah kawin dan ada keluarga, kita boleh jadi kawan. Kita boleh pergi berkelah, berjalan makan angin bersama-sama tapi dengan syarat abang dah ada keluarga, Reen juga dah ada keluarga. Abang lupa ke?”

“Abang tak lupa tapi…”

“Tapi apa? Nak sakitkan hati Reen lagi ke? Tolonglah, bang. Tak perlu ambil tahu tentang Reen. Kita tak boleh ada apa-apa hubungan sekalipun sebagai kawan sebab Reen masih solo, masih belum kawin dan tak punya keluarga. Keadaan Reen masih tak dapat memenuhi syarat yang abang tetapkan untuk kita terus menjadi kawan,” ujar Nureen perlahan. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa sebak. Mungkin sedih dengan ayat yang dituturkannya atau teringatkan kata-kata yang sama yang dituturkan oleh Luqman Faris satu ketika dulu. Faris hanya terdiam, dia kehilangan kata-kata. Dia tahu, dulu tika memutuskan ikatan percintaan mereka, dia melafazkan kata-kata itu. Tujuannya hanya satu, ingin Nureen melupakan dirinya.

“Reen minta maaf sebab tinggikan suara dengan abang. Reen pergi dulu,” ujar Nureen setelah agak lama mendiamkan diri. Dia perlu pergi dari situ sebelum keadaan menjadi lebih rumit. Dan yang lebih penting, dia tak sanggup nak menatap wajah Luqman Faris lama-lama. Memang wajah itu yang sering dirinduinya namun dia belum kuat untuk mengadap wajah yang tiba-tiba muncul di depannya.

“Nanti dulu, Reen. Abang belum habis cakap lagi,” panggil Faris. Nureen menoleh.

“Kita dah habis bercakap, bang. Antara kita tak ada apa-apa lagi untuk dibicarakan. Semua dah tamat 3 tahun lalu. Reen pergi dulu,” ujar Nureen lalu menghayun langkah meninggalkan Luqman Faris yang kaku berdiri memandangnya.

Luqman mencapai telefon di kepala katil. Jari-jemarinya laju mencari nombor telefon Nureen. Dia berbelah bahagi sama ada mahu menelefon atau tidak. Saat itu dia benar-benar rindukan Nureen. Dia hanya memandang skrin telefonnya kemudian menekan butang cancel. Tidak jadi hendak menelefon Nureen. Bimbang gadis itu akan mengamuk kerana sikap yang ditunjukkan Nureen tadi jelas menunjukkan yang dia masih marahkan Luqman.

Tuesday, January 2, 2007

[ 27 ]

“Apsal senyap je dari tadi?” tanya Yasmin sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta. Pelik melihat sikap Nureen yang hanya berdiam diri sejak tadi.

“Takde apalah. Tetiba je rasa penat,” jawab Nureen sambil melemparkan senyuman pada Yasmin.

“Kata nak beli pewangi kereta tapi Along tengok Reen tak beli apa pun,”

“Pewangi yang Reen nak tu takde la. Yang lain bau dia tak best,”

“Reen ni memang cerewet, Along. Ari tu kat kedai aksesori kereta dekat café kami tu pun ada jual pewangi tapi nak bau yang sama. Bukan nak beli bau lain. Macam saya ni, sesekali nak juga bau lain kat dalam kereta,” ujar Syazana.

“Reen memang cerewet pun, Syaz,”

“Pandai je kata aku cerewet ek..kau pun sama cerewetnya,” jawab Nureen tidak mahu kalah.

“Okey, dah sampai. Thanks temankan Along malam ni,” ucap Yasmin sebaik saja mereka tiba di depan rumah Nureen.

“No problems, janji Along belanja. Kan Syaz?”

“Ya, betul. Thanks Along,” ucap Syazana.

“Along jalan dulu. Selamat malam,”

“Drive hati-hati. Nanti sampai Along sms ye. Bye, selamat malam,” ucap Nureen sambil melambai ke arah Yasmin. Dia dan Syazana beriringan masuk ke rumah sebaik saja kereta Yasmin hilang di hujung jalan.

“Kau pasal apa senyap je? Mesti ada apa-apa ni,” soal Syazana sebaik saja mereka melabuhkan punggung ke sofa di ruang tamu.

“Mana ada apa, kan aku bagitau tadi, penat je,” jawab Nureen masih menyembunyikan perkara sebenar.

“Tak payah nak tipu aku ek..dengan Along kau boleh la kata penat sebab Along tu bukan tau nak baca riak wajah kau macam aku ni. Kita bukan buat benda berat sampai penat tak boleh bercakap. Bagitaulah,” desak Syazana. Kadangkala dia merasakan susah juga nak mengorek apa yang tersirat dalam hati Nureen walaupun mereka sudah berkawan lama.

“La…sungguh. Mana ada apa-apa,”

“Reen..kau tak nak kongsi dengan aku ke? Tak baik tau pendam sorang-sorang. Boleh sakit jiwa. Nanti esok kau tension kat office kalau kau pendam sorang-sorang. Baik kau cerita pada aku,” pujuk Syazana.

“Takde apa yang aku nak pendamkan. Eh, aku nak masuk mandi lah. Dah lewat ni, selamat malam,” ujar Nureen lalu bangun meninggalkan Syazana seorang diri di ruang tamu. Syazana hanya memandang Nureen yang melangkah pergi meninggalkan dia keseorangan. Takpe, sekejap lagi aku pergi pujuk lagi, tekad Syazana dalam hati. Kemudian dia juga bangun menuju ke bilik untuk mandi.

Sementara itu Nureen termenung di atas katil. Dia masih teringatkan apa yang berlaku tadi. Sungguh tak disangka yang dia akan bertemu Faris di situ. Tapi pelik juga kerana Faris keseorangan tanpa isteri yang menemaninya. Ish, buat apa aku dok ingat tentang isteri dia. Biar ajelah, marah Nureen di dalam hati.

“Sombongnya dia sampai abang tegur pun tak jawab,” tegur suara itu lagi. Akhirnya Nureen menoleh.

“Bukan sombong tapi malas nak jawab sebab memang sah Reen sorang aje kat sini,” jawab Nureen sinis.

“Datang dengan siapa?”

“Datang dengan Along dan Syaz. Kenapa?”

“Saja tanya. Suami tak ikut ke?” soal Faris. Sengaja bertanya untuk melihat reaksi Nureen sedangkan dia tahu Nureen belum bersuami.

“Suami? Dah mati,” jawab Nureen agak kasar. Sibuk je nak tau, bisik Nureen dalam hati.

“Dah mati? That day Reen kata dia out-station,” ujar Faris lagi. Tak perlulah berlakon, Reen. Abang tau Reen belum kawin, kata Faris tetapi hanya dalam hati.

“Kenapa nak tau?”

“Salahkah kalau abang nak ambil tahu tentang Reen? Salahkah?”
“Memang salah! Abang tak perlu ambil tahu tentang Reen,” jawab Nureen kasar.

“Reen…abang sekadar ingin tahu perkembangan diri Reen. Abang sayangkan Reen…..”

“Sayangkan Reen? Abang sayangkan Reen? Tak payahlah nak berlakon, bang. Kalau abang sayangkan Reen, abang tak tinggalkan Reen. Abang tak akan kawin dengan perempuan lain. Abang tak sayangkan Reen itu sebab abang kawin dengan perempuan tu!”

“Abang…”

Nureen menjawab sebelum sempat Faris menghabiskan ayatnya…

“Abang dah kawin, jadi tak perlu abang ambil tahu tentang perkembangan diri Reen. Abang lupa ke apa yang abang pernah cakap pada Reen dulu? Abang kata, abang tak nak ada apa-apa hubungan antara kita walaupun hanya sebagai kawan sebaik saja abang kawin dengan perempuan tu melainkan Reen dah kawin dan punya keluarga. Abang kata lagi, kalau Reen dah kawin dan ada keluarga, kita boleh jadi kawan. Kita boleh pergi berkelah, berjalan makan angin bersama-sama tapi dengan syarat abang dah ada keluarga, Reen juga dah ada keluarga. Abang lupa ke?”

“Abang tak lupa tapi…”

“Tapi apa? Nak sakitkan hati Reen lagi ke? Tolonglah, bang. Tak perlu ambil tahu tentang Reen. Kita tak boleh ada apa-apa hubungan sekalipun sebagai kawan sebab Reen masih solo, masih belum kawin dan tak punya keluarga. Keadaan Reen masih tak dapat memenuhi syarat yang abang tetapkan untuk kita terus menjadi kawan,” ujar Nureen perlahan. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa sebak. Mungkin sedih dengan ayat yang dituturkannya atau teringatkan kata-kata yang sama yang dituturkan oleh Luqman Faris satu ketika dulu. Faris hanya terdiam, dia kehilangan kata-kata. Dia tahu, dulu tika memutuskan ikatan percintaan mereka, dia melafazkan kata-kata itu. Tujuannya hanya satu, ingin Nureen melupakan dirinya.

“Reen minta maaf sebab tinggikan suara dengan abang. Reen pergi dulu,” ujar Nureen setelah agak lama mendiamkan diri. Dia perlu pergi dari situ sebelum keadaan menjadi lebih rumit. Dan yang lebih penting, dia tak sanggup nak menatap wajah Luqman Faris lama-lama. Memang wajah itu yang sering dirinduinya namun dia belum kuat untuk mengadap wajah yang tiba-tiba muncul di depannya.

“Nanti dulu, Reen. Abang belum habis cakap lagi,” panggil Faris. Nureen menoleh.

“Kita dah habis bercakap, bang. Antara kita tak ada apa-apa lagi untuk dibicarakan. Semua dah tamat 3 tahun lalu. Reen pergi dulu,” ujar Nureen lalu menghayun langkah meninggalkan Luqman Faris yang kaku berdiri memandangnya.

Alunan lagu Warkah Berlagu Pilu menerbangkan ingatannya tentang peristiwa tadi. Nureen mengambil telefon bimbit yang diletakkan di tepi bantal.

Along dah sampai rumah

Dia membalas sms tersebut kemudian meletakkan kembali telefon itu ke tepi bantal. Dengan rasa malas, dia bangun menuju ke bilik air. 15 minit berlalu. Setelah siap mandi, dia bersiap untuk tidur pula. Tangannya mencapai handphone untuk memastikan alarm untuk esok pagi telah disetkan. Ada sms, bisik Nureen.

Slmt mlm syg. Rindunya abg pd syg…
Syg rindu abg tak?

Ya, Allah…apa kenalah lelaki ni. Seram aku dibuatnya, bisik Nureen. Dia memadamkan sms tersebut tanpa membalas. Baru dia hendak baring, terdengar pintu biliknya diketuk. Dia menjeling jam di tepi katil, 10.30. Apa lagi lah yang cik kak ni nak, bisik Nureen.

“Kenapa?” soal Nureen sebaik saja membuka pintu biliknya.

“Aku tak puas hati tentang tadi. Bagitau lah aku, Reen. Kenapa kau diam je tadi?”

“La…tak habis lagi tentang tadi. Kau ni kan…memang lah…”

“Aku memang tak puas hati. Cepatlah cakap,” desak Syazana sambil melangkah masuk ke bilik Nureen dan melabuhkan punggung ke atas tilam empuk milik Nureen. Nureen mengekori Syazana dan kemudian duduk sama di atas katil.

“Aku jumpa abang tadi,” luah Nureen akhirnya.

“Jumpa Faris?! Kat mana?”

“Kat bahagian aksesori kereta tu lah, kat mana lagi. Kan aku ke situ tadi. Rasa menyesal pulak pergi situ, kalau tunggu dengan Along dank au tadi mesti tak jumpa punya,” ujar Nureen sedikit kesal.

“Benda nak jadi, tak baik dikesalkan. Dia dengan siapa? Dengan wife dia ke?” soal Syazana ingin tahu.

“Masa jumpa aku tu dia sorang je tapi tak tahu la pulak kalau wife dia ada kat area situ,”

“Kau tegur dia atau dia tegur kau?”

“Aku nak tegur dia? Minta maaf banyak, kalau aku nampak dia, awal-awal lagi aku dah cabut tapi masalahnya dia yang nampak dan tegur aku, aku tak berpeluang nak cabut dah time tu,”

“Lama ke korang berbual?” soal Syazana ingin tahu.

“Tak perasan la pulak lama ke tidak. Tapi aku tak sukalah dia tanya-tanya aku macam tu. Sibuk je nak ambik tahu pasal aku. Lepas tu, dia kan dah tau yang aku belum kawin dari kau dan Hanim ari tu kan, lagi nak tanya suami aku mana. Rasa cam nak hempuk je dia dengan benda-benda yang ada kat situ,”

“Relaks la, dia lupa kot,” ujar Syazana cuba memujuk Nureen yang sedikit beremosi itu. Dia tahu sukar bagi Nureen melalui saat-saat seperti tadi.

“Kalau lupa ke apa ke tak payah la nak ambik tahu tentang aku. bila aku kata kat dia tak payah la nak sibuk-sibuk tentang aku, kau tau apa dia jawab?”

“Mana aku nak tau kalau kau tak bagitau,” jawab Syazana sambil ketawa kecil. Nureen turut ketawa.

“Ya jugak. Dia kata Reen…abang sekadar ingin tahu perkembangan diri Reen. Abang sayangkan Reen…. Nak muntah aku dengar. Sempat la juga aku sound dia satu das. Aku kata kalau sayang kat aku yang dia kawin dengan perempuan lain buat apa,”

“Habis dia jawab apa?”

“Dia tak sempat nak jawab, aku dah potong balik cakap dia,”

“Kenapa tak dengar apa yang dia nak cakap?”

“Tak kuasa lah aku nak dengar alasan-alasan tak logic dia tu. Alasan dia tetap sama macam 3 tahun dulu so buat apa nak dengar lagi. Nak sakitkan hati lagi? Sorry, tak kuasa. Aku minta maaf kat dia sebab tertinggi suara dengan dia pastu aku blah cari kau dan Along,”

“Apsal kau minta maaf pulak? Dah tinggi suara kira okeylah kan. biar dia tahu yang kau marah kat dia,”

“Aku ni hormat lagi dia walaupun dia dah hancurkan hati aku tu pasal aku minta maaf. Nasib baik kat tempat awam jadi suara aku takde la kuat sangat tapi kalau orang dengar memang kasar bahasanya. Kalau aku dengan dia je aku rasa harus suara aku kasar dan kuat,” jawab Nureen sambil ketawa kecil.

“Kau ni, macam-macam,” ujar Syazana sambil menggelengkan kepala.

“So, dah puas hati kan. Pergi masuk tidur, esok kerja,” ujar Nureen sambil menolak Syazana bangun dari katilnya.

“Halau aku ek….”

“Bukan halau tapi suruh pergi tidur. Jumpa esok, bye…” ujar Nureen sambil ketawa kecil dan melambai ke arah Syazana yang berlalu dari biliknya. Nureen baring dan memejamkan mata. Dia ingin melupakan apa yang terjadi tadi.



[ 26 ]

“Along, adik pergi kat sana sekejap ye,” ujar Nureen sambil menunjuk ke satu arah.

“Okey, nanti dah siap Along sms. Syaz nak tunggu dengan Along ke nak ikut Reen?” soal Yasmin pada Syazana.

“Tunggu dengan Along la,”

“Okey, jumpa nanti,”

Nureen mengatur langkah menuju ke bahagian aksesori kereta. Niat di hati nak cari pewangi untuk keretanya yang dah semakin kehilangan bau. Tiba di bahagian pewangi kereta, dia membelek-belek pewangi Ambi Pur. Nak ambil yang mana ek, bisik Nureen sendiri.

“Sorang je ke?”

Hampir terlepas wangian di tangan apabila mendengar seseorang menegurnya. Nureen tidak berani untuk menoleh kerana dia kenal tuan punya suara yang menegurnya.

“Sombongnya dia sampai abang tegur pun tak jawab,” tegur suara itu lagi. Akhirnya Nureen menoleh.

“Bukan sombong tapi malas nak jawab sebab memang sah Reen sorang aje kat sini,” jawab Nureen sinis.

“Datang dengan siapa?”

“Datang dengan Along dan Syaz. Kenapa?”

“Saja tanya. Suami tak ikut ke?” soal Faris. Sengaja bertanya untuk melihat reaksi Nureen sedangkan dia tahu Nureen belum bersuami.

“Suami? Dah mati,” jawab Nureen agak kasar. Sibuk je nak tau, bisik Nureen dalam hati.

“Dah mati? That day Reen kata dia out-station,” ujar Faris lagi. Tak perlulah berlakon, Reen. Abang tau Reen belum kawin, kata Faris tetapi hanya dalam hati.

“Kenapa nak tau?”

“Salahkah kalau abang nak ambil tahu tentang Reen? Salahkah?”
“Memang salah! Abang tak perlu ambil tahu tentang Reen,” jawab Nureen kasar.

“Reen…abang sekadar ingin tahu perkembangan diri Reen. Abang sayangkan Reen…..”

“Sayangkan Reen? Abang sayangkan Reen? Tak payahlah nak berlakon, bang. Kalau abang sayangkan Reen, abang tak tinggalkan Reen. Abang tak akan kawin dengan perempuan lain. Abang tak sayangkan Reen itu sebab abang kawin dengan perempuan tu!”

“Abang…”

Nureen menjawab sebelum sempat Faris menghabiskan ayatnya…

“Abang dah kawin, jadi tak perlu abang ambil tahu tentang perkembangan diri Reen. Abang lupa ke apa yang abang pernah cakap pada Reen dulu? Abang kata, abang tak nak ada apa-apa hubungan antara kita walaupun hanya sebagai kawan sebaik saja abang kawin dengan perempuan tu melainkan Reen dah kawin dan punya keluarga. Abang kata lagi, kalau Reen dah kawin dan ada keluarga, kita boleh jadi kawan. Kita boleh pergi berkelah, berjalan makan angin bersama-sama tapi dengan syarat abang dah ada keluarga, Reen juga dah ada keluarga. Abang lupa ke?”

“Abang tak lupa tapi…”

“Tapi apa? Nak sakitkan hati Reen lagi ke? Tolonglah, bang. Tak perlu ambil tahu tentang Reen. Kita tak boleh ada apa-apa hubungan sekalipun sebagai kawan sebab Reen masih solo, masih belum kawin dan tak punya keluarga. Keadaan Reen masih tak dapat memenuhi syarat yang abang tetapkan untuk kita terus menjadi kawan,” ujar Nureen perlahan. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa sebak. Mungkin sedih dengan ayat yang dituturkannya atau teringatkan kata-kata yang sama yang dituturkan oleh Luqman Faris satu ketika dulu. Faris hanya terdiam, dia kehilangan kata-kata. Dia tahu, dulu tika memutuskan ikatan percintaan mereka, dia melafazkan kata-kata itu. Tujuannya hanya satu, ingin Nureen melupakan dirinya.

“Reen minta maaf sebab tinggikan suara dengan abang. Reen pergi dulu,” ujar Nureen setelah agak lama mendiamkan diri. Dia perlu pergi dari situ sebelum keadaan menjadi lebih rumit. Dan yang lebih penting, dia tak sanggup nak menatap wajah Luqman Faris lama-lama. Memang wajah itu yang sering dirinduinya namun dia belum kuat untuk mengadap wajah yang tiba-tiba muncul di depannya.

“Nanti dulu, Reen. Abang belum habis cakap lagi,” panggil Faris. Nureen menoleh.

“Kita dah habis bercakap, bang. Antara kita tak ada apa-apa lagi untuk dibicarakan. Semua dah tamat 3 tahun lalu. Reen pergi dulu,” ujar Nureen lalu menghayun langkah meninggalkan Luqman Faris yang kaku berdiri memandangnya.

Suara Felix tiba-tiba mengganggu langkah Nureen. Dia pantas menyeluk poket jean mengambil telefon bimbitnya.

hadiah dah siap. Syaz nak beli kasut.
kami tunggu kat depan Vincci….

Nureen membaca sms yang dikirimkan oleh Yasmin. Tanpa membalasnya Nureen meneruskan langkah ke tempat yang dimaksudkan Yasmin.


[ 25 ]

“Along nak bagi apa pada abang Is?” soal Nureen sebaik saja mereka tiba di Jusco.

“Takde idea la. Tu pasal Along ajak korang. Reen atau Syaz ada apa-apa idea tak?”

“Erm..nanti jap Syaz fikir. Lagipun Syaz tak ariflah bab-bab hadiah nak bagi pada lelaki ni. Reen ariflah bab ni,”

“Banyaklah kau punya arif. Kejap la, fikir jap ek…sabar, banyak lagi masa,” jawab Nureen. Sebenarnya dia pun takde idea tentang hadiah yang hendak diberikan kepada bakal abang iparnya itu.

“Along…sebelum ni Along pernah bagi apa pada abang Is?” soal Nureen ingin tahu.

“Along dah pernah bagi wallet, tie, tie clip, perfume, t-shirt…” jawab Yasmin.

“Banyak juga benda yang Along dah bagi ada dia ek,” ujar Syazana. Mereka berjalan ke arah Jusco.

“Kita jalan-jalan dululah sementara nak dapat idea,”

“Okey juga cadangan Reen tu, Along. Kita jalan-jalan pastu bila dah dapat idea kita pergilah cari apa bendanya ek…” Syazana memberi persetujuan dengan rancangan Nureen. Yasmin hanya menganggukkan kepala. Dia betul-betul no idea tentang hadiah untuk tunangnya itu.

“Along, kita belikan kasut nak?” Syazana memberikan cadangan.

“Kasut? Okey juga tapi kan Along takut nanti abang Is tak suka pulak dengan pilihan kita,”

“Ala….kalau dah Along yang bagi dia mesti suka punyalah. Kalau dia tak suka pun dia tak akan bagitau Along….” Jawab Nureen selamba. Kalau dia, apa saja yang diberi dia akan terima walaupun dia tak berapa suka.

“Benda lain takde ke?” soal Yasmin.

“Erm…kita makan dululah. Nanti mana tau sambil makan dapat idea ke. Along kan nak belanja kami makan…”
“Reen…kejap lagi lah kita makan. Lepas kita dapat hadiah tu,” protes Yasmin. Geram dengan sikap adiknya.

“Makan lah dulu. Reen dan Syaz laparlah,” ujar Nureen sambil menghantar isyarat mata pada Syazana. Meminta sokongan sedangkan mereka sudah makan sebelum keluar tadi.

“Ye lah, Along. Kami belum makan lagi. Kami janji lepas makan kita mesti dapat hadiah untuk abang Iskandar,”

“Okeylah. Nak makan apa?”

“Pizza Hut…” jawab Nureen sambil melangkah laju ke Pizza Hut. Yasmin hanya menggelengkan kepala melihat gelagat adiknya itu. Nureen kalau pizza dan Mc D memang dia cepat. Kalau nasi atau lain-lain lambat sikit.

“Sekarang dah kenyang, dah ada idea ke?” sola Yasmin tak sabar.

“Along ni kan…memang lah kurang sabar. Kan sabar tu sebahagian daripada iman,” tegur Nureen.

“Amboi…sedapnya bercakap. Cepatlah. Dah pukul 8.45 dah ni. Lusa birthday abang Is tapi hadiahnya belum ada,”

“Relax la..esok masih ada,” usik Nureen.

“Reen!! Esok Along tak free la. Ada meeting sampai petang. Cepatlah,” ujar Yasmin geram. Syazana hanya menjadi pemerhati. Malas nak masuk campur walaupun dia juga rapat dengan Yasmin.

“Okey…okey…Reen cadangkan Along bagi pen pada abang Is,”

“Pen?”

“Ya, pen. Tapi janganlah beli yang murah. Beli la yang mahal. Paling tidak pun Parker. Kemudian Along tulis la nama abang Is atau nama abang Is dan nama Along. Betul tak, Syaz?”

“Betul tu, Along. Kalau macam parker tu kan boleh refill ink dia so takde la pen tu hilang. Bila abang Is guna pen tu dia mesti akan ingat pada Along,” ujar Syazana menyokong Nureen.


“Erm..dia pakai selalu ke pen tu?”

“Ish…apa punya perangai la Along ni. Kan abang Is tu ‘big boss’, sure la selalu guna. Paling kurang dia guna untuk sign cek. Itu pun Along tak boleh nak fikir ke?” sindir Nureen.

“Hehehe…tak perasan,” jawab Yasmin sambil ketawa kecil.

“Dah, jom cepat. Nanti tutup pulak Jusco ni, habis kita kena kejar,” ujar Nureen mengajak Yasmin dan Syazana beredar dan dalam pada itu masih sempat dia menyindir Yasmin. Yasmin hanya menjeling Nureen.

“Ye, memang kena kejar. Kena kejar dengan pak guard,” ujar Yasmin sambil ketawa. Lantas mereka beriringan menuju ke Jusco.

Monday, January 1, 2007

[ 24 ]

“Kau ni kan, betul ke dah okey ni? Aku tengok lain macam je,”

“Aku dah okeylah. Tengok ni, sihat je,” jawab Nureen acuh tak acuh.

“Reen!!! Aku serius ni, bukannya main-main,” ujar Syazana geram dengan sikap Nureen.

“Sungguh, aku okey. Kau tak perlu risau. Kan aku dah lalui benda ni dulu. Mungkin masa tu aku tak stabil tapi now aku dah stabil. Aku dah boleh handle perasaan aku. Kau tak perlu risau,”

“Okey, aku harap apa yang kau kata betul. Bukannya setakat nak menyedapkan hati aku je. Aku tak nak kau jadi macam dulu. Aku kenal kau bukan baru hari ni tapi dah lama, Reen. Aku tak sanggup nak kehilangan kau hanya disebabkan lelaki tu,”

“Thanks, Syaz. Aku hargai niat baik kau dan kau tak perlu risau sebab insya-allah aku tak akan buat perkara yang bodoh. Okey?” beritahu Nureen panjang lebar dan Syazana hanya menganggukkan kepala, betul-betul berharap agar Nureen betul-betul okey bukan sekadar kata-kata yang hanya keluar dari mulut tapi hati lain.

“Macam mana kedai?”

“Kedai? Hari ni ramai juga orang, maklumlah awal bulan jadi ramailah yang datang memborong novel kebetulan hari ni ada novel baru. Kalau tak silap aku dari Alaf21 dan Rhythm. Café kat sebelah pun penuh. Oh, ya! Lupa pulak nak bagitau kau. Permohonan kita untuk joint dengan Kolej Elit untuk buat kelas computer tu dah approved. Pn. Zarina, PR kolej tu call tadi bagitau dah boleh mula kelas. Bagitau je berapa orang student yang kita ada then diaorang akan hantar tenaga pengajar,”

“Syukur, alhamdulillah. Bertambah rezeki kita. Bila nak mula kelas?”

“Sekarang kita dah ada dalam 15 orang yang daftar so next week, Monday dah boleh start 2 kelas. Aku dah inform pada Pn. Zarina tentang tu dan dia kata no problem,”

“Orait tapi…” belum sempat Nureen menghabiskan kata-katanya, berkumandang lagu Warkah Berlagu Pilu. Dia segera mencapai telefon bimbit di sebelah.

Hai cayang…buat apa tu? Bz ke?

Nureen membiarkan saja sms tersebut tanpa membalasnya.

“Siapa?”

“Siapa lagi kalau bukan lelaki tu. Malas aku nak layan. Kalau layan nanti datang balik sakit kepala aku ni,”

Syazana ketawa mendengar jawapan Nureen.

“Suka hati kau lah. Eh, aku masuk bilik dulu. Kau makan la dulu. Nak tunggu aku boleh tapi lambat sikitlah sebab aku nak mandi dan bershampu…rasa lain macam dah kepala aku ni,” ujar Syazana sambil bangun dari katil Nureen.

“Okey….” Sebaik saja Syazana keluar dari biliknya, Nureen mengambil semula telefon bimbitnya. Dia mencari nombor telefon lelaki yang menghantar sms tadi dan mendailnya. Dengan penuh sabar dan debar, Nureen menanti panggilannya dijawab. Namun dia hampa kerana sehingga ke deringan yang terakhir, panggilannya tidak berjawab. Dia mencuba kali kedua namun hasilnya tetap sama. Lantas dia menghantar sms pada lelaki tersebut. Pelik dan geram kerana panggilannya tak dijawab. Tidak lama selepas dia menghantar sms, telefon bimbitnya berlagu menandakan ada sms diterima.

Sorilah, abg kat bilik air tadi..mandi..rindu pada abg ke?

Uwek…nak termuntah aku. Abang..sejak bila pulak dia jadi abang aku ni, desis hati Nureen geram. Dia membalas sms tersebut.

ye ke mandi? atau sengaja tak nak jawab…
lagi satu, sejak bila pulak awk ni jd abg sy?

Setelah puas hati dengan apa yang dikarang, dia menekan butang Send. Beberapa saat kemudian dia menerima balasan.

btl syg, abg x tipu…
sjk abg suka pd syg…

Ya, Allah…dah parah lelaki ni…ber’abg’ ber’syg’ pulak. Menyeramkan sungguh, bisik Nureen. Dia membiarkan saja sms tersebut tanpa balasan. Dia risau perangai pelik lelaki tu makin menjadi kalau dia membalas sms tersebut. Dia meletakkan telefon bimbit di tepi katil dan bangun dari katil. Dia melangkah ke ruang tamu. Namun baru beberapa langkah, telefon bimbitnya berbunyi. Dia meneruskan langkah. Malas hendak berpatah balik kerana dia tahu itu pasti sms dari lelaki yang tak pernah kenal jemu itu.

Tiba di ruang tamu, dia mencapai suratkhabar yang di bawa pulang oleh Syazana. Dia sekadar menyelak helaian demi helaian kerana dia tak ada mood untuk membaca satu-persatu helaian tersebut. Ketika dia leka menyelak akhbar, kedengaran lagu Rossa berkumandang. Alamak…Along, bisik Nureen lalu berlari anak menuju ke bilik.

“Adik, tidur ke?”

“Mana ada tidur lagi pun kan dah petang ni,” jawab Nureen.

“Adik kan suka tidur, mana nak kisah petang ke apa ke,” perli Yasmin.

“Banyaklah. Kenapa call ni? Selalu sms je,”

“Ari ni Along malas nak tekan keypad tu la. Penat. Call aje senang. Erm…adik free tak malam ni?”

“Malam ni? Free. Kenapa? Nak suruh balik rumah ke? Kalau nak suruh balik…malas la, esok kan kerja, malas nak bangun pagi,”

“Amboi…baik rumah sendiri pun malas ke? Along report pada mama,”

“Nak report? Silakan…adik tak takut…bukannya apa, rumah kita kan jauh dari kedai adik, malas la nak bangun pagi-pagi..kalau cuti okeylah balik tidur kat rumah,”

“Ye lah tu…weekend tak balik pun…”

“Hehehe..kenapa sebenarnya malam ni?” soal Nureen apabila persoalannya tadi masih berlum terjawab.

“Along nak ajak adik keluar. Nak cari hadiah,”

“Keluar? Hadiah? Birthday siapa pulak? Kita semua dah lepas kan…” ujar Nureen pelik.

“Hadiah untuk Mr. Iskandar,” jawab Yasmin.

“Mr. Iskandar mana?” soal Nureen blur.

“Birthday tunang Along la….bakal abang ipar adik tu…”

“Ya Allah..birthday abang Is..bagitau la birthday abang Is ini bagitau Mr. Iskandar. Mana adik nak perasan. Boleh juga. Adik ajak Syaz sama ye…” ujar Nureen memberi persetujuan.

“Orait. Nanti pukul 8, Along sampai sana,”

“Orait…jumpa nanti. bye,”

“Bye,” ujar Yasmin mengakhiri perbualan mereka. Nureen membaca sms yang belum dibacanya itu.

abg rindu syg..harap syg pun mcm tu jg...

Banyaklah kau punya sayang, desis Nureen. Kemudian dia keluar dari biliknya menuju ke bilik Syazana. Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, Nureen terus masuk.

“Baru siap mandi ke?” soal Nureen apabila melihat Syazana yang kusyuk mengeringkan rambut.

“Takde lah, tadi lagi tapi baru nak keringkan rambut. Tadi aku belek-belek muka,”

“Malam ni kita keluar ek…kul 8,”

“Keluar? Kita berdua? Nak buat apa?”

“Dengan Along. Dia nak cari hadiah untuk abang Is,”

“Oo..dengan Along. Aku ingat kita je, terkejut gak sebab tak plan tetiba nak keluar. Ingat ‘sakit’ kau datang balik,” ujar Syazana sambil ketawa kecil.

“Sebab Along aku yang ajak, kalau orang lain yang ajak, sori banyaklah. Aku nak rehat je sebab tak nak la ‘sakit’ balik,” balas Nureen sambil ketawa.

“Tau takpe…kul berapa? 8?”

“A’ah, kul 8. Along datang ambil. Jom la makan, perut aku dah buat lagu rock dah ni tunggu kau,”

“La…kan aku suruh makan tadi, yang kau tunggu aku buat apa?”
“Tak best la makan sorang-sorang. Jom la, nanti kalau makan lewat-lewat perut tak sempat nak kosongkan balik. Rugi kalau keluar dengan Along tak makan sekali,”

“Ye lah…jom…” jawab Syazana lalu berhenti mengeringkan rambut.