Tuesday, January 9, 2007

[ 31 ]

“Saya nak tengok kawan saya. Dia baru je dimasukkan ke hospital ni tadi,” ujar Syazana memberitahu jururawat yang berada di kaunter pertanyaan tersebut.

“O..yang accident tadi tu ye,” soal jururawat yang bernama Hayati itu. Syazana hanya menganggukkan kepala.

“Cik Nureen Farisya berada di bilik B3. Cik jalan terus kemudian belok kanan ya,” terang jururawat tersebut. Bagaikan lipas kudung, Syazana bergerak menuju ke bilik yang dimaksudkan.

“Doktor, bagaimana dengan kawan saya?” soal Syazana pada doctor yang berada disitu sebaik saja dia tiba dibilik yang menempatkan Nureen.

“Dari pemeriksaan saya, kepalanya terhantuk agak kuat. Jadi mungkin ambil masa yang agak lama untuk dia sedar. Sekiranya dia tak sedar juga dalam tempoh 24 jam mungkin …”

“Mungkin apa?” pintas Syazana tanpa sempat doctor memaklumkan apa yang mungkin terjadi.

“Mungkin dia akan koma dan bila dia sedar kemungkinan dia akan hilang ingatan buat sementara waktu,” jelas Doktor Anis.

“Apa? Tak mungkin doctor,”

“Kita sama-sama berdoa agar tidak terjadi sesuatu yang buruk pada cik Nureen tapi cik dan keluarganya perlu menerima hakikat sekiranya cik Nureen koma dan hilang ingatan apabila dia sedar nanti,”

“Tapi…”

“Bawa bersabar, cik. Erm…keluarga cik Nureen telah dihubungi atau belum?” soal Doktor Anis.

Syazana menepuk dahinya, dia terlupa untuk memaklumkan ahli keluarga Nureen tentang hal ini disebabkan terlalu terkejut dan bimbang dengan keadaan Nureen.

“Sekejap lagi saya akan call keluarga dia. Terima kasih, doctor,” ucap Syazana. Kemudian dia keluar untuk menghubungi keluarga Nureen dan memaklumkan keadaan Nureen.


“Cik,” panggil jururawat dari kaunter berhampiran. Syazana menoleh.

“Ini handbag cik Nureen,” beritahu jururawat tersebut sambil menghulurkan beg yang dimaksudkan kepada Syazana.

“Terima kasih,” ucap Syazana sambil menyambut huluran tersebut. jarinya pantas mendail nombor Along.

“Hello, Along kat mana?” soal Syazana sebaik saja dia mendengar suara Yasmin di talian.

“Kat rumah. Kenapa?”

“Along, Syaz nak bagitau satu perkara. Tapi Syaz harap Along tak terkejut,”

“Perkara apa? Pasal Reen ke?”

“A’ah pasal Reen. Dia…”

“Kenapa?”

“Reen…Reen accident,”

“Reen accident? Kat mana? Bila?”

“Tadi tapi kat mana Syaz tak tahu. Syaz kat hospital sekarang ni. Along bagitau pada mama dan papa, ya. Syaz tunggu kat Hospital Damai,”

“Baik, nanti Along bagitau. Kejap lagi kami sampai,”

“Okey,” ujar Syazana lalu mematikan talian. Dia kembali ke bilik Nureen.

Macam mana boleh jadi macam ni, Reen. Tadi kau sihat je, bisik Syazana. Air matanya bergenang, sedih melihat keadaan Nureen yang penuh dengan wayar yang pelbagai warna. Reen, bukalah mata. Sedarlah, Reen. Jangan takutkan kami, bisik Syazana. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Dia rasa dia perlu memberitahu Faris tentang apa yang terjadi pada Nureen. Walaupun mereka bukan lagi pasangan kekasih tetapi mereka pernah berkasih satu ketika dulu. Syazana mengeluarkan telefon bimbit Nureen. Dia mencari nombor telefon Faris. Setelah mendapat nombornya, dia menghantar sms menggunakan telefon bimbitnya.

Nureen accident. Kritikal.
- Syaz -

Setelah menaip apa yang patut dia menekan butang send. Tidak lama kemudian telefon bimbitnya menerima isyarat ada message diterima.

Accident? Bila? Skrg di mana?

Syazana membalas.

Tadi. Skrg di Hosp. Damai

Syazana memandang Nureen yang kaku di katil. Maafkan aku, Reen kerana aku terpaksa bagitau abang Faris keadaan kau. Aku rasa dia perlu tahu kerana aku pasti dia masih sayangkan kau, bisik Syazana. Sekali lagi ada isyarat sms diterima bergetar di telefon bimbit Syazana.

TQ krn bgtau abg. Nnt abg pergi tgk.

Syazana membiarkan saja sms tersebut tanpa membalasnya.

No comments: