Monday, October 30, 2006

[ 12 ]

Tatkala sedang leka memasukkan maklumat tentang buku-buku yang baru diterima kelmarin, Nureen dikejutkan oleh alunan lagu dari telefon bimbitnya. Dengan pantas jari-jemarinya mencapai handphone di meja sebelah.

“hai. Dah buat persiapan untuk raya ke? Lagi 2 minggu nak raya, kan?”

Ya, Allah..apsal la lelaki ni dok hantar sms pada aku. Aku ingat dah dalam 2 minggu kebelakangan ni dia senyap, dia dah jemu nak mengganggu aku..rupa-rupanya masih belum jemu. Aku pulak yang jadi jemu, rungut Nureen. Dia membiarkan saja sms tersebut. Malas nak melayan. Tidak berapa saat kemudian, irama yang sama berbunyi lagi.

“kenapa senyap je? Kenapa tak balas message saya? Sibuk ke?”

Nureen melepaskan keluhan yang berat. Kenapa la lelaki ni tak nak faham. Ke dia ni tak ada perasaan, tu yang jadi macam ni. Dia menekan butang Reply kemudian mula mengarang ayat untuk membalas message tersebut.

“siapa awak ni sebenarnya? Saya tak kenal awak jadi tolong jangan ganggu saya. Hidup saya tenang sebelum kemunculan awak jadi please..jangan ganggu saya”

Dia membaca ayat semula ayat yang telah dikarang dan kemudian menekan butang Send. Kemudian terus menyambung kerja yang tertangguh tadi.

“Akak, ni ada fax dari Syarikat Jaya.” Ujar Syikeen.

“Syarikat Jaya? Ok, thanks. Nanti akak tengok apa yang dia nak.”

“Baik, kak.”

“Kat luar ramai orang tak? Ada tak budak-budak sekolah yang beruniform?”

“Ramai juga tapi takde pun yang pakai uniform.”

“Orait sebab akak tak nak la ada budak-budak yang pakai uniform.”

“Takde, kak. Diaorang dah tau dah peraturan cc kita ni. Oklah, kak. Saya keluar dulu, nanti ada yang nak bayar takde orang pulak.”

Nureen sekadar menganggukkan kepala. Dia mengambil dan meneliti fax yang baru diterima tadi. Spesifikasi untuk laptop, bisiknya perlahan. Dengan pantas dia mencari file yang berkaitan dengan laptop. Kemudian mula menaip butir-butir yang berkaitan mengikut bajet harga yang diminta oleh Syarikat Jaya. Selesai menaip dia menekan butang print untuk print-out dokumen tadi. Setelah puas hati, dia bangun dan berjalan ke luar untuk menghantar fax tersebut. Lagi cepat lagi bagus.

“Syaz, tolong fax dokumen ni ke Syarikat Jaya.” Ujar Nureen sebaik saja tiba di bilik Syaz di bawah.

“Syarikat Jaya?”

“Yes, mereka minta spesifikasi untuk laptop. Kau yang terima fax diaorang tadi kan?”

“Erm..a’ah ye. Lupa la. Sorry, boss” jawab Syaz sambil tersengih.

“Kau ni, baru 30 tahun dah lupa. Kalau dah 50 tahun agaknya dah nyanyuk kot…”

“Amboi…tak saying mulut ke? Tak baik tau doa aku jadi nyanyuk” marah Syaz.

“Aku bukan doakan, aku kata je” jawab Nureen sambil ketawa.

“Kata ke apa ke..sama je sebab kata-kata tu doa lah, cik kak”

“Ye lah…aku doakan ingatan kau bagus sampai bila-bila..”

“Macam tu lah..kejap ye..” Syaz bangun menuju ke mesin fax dan menghantar dokumen tersebut.

“Petang ni kita nak berbuka kat rumah ke kat luar?” soal Syaz tiba-tiba.

“Entah lah..aku macam malas nak masak. Berbuka kat luar aje lah, lepas tu boleh la gi GM.”

“Pergi GM? Orait gak. Boleh la cari baju raya ke apa ke. Tapi nak berbuka katne?”

“Kita berbuka kat food court Jusco ajelah lepas solat semua kita pergi lah, GM. Kalau nak berbuka kat food court GM..tak best la makanan-makanan dia tu.”

“Okeylah kalau macam tu.”

“Tadi, lelaki tu hantar sms kat aku”

“Lelaki mana?” soal Syaz.

“Ala…lelaki hari tu la. Yang selalu hantar sms tu..”

“Eh! Ari tu kau kata dia dah tak hantar sms dah. Ni ada pulak?”

“Tu la pasal. Aku ingat dia dah jemu sebab aku tak layan sms dia tapi rupa-rupanya dia tak jemu. Tadi aku dapat 2 sms dia. Tapi sebelum aku turun tadi takde dah sms dia. Agaknya terkejut baca sms aku kot” ujar Nureen sambil ketawa kecil.

“Kau bagi apa kat dia?”

“Aku minta dia jangan ganggu aku, tu je lah. Nak kata apa lagi.”

“Betul ke kau tak kenal? Entah-entah ada antara customer kita yang berkenan kat kau dalam diam-diam.”

“Betul. Seingat aku, customer kita takde yang namanya Luqman. Sapa ek..aku teringin sangat nak tau siapalah yang menghabiskan duit hantar sms pada aku. Aku pernah try call tapi tak angkat tau. Tu yang aku pelik tu. Kata nak berkenalan, dah aku call tak nak pulak bercakap dengan aku.” Rungut Nureen.
“Entah-entah kan, Reen. Lelaki tu bisu tu pasal dia takleh nak angkat masa kau call” teka Syaz.

“Ish..kalau ye dia bisu, dia bagitau la pada aku masa sms tu tapi dia tak pernah pulak dia bagitau dia bisu ke apa.”

“Memang pelik…misteri..siapa ek..”

“Entahlah..aku pun takde idea. Biar dia lah..”

“Reen!” jerit Syaz tiba-tiba.

“Kau ni kenapa?”

“Kalau aku cakap kau jangan marah ye..”

“Cakap apa?”

“Abang…”

“Abang? Kenapa dengan abang?” soal Nureen pelik.

“Abang kau tu..namanya Mohd. Luqman Faris kan? Entah-entah dia.”

“Hah?! Tak mungkin.” Ujar Nureen menggelengkan kepala. Mustahil aku tak tau nombor abang, bisik hati kecilnya.

“Aku teka je. Tapi tak mustahil kan. Sebab nama dia pun ada Luqman gak. And one more thing, dia tau number handphone kau” ujar Syaz membuat tekaan.

“Aku tak yakin itu dia sebab aku ada number dia.” Ujar Nureen menafikan tekaan Syaz.

“Mana tau kalau-kalau dia dah tukar nombor baru. Kau pasti ke yang dia masih guna nombor lama?”

“Erm..”

“Kau tak pastikan?”

“Entahlah. Tapi aku rasa dia masih guna number lamalah, Syaz”

“Okey, kau cuba call number lama dia.”

“Gila kau! Tak nak aku. Nanti dia ingat aku masih lagi dok ingat dia. Kalau dia masih ada number aku dan wife dia angkat ke…habis aku..tak pasal-pasal je bergaduh dengan wife dia yang aku tak kenal tu..”

“Erm..biar aku cuba.”

“Kau jangan buat pasal Syaz.”

“Relaxlah. Aku tau la nak buat macam mana. Wait n see” ujar Syaz seraya mengambil handphonenya.

“Apa number abang?” soalnya. Nureen mengambil handphone Syaz dan menekan number Faris. Kemudian dia hulurkan semula handphone tu pada Syaz. Syaz segera menekan butang hijau dan Nureen merenungnya dengan debaran di hati.

Wednesday, October 25, 2006

[ 11 ]

“Ada buku baru sampai ke?”

“Belum lagi tapi Kak Mira ajak kemas sikit stor ni,”

“Mana Kak Syaz? Akak tak nampak pun,”

“Tu, kat situ,” ujar Dilla sambil menunjuk ke satu arah. Nureen melangkah ke arah yang ditunjukkan Dilla.

“Kau buat apa?”

“Ni, baca novel ni. Aku rasa kau punya,”

“La..dah baca kan, apsal baca lagi?”

“Saja nak refresh. Eh, siapa bagi bunga tadi?”

“Lelaki yang sms kat aku tu la. Apa mimpinya aku pun tak tau…sakit agaknya….dah la aku tak kenal dia,”

“Ntah-ntah dia kenal kau,”

“Ish…boleh kira dengan jari berapa orang kawan aku yang lelaki. Dan semuanya tu dah jadi laki dan bapak orang,”

“Aku tak tau nak kata apa dah. Tapi kan, Reen..aku rasa tak salah kalau kau layan dia. Kau kan single and available,” usik Syazana.

“Ye, aku memang single and available tapi lelaki tu aku tak tau. Single or married. Dibuatnya kekasih orang ke suami orang ke, tak ke naya aku dibuatnya. Aku tak nak cari penyakit. Eh, dah pukul 3. Aku nak balik bersiap, kau nak balik dengan aku ke?”

“Kau balik dulu, aku nak gi kedai dobi depan tu, ambil baju. Nanti aku ambil cab aje,”

“Ingat juga kau kat baju-baju tu ek…aku ingat nak tinggal kat situ terus,” perli Nureen.

“Tumpang letak je kat situ. Ok, nanti kita jumpa,” jawab Syazana sambil ketawa kecil.

Sunday, October 22, 2006

[ 10 ]

“Abang….bangun. Dah pukul 6.15 dah,” kejut Nureen sebaik saja dia dengar talian dia sebelah sana dijawab.

“Erm…6.15? Okey, tq,”

“Bangun tau, jangan tidur balik,”

“Ye sayang. Abang dah duduk pun,”

“Okey…bye-bye,”

“Okey, tq sayang. Nanti abang call. Bye,”

Nureen mematikan talian sebaik saja dia pasti Faris telah bangun dan sedar sepenuhnya. Itulah rutin bagi dia sejak mereka bergelar kekasih. Mungkin bagi orang lain perkara tu tak penting tapi bagi dirinya rutin itu amat penting. Nureen memandang telefon di tangan dan senyum sendiri.

Ketukan di pintu mengembalikan Nureen kea lam nyata. Terbang segala memori yang bertandang di ingatannya sebentar tadi. Dia memandang Syikeen yang berdri di muka pintu.

“Ada apa Syikeen?”

“Ni, ada orang hantar bunga untuk akak,” ujar Syikeen sambil menghulurkan sejambak bunga kepada Nureen.

“Siapa bagi?”

“Tak tau tapi ada kad kat situ, akak tengoklah. Saya keluar dulu ye,”

“Okey,” ujar Nureen dan kemudian dia membelek jambangan mawar tersebut. Akhirnya dia menjumpai kad yang dimaksudkan oleh Syikeen tadi.

Semoga sudi menerima jambangan ini….
-Luqman-

Luqman? Siapa jugaklah Luqman ni, fikir Nureen. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Lelaki yang hantar sms tu. Dengan pantas dia mengambil telefon bimbit dari dalam handbagnya.

“tolong jangan ganggu hidup saya. Sy tak kenal saudara, drpd sdr hantar bunga pd sy, ada baiknya saudara beri pada kekasih atau isteri saudara atau sesiapa saja yang berkaitan dengan hidup saudara!!!”

Setelah puas hati dengan ayat yang dikarang, Nureen menekan butang Send. Tidak berapa lama kemudian, telefon bimbitnya mengalunkan irama yang menandakan ada sms diterima.

“suka tak dengan bunga tu? Sy hntr pd Nureen sebab Nureen ada kaitan dengan saya lah…kan tak lama lagi Nureen akan jadi kekasih saya….”

Ya, Allah..kenapalah aku ditemukan dengan lelaki yang macam ni. Tak faham bahasa. Nureen mengambil jambangan mawar tersebut dan keluar dari biliknya.

“Akak nak bawa ke mana bunga tu?”

“Letak kat kaunter kat bawah,”

“Kenapa? Kan itu bunga akak?”

“Saja malas nak simpan dalam bilik. Dah penuh dengan barang lain,” jawab Nureen acuh tak acuh.

Sampai di tingkat bawah, dia terus meletakkan jambangan mawar itu di atas kaunter di hadapan Azzah.

“Eh, kenapa letak sini, kak?”

“Saja, letak dalam bilik akak tu bukan ada orang nak tengok. Letak sini dapat juga menambahkan keindahan kaunter ni,”

“Kesian pakwe akak. Dia bagi kat akak, akak pulak letak sini,”

“Ops…sejak bila akak ada pakwe ni?”

“Yang hantar bunga ni bukan pakwe akak ke?” soal Azzah pelik.

“Silap banyak. Lelaki ni ntah sapa-sapa ntah. Case closed. Kak Syaz mana?”

“Kat belakang dengan Dilla,”

“Ok, thanks,” ujar Nureen lalu melangkah ke stor.

Saturday, October 21, 2006

[ 9 ]

Nureen merenung gambar dia dan Faris yang menjadi wallpaper laptopnya. Tiba-tiba dia teringat kembali perbualannya dengan kakaknya tengahari tadi. Siapa yang tak nak kawin tapi dia nak buat macam mana, dia perempuan. Kalau dia lelaki dan Faris oerempuan, dah lama dia masuk meminang Faris tapi hakikatnya dia perempuan dan apa-apa hal pun dia kena tunggu pihak lelaki yang mulakan. Buat masa sekarang dia dah tak berani nak menyoal Faris tentang kawin kerana dia takut Faris memarahinya kalau dia tersalah tanya. Padahal yang ditanya itu melibatkan masa depan mereka. Alunan lagu Kehebatan Cinta menyedarkan Nureen dari lamunan. Dia mencapai telefon bimbit di sebelah bantalnya.

A’kum. Reen buat apa tu? Tgk gmbr kita ye? :-)

Nureen tersenyum membaca message tersebut. Macam tau-tau je yang dia sedang merenung gambar mereka berdua. Lantas dia membalas sms tersebut.

Memang pun. Mcm mana abg tau, ek?

Setelah berpuas hati, dia menekan butang Send. Tak sampai beberapa minit, dia menerima balasan dari Faris.

Kita kan sehati dan sejiwa. Abang sebahagian dari Reen & Reen pula sebahagian dari abang so abang tau la Reen sedang buat apa… :-)

Ya, abang sebahagian dari Reen dan Reen sebahagian dari abang, ucap Nureen perlahan sambil tersenyum. Dia dapat merasai mungkin mereka sehati sejiwa. Mana taknya, kadang-kadang bila dia teringat untuk call atau sms pada Faris, pasti Faris yang akan call atau sms dia terlebih dahulu. Macam ada telepati antara mereka. Nureen tersenyum, akhirnya mereka berbalas sms, kerja yang nak dia siapkan terus tertangguh. Tiba-tiba sedang dia rancak menekan keypad untuk membalas sms Faris, dia menerima panggilan dari Faris.

“La..tadi kata nak sms je. Kenapa call pulak?” soal Nureen pelik. Tadi kata nak berjimat, alih-alih dia call pulak. Tapi Nureen suka apabila Faris menelefonnya, dapat mengubat rindu di hati.

“Kenapa? Abang tak boleh call cinta hati abang ke?”

“Boleh…tapi tadi abang kata nak berjimat kan?”

“Abang dah tak larat nak tekan keypad tu. Lagi pun, abang rindu nak dengar suara Reen. Siang tadi abang tak sempat nak call sebab jadual abang full hari ni,”

“Abang ni kan, memang takleh masuk speed master la. Baru tekan keypad tak sampai sejam dah tak larat. Manja,” usik Nureen sambil ketawa.

“Manja ye? Memang pun abang manja especially dengan Reen. Malam ni nak tidur pukul berapa?”

“Erm..tak tau lagi…mungkin bila kita dah letak phone, Reen tidur la. Abang?”

“Abang tak tau lagi sebab ada kerja sikit yang abang kena siapkan,”

“Abang..tadi kan, Reen lunch dengan Along. Lepas tu, Along bagitau yang mama dah tanya pasal kita,”

“Mama tanya pasal kita? Habis Reen cakap apa pada Along?”

“Reen bagitau macam yang abang selalu bagitau pada Reen tu lah, yang abang belum stabil,”

“Along kata apa?”

“Along tak kata apa-apa pun,” jawab Nureen berdalih. Kalaulah Faris tahu yang Yasmeen hampir-hampir mengamuk, dia tak tahu la apa Faris akan rasa.

“Macam ni lah, nanti kita bincang. Minggu depan abang nak balik kampong jadi boleh la abang bincang dengan mak dan ayah abang. Abang harap Reen boleh bersabar,”

“Abang…kalau selama 6 tahun ni Reen boleh bersabar, tak kan lah beberapa bulan lagi Reen dah tak boleh sabar. Reen faham keadaan abang. Reen minta maaf bagi pihak mama sebab mama macam mendesak,”

“Terima kasih kerana Reen memahami abang. Abang pun tak lama-lama begini. Abang nak kita cepat-cepat dapat bersama,”

“Ye, Reen faham,” jawab Nureen perlahan. Dia tahu Faris anak sulung dalam keluarganya dan tanggungjawabnya terhadap keluarga amat besar. Kalau selama ini dia sanggup bersabar dan menanti. Kenapa tidak dia menanti untuk beberapa ketika saja lagi.

“Abang…Reen mengantuklah. Reen nak tidur dulu, boleh?” ujar Reen memecah kesunyian yang tiba-tiba melanda mereka.

“Reen marahkan abang ye?”

“Hah?! Marah abang? Bila pulak Reen marah abang. Takde lah,”

“Ye lah, tiba-tiba kita senyap lepas tu bila bercakap, Reen nak tidur pulak. Mana tau kalau Reen marahkan abang sebab abang lambat-lambatkan hal kita,”

“Ish…takde lah, Reen tak marah pun. Reen faham keadaan abang. Reen senyap tadi sebab tunggu abang cakap la…tiba-tiba je rasa mengantuk. Boleh ke Reen nak tidur? Kalau tak boleh, kita terus berbual,”

“Betul Reen tak marahkan abang?” soal Faris lagi inginkan kepastian.

“Betul, Reen tak marah abang pun,”

“Okeylah, Reen tidur dulu, abang nak siapkan kerja. Esok pagi jangan lupa ye…”

“Mana boleh lupa, itukan rutin harian,”

“Okey, good night, sweet dream my love. Mimpikan abang tau,”

“Good night, sweet dream untuk abang juga. Abang pun mimpikan Reen aje tau, bukan orang lain. Bye-bye,”

“Ye sayang, mimpi Reen aje. Bye-bye. Muahhh!”

“Muahh!! Bye-bye..” ujar Nureen lalu mematikan talian telefon. Hampir sejam dia dan Faris berbual rupanya. Dia meletakkan telefon bimbitnya di kepala katil dan bangun menuju ke bilik air.

Selesai mencuci muka, dia kembali ke katil dan membaringkan diri. Sambil berbaring menanti mata terlelap, dia sempat memikirkan semula kata-kata Yasmeen, kata-kata Faris. Ya Allah, kau panjangkanlah jodohku dan Faris sehingga ke akhir hayat kami, doa Nureen perlahan.

Friday, October 20, 2006

[ 8 ]

“Adik, semalam mama tanya Along pasal Adik dan Faris. Mama tanya, sampai bila korang nak berkawan je,”

“Alamak, pasal apa mama tanya macam tu? Dah lama mama tak keluarkan soalan cepu emas tu..ni mesti Along yang mulakan,” ujar Nureen sambil merenung tajam ke arah kakaknya.

“Mana adalah. Along tak buka pun topic pasal Adik atau Faris tau! Mama yang tiba-tiba tanya, mana Along nak tau. Tapi betul juga, sampai bila korang nak macam ni?” Nureen menyedut pepsi dihadapannya sebelum menjawab soalanya Yasmeen.

“Entahlah, Along. Adik tak tau nak kata macam mana. Abang ada tanggungjawab pada family dia so kena bersabar la sikit sebab dia belum stabil lagi,” jawab Nureen.

“Apa?! Belum stabil? Kan dia dah kerja. 3 tahun dah dia kat situ kan, so apa yang belum stabilnya?” soal Yasmeen sedikit geram. Nureen hanya menundukkan wajah. Tak berani nak menentang mata Yasmeen.

“Biar Along jumpa Faris,”

“Hah?! Nak buat apa?” soal Nureen terkejut dengan cadangan Yasmeen. Along ni bukan boleh percaya, nanti free aje Faris kena marah, bisik hati Nureen.

“Nak settle hal korang lah. Sampai bila nak tunggu dia stabil? Atau sebenarnya dia tak serius dengan Adik?” soal Yasmeen sinis.

“Mana pulak main-main. Kami seriuslah,”

“Kalau macam tu bincang cepat-cepat. Bagitau dia jangan nak main-main. Kalau Along dapat tau dia just nak mainkan perasaan Adik, tau la Along nak ajar dia,”

“Along jangan la camni, nanti Adik bincang dengan abang. Mama tu, asyik tanya pasal adik je, tak pernah pulak mama atau papa bising pasal Along,” ujar Nureen tak puas hati.

“Dik, Along ni takde kawan dengan sapa-sapa that’s why mama or papa tak bising. Lagi pun kalau Along dah ada calon, Along settle cepat-cepat, tak macam korang,” ujar Yasmeen sinis.

“Ye lah. Along semuanya boleh, kalau Adik semua tak boleh,”

“Dah..jangan nak mengarut. Kita sama je tau..Dah sudah ke?”

“Dah, tak larat nak habiskan. Banyak sangat,”

“Ok jom. Malam ni Along ada tuisyen dengan budak, minggu depan diaorang exam,”

“Jom,”

Dalam perjalanan ke kedai, masing-masing diam. Nureen tak berani nak buka mulut, takut tersalah cerita nanti kena smash dengan kakaknya.

“Tq belanja Adik lunch. Nanti sampaikan salam pada mama dan papa ek…kalau keje tak banyak, hujung minggu ni Adik balik,” beritahu Nureen sebaik saja mereka tiba di kedai.

“Insya-allah. Kirim salam pada Syaz. Pesan kat dia makan ubat, baru cepat sembuh, next time Along belanja. Apa-apa hal call atau sms. Take care,” pesan Yasmeen pada Nureen.

“Ok, take care. Jangan bawa kereta laju-laju,” pesan Nureen pula. Dia melangkah masuk sebaik saja Wira Yasmeen hilang dari pandangan.

Thursday, October 19, 2006

[ 7 ]

“Abang, bila kita nak kawin?” soal Nureen pada Faris setelah mereka selesai menikmati makan malam.

“Reen, berapa kali abang nak bagitau..keadaan ekonomi abang belum stabil Reen bersabarlah sikit,”

“Reen tanya aje, abang janganlah marah. Okeylah, lain kali Reen tak akan tanya lagi pasal ni, Reen tunggu abang je yang cakap,” ujar Nureen perlahan sambil memujuk Faris.

“Abang bukannya marah pada Reen tapi abang harap Reen faham keadaan abang. Abang anak sulung, ada tanggungjawab besar pada keluarga,”

“Ye, Reen faham keadaan abang. Reen minta maaf sebab bangkitkan hal kawin ni. Reen akan sabar dan tunggu sampai abang betul-betul dah bersedia,”

“Terima kasih, Reen kerana memahami abang,” ucap Faris pada Nureen dan Nureen hanya menganggukkan kepala dan tersenyum.

“Eh..dah lewat ni. Jom abang hantar Reen balik,” ujar Faris tidak lama kemudian.

“Ye lah. Nanti tidur lewat, bangun pun lewat. Takur abang la yang lewat, ada punch card kan?” uajrku lalu bangun menuruti langkah Faris menuju ke kereta. 20 minit kemudian, mereka tiba di rumah sewa Nureen.

“Abang, thanks bawa Reen keluar malam ni dan juga untuk ni,” ujar Nureen sambil menunjukkan kotak kasut dan beg yang dibeli siang tadi.

“Kasih Reen sentiasa abang terima. Ok, good night, sweet dream. Oh, ya! Esok macam biasa ye..”

“Good night, sweet dream. Esok? Ye, Reen tak lupa,”

“Okey, abang balik dulu. Take care,”

“Abang pun take care, drive elok-elok. Nanti sampai rumah abang sms pada Reen, tau,”

“Ya, sayang. Bye bye..”

“Bye bye..” ujar Nureen sambil melambai ke arah Faris. Dia melangkah ke dalam sebaik saja kereta yang dipandu Faris hilang di sebalik simpang.

“Amboi…berserinya muka,” tegur Syazana yang duduk menonton TV di ruang tamu.

“Muka aku memang sentiada berseri tambah-tambah pulak baru balik dari dating ni, makin berseri,” jawab Nureen selamba.

“Mula lah nak perasan tu,” ejek Syazana.

“La..tadi kau juga kata yang muka aku berseri-seri. Aku iyakan saja, jangan la marah,” jawab Nureen sambil ketawa kecil.

“Sakan berdating. Korang bila nak naik pelamin ni? Jenuh aku tunggu tau…”

“Entahlah, Syaz. Aku takde jawapan yang tepat untuk soalan kau,” jawab Nureen perlahan.

“La…awatnya pulak,” soal Syazana pelik.

“Abang cakap dia belum stabil. Tadi dia macam marah kat aku bila aku tanya bila nak kawin. Dia minta kau bersabar. Aku memanglah bersabar sebab kalau tak bersabar aku tak tunggu sampai sekarang. Tapi..entahlah…susah nak cakap. Tunggu ajelah, yang pasti selepas ni aku tak akan tanya lagi tentang kawin sebab aku takut dia marah, aku takut dia ingat aku tak faham keadaan dia sedangkan aku faham dengan keadaan dia, tanggungjawab dia pada keluarga dia. So, kalau kau nak sangat tengok kami naik pelamin dan makan nasi minyak kami, kau kenalah tolong doa agar kami cepat-cepat kawin. Tapi kalau kau dah tak larat nak tunggu, dah tak sabar nak makan nasi minyak, kau pergi je kedai makan kat hujung deret kedai kita tu, kau makan,”

“Nasi minyak kedai mamak nak buat apa…bukan sama dengan nasi minyak kau dan Faris,”

“Eleh…sibuk tanya aku bila nak kawin. Kau tu bila lagi?”

“Aku?! Hahahaha…aku calon pun takde nak kawin dengan siapa? Cuba bagitau sikit,”

“Calon takde? Piirah…ada orang nak kau jual mahal,”

“Siapa? Kamal? Sorrylah…dia tu ‘mat bunga’..aku tak berkenan,”

“Okeylah ‘mat bunga’. Boleh dapat bunga tiap-tiap hari,” ujar Nureen sambil ketawa. Seronok dapat mengenakan Syazana.

“Ish..tak nak aku!!!”

“Suka hati kau lah. Eh, aku nak masuk bilik, nak mandi lepas tu nak tidur,”

“Okey, sweet dream,”

“U too,” ujar Nureen kepada Syazana. Kemudian dia terus berlalu masuk ke bilik. Baru saja dia melabuhkan punggung ke atas tilam, telefon bimbitnya mengalunkan lagu Kehebatan Cinta, menandakan ada sms diterima.

Reen, abang dh smpi. Good night, sweet dream..muahhhh…
Nureen tersenyum membaca sms tersebut dan dengan pantas dia membalas.
Ok, good night, sweet dream. Muahhhh….

Dia menekan butang send. Kemudian dia terus ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwudu’. Setelah semuanya selesai, dia naik ke katil dan memejamkan mata. Moga-moga aku akan bertemu dengan abang dalam mimpi malam ni, bisik hati kecilnya.

Wednesday, October 18, 2006

[ 6 ]

“Reen free tak hari ni? Kalau Reen free, bolehlah kita keluar petang ni,”

“Petang ni? Okey..Reen pun dah lama tak jumpa abang. Rindu sangat,”

“Kalau macam tu abang jemput Reen dalam pukul 5 nanti ye,”

“Okey, Reen tunggu abang. Kita jumpa nanti,”

“Okey, I love you. Bye,”

“I love you too. Bye,”

Nureen tersenyum sendiri. Tak sabar rasanya menanti petang. Seingatnya sudah 2 minggu dia dan Faris tak berjumpa.

“Apsal senyum sorang-sorang pulak ni?” teguran Syazana mematikan senyuman Nureen. Dia menoleh ke pintu dan menghadiahkan senyuman untuk Syazana.

“Aku nak ‘dating’ dengan abang petang ni. Kau jangan jealous ye…”

“Ei..tak kuasa aku nak jealous dengan kau. Setakat nak dating dengan Faris aku tak jealous la..kalau kau dating dengan Raja Muda ke, anak VIP ke boleh la kalau nak jealous. Pukul berapa keluar?”

“Abang jemput pukul 5 nanti. Nasib baik hari ni kita datang sama kan so boleh la kau bawa balik kereta aku,”

“No problem. Kau pergi je la dating tu, tak payah nak ingat pasal kereta,” ujar Mira. Nureen hanya tersenyum. Tak sabar dia nak menanti petang.

“Nureen Farisya…cik abang kau dah sampai ni,” jerit Syazana dari luar. Nureen bangun menuju ke pintu.

“Bagitau dia tunggu kejap, aku kemas meja,”

“Abang Faris dok dulu ye. Reen tengah kemas meja,” kedengaran suara Syazana menjemput Faris duduk di sofa di ruang yang memang disediakan untuk tetamu yang berkunjung ke kedai mereka.

Sebaik saja keluar dari biliknya, Nureen melangkah ke arah Faris yang sedai menanti di sofa di ruang menunggu. Sampai saja dia terus mencapai dan mengucup belakang tangan Faris seperti selalu yang dilakukannya kala bertemu.

“Busy ke?” soal Faris.

“Tak adalah. Reen tengok akaun tadi. Nak tengok bulan ni boleh bayar berapa pada abang,”

“Bayar pada abang? Untuk apa?” soal Faris terkejut.

“Abang ni pelupa ek…bayar duit abang la. Kan Reen pinjam duit abang untuk buat modal hari tu,” jelas Nureen.

“Reen..berapa kali abang nak bagitau ni? Duit tu abang hadiahkan pada Reen, kan memang impian kita nak buka bookstore & cyber cafĂ©. Abang tak boleh nak buat full-time kat kedai ni so, abang bagi modal dan Reen run the business. Understand my dear?”

“Yes my darling. Promise lepas ni Reen tak akan cakap pasal duit tu lagi,” ujar Nureen berjanji sambil mengangkat tangan seolah-olah berikrar.

“Ok, promise. Kalau Reen ungkit lagi cerita ni, abang tarik hidung Reen biar panjang macam Pinochio,” ujar Faris sambil ketawa.

“Kita nak pergi mana ni?”

“Reen nak pergi mana? Nak makan atau nak jalan-jalan. Abang ikut je,”

“Abang dah lapar ke? Kalau belum lapar, kita pergi jalan-jalan kat Jusco kemudian baru kita makan. Nak?”

“Abang belum lapar lagi. Okeylah, kita jalan-jalan dulu. Jom,” ujar Faris seraya berdiri.

“Intan, bagitau Kak Syaz, akak keluar dulu. Kalau dia ada apa-apa nak pesan suruh dia call atau sms akak ye,”

“Baik, kak. Bye,”

“Bye Intan. Jom,” ujar Nureen sambil menarik tangan Faris. Mereka keluar dari kedai menuju ke kereta Faris yang di parker di hadapan kedai.