Wednesday, October 18, 2006

[ 6 ]

“Reen free tak hari ni? Kalau Reen free, bolehlah kita keluar petang ni,”

“Petang ni? Okey..Reen pun dah lama tak jumpa abang. Rindu sangat,”

“Kalau macam tu abang jemput Reen dalam pukul 5 nanti ye,”

“Okey, Reen tunggu abang. Kita jumpa nanti,”

“Okey, I love you. Bye,”

“I love you too. Bye,”

Nureen tersenyum sendiri. Tak sabar rasanya menanti petang. Seingatnya sudah 2 minggu dia dan Faris tak berjumpa.

“Apsal senyum sorang-sorang pulak ni?” teguran Syazana mematikan senyuman Nureen. Dia menoleh ke pintu dan menghadiahkan senyuman untuk Syazana.

“Aku nak ‘dating’ dengan abang petang ni. Kau jangan jealous ye…”

“Ei..tak kuasa aku nak jealous dengan kau. Setakat nak dating dengan Faris aku tak jealous la..kalau kau dating dengan Raja Muda ke, anak VIP ke boleh la kalau nak jealous. Pukul berapa keluar?”

“Abang jemput pukul 5 nanti. Nasib baik hari ni kita datang sama kan so boleh la kau bawa balik kereta aku,”

“No problem. Kau pergi je la dating tu, tak payah nak ingat pasal kereta,” ujar Mira. Nureen hanya tersenyum. Tak sabar dia nak menanti petang.

“Nureen Farisya…cik abang kau dah sampai ni,” jerit Syazana dari luar. Nureen bangun menuju ke pintu.

“Bagitau dia tunggu kejap, aku kemas meja,”

“Abang Faris dok dulu ye. Reen tengah kemas meja,” kedengaran suara Syazana menjemput Faris duduk di sofa di ruang yang memang disediakan untuk tetamu yang berkunjung ke kedai mereka.

Sebaik saja keluar dari biliknya, Nureen melangkah ke arah Faris yang sedai menanti di sofa di ruang menunggu. Sampai saja dia terus mencapai dan mengucup belakang tangan Faris seperti selalu yang dilakukannya kala bertemu.

“Busy ke?” soal Faris.

“Tak adalah. Reen tengok akaun tadi. Nak tengok bulan ni boleh bayar berapa pada abang,”

“Bayar pada abang? Untuk apa?” soal Faris terkejut.

“Abang ni pelupa ek…bayar duit abang la. Kan Reen pinjam duit abang untuk buat modal hari tu,” jelas Nureen.

“Reen..berapa kali abang nak bagitau ni? Duit tu abang hadiahkan pada Reen, kan memang impian kita nak buka bookstore & cyber café. Abang tak boleh nak buat full-time kat kedai ni so, abang bagi modal dan Reen run the business. Understand my dear?”

“Yes my darling. Promise lepas ni Reen tak akan cakap pasal duit tu lagi,” ujar Nureen berjanji sambil mengangkat tangan seolah-olah berikrar.

“Ok, promise. Kalau Reen ungkit lagi cerita ni, abang tarik hidung Reen biar panjang macam Pinochio,” ujar Faris sambil ketawa.

“Kita nak pergi mana ni?”

“Reen nak pergi mana? Nak makan atau nak jalan-jalan. Abang ikut je,”

“Abang dah lapar ke? Kalau belum lapar, kita pergi jalan-jalan kat Jusco kemudian baru kita makan. Nak?”

“Abang belum lapar lagi. Okeylah, kita jalan-jalan dulu. Jom,” ujar Faris seraya berdiri.

“Intan, bagitau Kak Syaz, akak keluar dulu. Kalau dia ada apa-apa nak pesan suruh dia call atau sms akak ye,”

“Baik, kak. Bye,”

“Bye Intan. Jom,” ujar Nureen sambil menarik tangan Faris. Mereka keluar dari kedai menuju ke kereta Faris yang di parker di hadapan kedai.

No comments: