Thursday, September 28, 2006

[ 5 ]

“Nureen, apsal kau lambat?” soal Syazana sebaik saja Nureen melangkah masuk.

“Kenapa? Rindu kat aku ke?” tanya Nureen mahu mengusik Syazana.

“Tolonglah….aku bukan rindu kat kau tapi aku tak larat nak jawab call bagi pihak kau,”

“Jawab call bagi pihak aku? siapa yang call?”

“Pakwe kau,” jawab Syazana selamba.

“Kau jangan nak mengada, Syaz. Bagitau lah siapa yang call?”

“Ala..supplier computer kita tu. Dia call pasal nak confirm tentang penghantaran computer ke Syarikat Mawar tu. Aku tak berani nak confirm sebab aku tak tengok pun quotation company tu lagi pun mana boleh aku jawab suka-suka hati aku, kau kan ‘big boss’ so aku kata tunggu kau balik. Dah 3 kali dia call. Yang kau ni balik lambat pergi mana? Pukul 2.30 baru sampai kedai,”

“Lambat ke? Aku rasa sekejap je,” jawab Nureen sambil lewa. Tangannya membelek fax yang diberi oleh Intan tadi.

“Sekejap kau kata? Sekarang ni dah pukul 2.30 tau. Nak kata kau pergi beli makanan, sekarang ni bulan puasa. Mana kau pergi, Reen?”

“Tak pergi manalah. Lepas pergi bank aku pergi kedai. Tengok calon-calon yang nak ditemuduga tu, pastu temuduga sorang dua. Kemudian aku datang sini,”

“Ye ke? Tak percayalah aku. tengok muka kau ni, aku tau kau rahsiakan sesuatu dari aku. Tak nak kongsi dengan aku ke?” soal Syazana.

“Erm…jap aku fikir. Ada ke cerita yang nak dikongsi dengan kau. Nantilah, aku nak return call supplier tu kemudian kalau aku teringat ada cerita yang aku nak kau tau, aku panggil kau. Okey cik Syazana Humairah?” soal Nureen sambil tersenyum dan berlalu ke biliknya. Syazana hanya menggelengkan kepala, dia tahu Nureen menyembunyikan sesuatu darinya.

“Hello, boleh saya bercakap dengan En. Razali. Saya Cik Nureen Farisya dari Farisya Net Café,” ujar Nureen setelah taliannya disambungkan ke pejabat Encik Razali. 15 minit kemudian dia meletakkan gagang telefon. Syukur semuanya selesai, bisik Nureen. Dia bangun dan menjenguk Intan di kaunter.

“Intan, Kak Syaz ada kat bilik dia ke?”

“A’ah. Kenapa, kak?”

“Tolong minta dia masuk bilik akak sekejap,”

“Okey,”

“Thanks,” ujar Nureen pada Intan. Dia kembali ke mejanya. Sementara menanti Syazana dia cuba mengingat kembali pertemuan tak sengaja dia dan Faris pagi tadi.

“Yes, cik Nureen. Ada apa?” pertanyaan Syazana secara tiba-tiba itu mengejutkan Nureen.

“Kau betul-betul nak share cerita aku?” soal Nureen mahukan kepastian.

“La…kau ni. Sejak bila pulak aku main-main. Selama ni kan kita memang berkongsi cerita cuma sometimes kau tu yang nak simpan sorang-sorang,”

“Okey…okey…tapi jangan terkejut tau,” pesan Nureen.

“Kenapa?” soal Syazana pelik.

“Sebenarnya tadi, masa aku keluar dari bank, aku jumpa abang,” tutur Nureen perlahan.

“What?! Jumpa Faris?” soal Syazana seolah tidak percaya. Nureen menganggukkan kepala. Dia sudah dapat mengagak yang Syazana pasti akan terkejut.

“Kau jumpa kat mana?”

“Kan aku bagitau tadi, aku jumpa lepas keluar dari bank. Maknanya kat depan bank la,” tutur Nureen lagi dan dia terus bercerita pada Syazana tentang pertemuan yang tak diduga itu.

“Agaknya dia sayang lagi pada kau. Tu pasal dia macam ambil berat tentang kau atau dalam erti kata lain ambil tahu tentang perkembangan diri kau,” usik Syazana sebaik saja Nureen habis bercerita. Namun Nureen hanya menggelengkan kepala, menafikan apa yang diperkatakan oleh Syazana.

“Betul..kalau dia dah tak sayang kau, buat apa dia tanya kedai kau yang lain kat mana dan aku rasa dia jealous pada lelaki yang berjaya menjadi ‘suami’ kau. Tu pasal dia nak sangat kenal dengan suami kau,” ujar Syazana lagi.

“Pembetulan ek…dia sebenarnya tak tau apa-apa pun tentang perkembangan diri aku. Kalau dia betul-betul ambil tahu tentang perkembangan diri aku, dia akan tahu sebenarnya yang aku belum lagi ada suami and one more thing, what for dia nak jealous kat aku pulak…bukan aku yang bahagia tapi dia yang bahagia selama ni. Dia tak tau yang selama ni aku menderita dan sengsara disebabkan perbuatan dia, disebabkan dia yang tak jujur dengan aku. Bukan aku yang bagi kata putus, dia yang bagi. Hanya sebab aku lambat bagi keputusan, senang-senang dia kata aku tak serius atau apa saja yang sewaktu dengannya dan dia juga yang buat janji dengan budak perempuan tu. Entah-entah dia memang dah lama nak buat keputusan untuk kawin dengan budak tu tapi takde alasan yang kukuh untuk tinggalkan aku tapi bila jadi macam tu dia bagi kata putus, seolah-olah aku yang salah,” ujar Nureen dalam nada suara yang agak tinggi.

“Sorry, Reen. Aku bukan nak ingatkan kau tentang kisah lalu, aku cuma bagi pendapat apa yang aku rasa. I’m sorry, okey,” ujar Syazana memohon maaf.

“Aku pun minta maaf, Syaz. Aku bukan marah kau tapi aku terkilan bila kau kata abang jealous sebab aku bahagia sedangkan sebenarnya kau tahu apa yang terjadi dan apa yang aku alami sepanjang 2 tahun ni. Sekarang ni pun aku rasa macam..entahlah..mungkin ini dugaan Allah untuk aku,”

“Aku betul-betul minta maaf,”

“It’s okey. Forget it. Tak pasal-pasal kita bertekak pasal ni. Aku nak siapkan kerja sikit lepas tu nak balik rumah. Jangan lupa petang ni kita berbuka dengan Along,” ujar Nureen mengingatkan Syazana.

“Okey, aku keluar dulu. Kau jangan tension-tension tau,” pesan Syazana. Nureen hanya tersenyum dan menganggukkan kepala. Kata-kata yang Syazana ucapkan tadi masih terngiang-ngiang di telinga.

“Agaknya dia sayang lagi pada kau. Tu pasal dia macam ambil berat tentang kau atau dalam erti kata lain ambil tahu tentang perkembangan diri kau”

Sayang pada aku? Hurm…kalau sayang pada aku, kenapa mesti putuskan hubungan yang sekian lama terjalin. Kenapa mesti memilih orang lain sebagai teman hidup sedangkan 8 tahun sebelum tu, aku dan dia menyulam janji untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat. Kenapa? Adakah sebab aku lambat memberikan kata putus maka dia membuat kesimpulan bahawa aku tidak bersungguh-sungguh untuk hidup bersamanya? Abang, kalau Reen tidak bersungguh, tak perlu tunggu 8 tahun untuk berpisah. Kerana bersungguhlah, Reen sanggup menunggu abang tapi apa yang Reen dapat, kekecewaan kerana abang rela mengambil orang lain sebagai ganti. Orang yang abang kata sesuai dapat dapat memahami abang sepenuhnya. Kenapa abang buat Reen macam ni, ujar Nureen tanpa sedar.

“Kak Reen cakap apa?” teguran Syikeen mengembalikan Nureen kea lam nyata. Tak sangka yang begitu jauh dia mengelamun sehingga tak sedar Syikeen yang masuk dan berdiri di depannya.

“Ada apa. Syikeen?”

“Ni ada fax dari Pusat Tuisyen Baiduri. Nak quotation untuk desktop lagi,”

“Okey nanti akak fax balik pada mereka. Thanks,”

Nureen memandang fax di tangan. Dia bersyukur kerana kedai buku dan cyber café yang diusahakan bersama Syazana dah bertambah maju. Dia juga bersyukur kerana Faris sudi memberikan modal untuk dia memulakan perniagaan. Siapa sangka kedai yang diimpikan bersama Faris ketika sedang bercinta-berkasih satu ketika dulu sudah menjadi kenyataan dan semakin maju. Kedai ini lambang cinta mereka kerana melalui computer la cinta mereka berputik namun dia terkilan kerana impian mereka untuk hidup bersama tidak kesampaian. Tiap kali teringatkan kedai yang diusahakan, hati Nureen meruntun pilu, pilu kerana terkenangkan Faris dan segala kenangan mereka.

No comments: