Wednesday, November 29, 2006

[ 23 ]

“Reen, kau kena terima kenyataan ni,” pujuk Syazana.

“Bukan aku tak nak terima hakikat tapi aku tak boleh. Kenapa dia buat aku macam ni?”

“Reen, bawa bersabar. Nureen yang aku kenal bukan macam ni. Nureen yang aku kenal seorang yang kuat,”

“Tapi….”

“Kau kena cuba. Kalau kau terus begini, macam mana dengan kedai kita? Tak kan nak biar aku handle sorang? Aku mana mampu. Lagi pun itu kedai kau kan…tugu cinta kau dan dia,” pujuk Syaz.

“Memang kedai tu tanda cinta kami tapi sekarang aku tak mampu nak jejak ke kedai tu. Semua kenangan antara aku dan abang bermain di mata aku. Macam mana aku nak lupa, aku tak boleh,” ujar Nureen sedikit kuat.

“Okeylah, aku tak paksa kau. Tapi kau kena fikir masa depan. Buat apa kau nak sakitkan hati kau, sakitkan perasaan kau sedangkan dia mungkin sedang berbahagia, bergelak ketawa dengan kekasih baru dia tu. Kau kena bangun, kau kena kuat. Tunjuk pada dia yang kau juga boleh meneruskan kehidupan ni walaupun tanpa dia di sisi kau, Lisa. Aku sayang kau sebab kau sahabat aku sejak kita kecil,”

“Erm…aku akan cuba tapi…entahlah, aku tak tau bila aku akan kembali normal. Hanya masa yang akan menentukannya. Thanks sebab sudi berada di sisi aku,” ujar Nureen sambil memeluk Syaz erat. Tiba-tiba Nureen mendengar lagu Anuar Zain berkumandang. Perlahan-lahan dia membuka mata. La…aku bermimpi rupanya tadi, bisik Nureen. Lagu Keabadian Cinta dendangan Anuar Zain masih berkumandang. Tangannya meraba-raba mencari handphone. Ada sms dari Syaz.

“Reen…kau ok? Kenapa aku call tak jawab?”

Hah?! Syaz call? Nureen melihat screen lcd handphonenya…5 missed call, bisik hatinya. Nureen segera membalas sms Syaz namun belum sempat dia menekan butang Send, handphonenya mengalunkan lagu Pudar. Syaz..

“Hello”

“Reen! Kau okey ke?” kedengaran suara Syaz.

“Okey je,”

“Habis kenapa aku call tak jawab? 5 kali tau tak? Aku dah standby dalam kereta dah ni, kalau kau tak jawab juga call aku, aku nak balik rumah,”

“Jangan risau la. Aku tidur. Mungkin kesan ubat buat aku terlena macam pengsan,” jawab Nureen sambil ketawa kecil.

“Kau boleh ketawa lagi? Aku dah risau tau! Aku takut kau jadi macam dulu,” marah Syaz pada Nureen.

“Syaz, itu dah 3 tahun lepas. Aku dah okey,”
“Ye lah tu. Sebab okey la kau jadi macam tu 3 tahun lepas. Erm..nak pesan apa-apa?”

“Nanti kau balik belilah makanan ek. Mc D pun okey kalau kau malas nak singgah beli nasi. Aku tak larat nak masak,”

“Okey. Setengah jam lagi aku balik. Bye,”

“Bye,” balas Nureen. Selesai bercakap dengan Syaz, dia kembali berbaring. Terasa ringan kepalanya.

Monday, November 27, 2006

[ 22 ]

Abang….kenapa abang buat macam ni pada Reen…apa salah Reen pada abang..kenapa abang tipu Reen…bisik Nureen. Kepalanya tiba-tiba saja berdenyut, dah lama dia tak sakit kepala, mungkin sebab dia tertekan dengan apa yang terjadi, tu sebabnya sakit kepala dia kembali menyerang. Dalam dia melayan sakit kepala yang tiba-tiba menyerang, dia dikejutkan oleh deringan telefon. Nureen membiarkan saja lagu Anuar Zain berkumandang, takde mood nak membaca sms tersebut. Dibuatnya sms tu dari manusia yang selalu mengganggunya tu, lagi haru, makin bertambah sakit la kepala dia. Nureen memejamkan mata, mengharapkan agar denyutan tersebut hilang namun semakin lama dia rasakan denyutan tersebut bertambah kuat. Dia membuka mata, bergerak ke meja solek di hujung katil. Uphamol 650 yang semenangnya ada dalam simpanan diambil, kemudian dia keluar ke dapur untuk mendapatkan air. Lega rasanya bila dah makan ubat.

“Apsal ni?”

“Kau ni..terkejut aku tau. Nasib baik ubat aku dah telan, kalau tak mau tercekik,” marah Nureen pada Syazana.

“Sori, aku mana tau kau tengah makan ubat. Apsal? Sakit kepala?”

“A’ah..dah lama tak sakit kepala. Mungkin sebab hal semalam kot, tu yang sakit kepala tiba-tiba tu,”

“Kan aku dah bagitau tadi, kau boleh kongsi dengan aku apa yang kau rasa. Jangan simpan sorang-sorang. Aku tak sanggup nak tengok kau sedih macam dulu,”

“Ala…kau jangan risau. Insya-allah tak akan jadi macam dulu cuma aku belum bersedia nak cerita pada kau. Nantilah, kalau aku dah bersedia, aku bagitau ek,” pujukku.
“Ye lah, tu. Entah bila nak bersedia pun aku tak tau. Kalau dulu kau ambil masa 4 bulan baru bersedia nak bagitau aku, mungkin kali ni lapan bulan pulak kot,” peril Syazana.

Nureen hanya tersenyum.

“Aku macam tak larat nak pergi kedai la, nak rehat kat rumah,boleh?”

“Baguslah sebab kalau kau nak ke kedai pun aku tak nak bagi. Eh, dah lambat. Aku pergi dulu. Apa-apa hal kau call atau sms aku ek..”

“Okey, bye..”

“Bye”

Nureen menghantar Syaz ke muka pintu. Sebaik saja kereta Syaz hilang di pandangan, Nureen melangkah ke bilik. Baru dia teringat yang dia masih belum membaca sms yang diterima tadi.

“hai Lisa. Apa khabar hari ni?”

Dia lagi, sibuk je. Nureen terus memadam sms tersebut kemudian meletakkan kembali telefon bimbitnya ke atas meja di sebelah katil dan merebahkan badan ke tilam, cuba memejamkan mata untuk tidur. Dia harap selepas bangun tidur nanti sakit kepala yang tiba-tiba menyerang itu akan hilang.

Saturday, November 25, 2006

[ 21 ]

“Reen, aku minta maaf pasal semalam. Aku tak sengaja bagitau Faris yang kau belum kawin,”

“Tak apalah, Nim. Nak buat macam mana, benda dah jadi pun. Bukannya boleh ditarik balik,”

“Betul kata Reen tu. Kau tu lain kali jangan nak menyampuk,” ujar Syaz memarahi Hanim.

“Ala..aku bukan sengaja. Aku mana tau yang Faris tak tau Reen belum kawin,”

“Dah la, jangan nak bergaduh pulak. Bila lagi kita nak jumpa ni?”

“Tengokla, kalau aku free, aku lepak rumah korang tapi sekarang ni tak boleh kot sebab aku nak kena study dengan papa aku untuk handle business dia tu,”

“Orait, rumah kami sentiasa terbuka untuk kau,” beritahu Syaz. Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh bunyi hon kereta.

“Cab dah sampai so aku balik dulu. Apa-apa hal call atau sms ek…” ucap Hanim. Nureen dan Syaz hanya menganggukkan kepala.

“Bye bye”

“Bye..jumpa lagi nanti,”

Mereka masuk ke rumah sebaik saja teksi yang membawa Hanim hilang dari pandangan.

“Apsal monyok je?”

“Hah?! Monyok? Mana ada, pandai-pandai je,”

“Cik kak, kita ni kenal dah lama. Aku dah kenal sangat macam mana rupa kau tu. Macam mana rupa kau happy, kau sedih, kau serius,”

“Ye ke?”

“Ye…betul kan? Baik kau mengaku,”

“Betul, aku okey,”

“Reen, aku tau kau tak okey. Ni mesti pasal semalam kan?”

“Erm…entah la, no komen,” jawab Nureen sambil lewa. Malas nak jawab soalan Syaz sebab kalau dia jawab, dia makin teringatkan perbualan mereka bertiga semalam.

“Reen, jangan la macam ni. Baik kau share dengan aku. Sekurang-kurangnya dapat release tension kau tu. Aku tak nak kau pendam sorang-sorang..lepas tu nanti kau murung…aku tak nak peristiwa 3 tahun lepas jadi balik,”

Nureen hanya mendiamkan diri. Tersentuh hatinya mengenangkan sikap ambil berat Syaz. Nureen memandang Syaz,

“Ntahlah…aku tak tau macam mana nak cerita tapi yang pasti, aku benar-benar terganggu dengan apa yang kita bualkan semalam,”

“Aku minta maaf. Aku memang tak sempat nak bagi hint pada Hanim. Sorry,”

“Tak apalah, benda dah jadi, kan. Akhirnya apa yang aku tak nak Faris tahu terbongkar juga,”

“Reen, lambat laun akan terbongkar juga status kau,”

“Ye, itu aku tahu tapi aku tak sangka yang semuanya akan terbongkar dengan pantas. Aku ingat biarlah 3 atau 4 tahun lagi baru rahsia tu terbongkar,” ujar Nureen cuba mengukir senyum buat Mira.

“Tapi semalam kan, Imran memang terkejut masa Hanim bagitau yang kau belum kawin. Dia macam tak percaya je,”

“Terkejut?! Mesti dia ingat aku tak kawin sebab masih teringat kat dia,”

“Tapi memang kau still ingat dia kan?” soal Syaz seperti inginkan kepastian dari Nureen.

“Memang aku ingat kat dia. Tipulah kalau aku kata aku dah lupakan dia sebab aku dan dia menyulam kasih bukan sehari dua tapi bertahun-tahun cuma aku tak nak la dia ingat aku belum kawin sampai sekarang disebabkan aku tunggu dia,”

“Katakan la lepas ni dia contact kau, apa kau nak buat?”

“Contact aku?” soal Nureen inginkan kepastian. Syaz menganggukkan kepala. Nureen tersenyum sinis.

“Aku tak akan layan dia. Buat apa aku nak sakitkan hati aku lagi? Cukuplah luka yang dia tinggalkan untuk aku tu..tak sembuh lagi so aku tak nak menambah lagi luka tu. Lagi pun, dia tu suami orang bukannya kekasih aku lagi…tak mungkin aku akan layan dia,”

“Kalau dia dah tak jadi suami orang?” soal Syaz lagi.

“Kau ni kan…tak payah la nak buat andaian yang bukan-bukan. Sakit kepala aku ni tau dengar andaian kau yang bukan-bukan tu,”

“Jawab la..aku nak tau jawapan kau,”

“La..kan aku dah bagitau yang aku tak akan layan dia lagi. Dia tu suami orang bukannya kekasih aku. Faham?”

Sebaik saja habis berkata-kata Nureen terus meninggalkan Syaz keseorangan. Malas nak layan, nanti luka di hatinya akan bertambah parah.

“Reen! Reen!”

Nureen meneruskan langkah ke bilik. Malas nak jawab panggilan Syaz. Tiba di bilik, dia melangkah ke meja tulis yang tak jauh dari katil. Dia menarik kerusi lalu duduk. Tiba-tiba dia teringat dan rindu pada Faris. Kenapa abang buat Reen macam ni. Sampai hati abang, bisik Nureen merintih pilu. Walaupun bertahun masa berlalu namun dia masih belum mampu untuk melupakan Faris walau sedetik. Peristiwa perkenalan mereka masih segar di ingatan, begitu juga peristiwa perpisahan mereka. Semuanya masih segar dan seolah-olah baru semalam berlaku. Bagai terbayang-bayang di ruang matanya apa yang berlaku.

Wednesday, November 22, 2006

[ 20 ]

“Reen, cuba kau teka kami jumpa siapa tadi…”

Nureen sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Ala….teka la cepat,” pujuk Hanim lagi, tidak mahu mengalah.

“Malas la nak teka-teka…bagitau aje la..”

“Kau ni kan…tak rock la…”

“Rock ke balada ke…suka hatilah kau nak kata apa, yang pasti aku malas nak meneka..kalau kau nak cerita, teruskan. Kalau tak nak pun aku tak kisah la…”

“Kau ni, Nim..bukan kau tak tau perangai minah ni. Dia mana suka nak teka-teka ni. Bagitau aje la,” kata Syaz menyampuk. Agaknya takut nanti Nureen dan Hanim berselisih faham pasal tu.

“Tadi kami jumpa Faris,” beritahu Hanim. Nureen memandangnya.

“So?”

“Kau tak terkejut?” soal Hanim pelik.

“Terkejut? Pasal apa nak terkejut pulak?” Tanya Nureen kembali.

“Ye lah..sekurang-kurangnya kau terkejut dengar aku jumpa dia tapi kau tak jumpa…”

“Nim, kalau satu ketika dulu mungkin la tapi sekarang ni takde maknanya aku nak terkejut atau apa saja yang sama maksud dengan terkejut tu,” jawab Nureen selamba.

“Reen, tadi Faris tanya kau,” beritahu Syaz pulak. Nureen sedikit tersentak. Buat apa nak tanya pasal aku pulak, soal Nureen namun itu hanya bergema dalam kepalanya.

“Tanya aku? Kenapa?”

“Dia tanya kau mana sebab selalunya kan kita berdua so dia macam pelik la bila tengok aku dan Hanim,” jelas Syaz.

“Sibuk je nak tanya-tanya aku buat apa…bukannya aku ada kaitan denga dia sekarang ni,”

“Dia rindu tu,” usik Hanim sambil tersenyum. Nureen menjeling tajam.

“Jangan nak buat pasal. Buat apa nak rindu kat aku? Rindu la kat bini dia tu. Kan bini dia lebih baik dari aku….”

“Reen, dia tanya aku tadi, betul ke kau dah kawin,”

“What?! Habis kau kata apa?”

“Aku tak sempat nak cakap apa sebab Hanim dah potong cakap aku,”

“Kau cakap apa, Nim?”

“La..aku cakap la yang kau belum kawin. Tak kan aku nak tipu kot..” jawab Hanim tanpa rasa bersalah. Nureen merenung Hanim.

“Kau ni kan…ei..dah menyusahkan aku tau tak!” marah Nureen.

“Kenapa? Aku tak faham,” soal Hanim.

“Sebab…aku tak nak nanti dia ingat aku tak kawin sebab aku masih tunggu dia. Sedangkan sebenarnya aku bukan tunggu dia tapi aku memang takde hati nak kawin…”

“Sori, mana aku tau…patutla masa aku cakap tadi Syaz pandang aku semacam je,”

“Tau pun tapi kau gatal mulut jugak kan,” ujar Syaz. Nureen hanya mendiamkan diri. Takde mood nak melayan kedua temannya itu.

“Nak gi mana tu?” soal Syaz sebaik saja Nureen angkat kaki untuk beredar.

“Nak tenangkan perasaan….” Jawab Nureen lalu mengheret kaki ke bilik.

“Kenapa kau tak bagi hint kat aku tadi?”

“Kau yang yang potong cakap aku, macam mana aku nak hint,”

Sayup-sayup terdengar Hanim dan Syaz bertelagah. Lantak korang lah tapi yang pasti korang dah menyusahkan hidup aku untuk seketika waktu,ujar Nureen perlahan. Tiba di bilik, dia terus menghempaskan diri ke tilam. Dia memejamkan mata. Kata-kata Hanim masih terngiang-ngiang di telinga. Napalah nasib aku macam ni, keluh Nureen tanpa sedar.

Sementara itu, Faris memandang ke luar namun tiada apa yang menarik perhatiannya melainkan kepekatan malam. Mindanya tiba-tiba teringatkan pertemuannya dengan Syaz dan Hanim petang tadi.

“Hai! Ni Syaz kan?” tegur Faris. Gadis yang ditegur itu memandangnya. Riak wajahnya jelas terkejut.

“Abang Faris!”

“Nasib baik betul, risau juga abang tadi. Risau tersalah orang,” ujar Faris sambil tersenyum.

“Kalau salah orang minta maaf ajelah…tak sangka boleh jumpa abang kat sini,”

“A’ah kan. Lama kita tak jumpa. Syaz sihat? Datang dengan sapa? Sorang je ke?”

“Memang la, sejak abang dengan Lisa break-up, kita mana pernah jumpa. Abang tu kawin pun tak jemput kami. Erm..Syaz datang bertiga tapi sekarang ni sorang sebab Hanim kat cashier tu,” ujar Syaz sambil menunjuk ke satu arah.

“Kata bertiga, sorang lagi siapa?”

“Ala…buat-buat tanya pulak.. dah lupa ke best-friend Syaz, kan bekas kekasih kesayangan abang dulu…” ujar Syaz selamba dan ketika itu dia dapat lihat air muka Faris yang berubah rona. Namun Faris hanya tersenyum, mungkin senyum terpaksa.

“Erm..mana dianya?”

“Sapa?”

“Reen. Mana dia?”

“Dia kat Vincci. Cari kasut. Eh, abang sorang je ke? Isteri mana?” soal Syaz sambil memandang sekeliling.

“Abang sorang je hari ni. Dia ada hal,”

Syaz hanya mengangguk.

“Faris! Kau buat apa kat sini?” soal Hanim yang tiba-tiba saja muncul.

“Macam kau la, shopping,”

“Mesti shopping untuk isteri kan?”

“Lebih kurang la. Erm..Syaz, abang nak tanya sikit boleh?”

“Nak tanya apa?”

“Suami Reen orang mana?”

“Suami Reen? O..suami dia orang….”

“Reen mana kawin lagi,” beritahu Hanim tanpa sempat Syaz menghabiskan ayat.

Faris memandang Hanim dan Syaz silih berganti. Belum kawin, tapi kenapa Nureen bagitau hari tu yang dia dah kawin.

Monday, November 20, 2006

[ 19 ]

10 minit kemudian, mereka sampai ke Jusco. Walaupun boleh berjalan kaki saja namun Nureen lebih senang untuk memandu ke Jusco.

“Aku nak gi Vincci. Nanti jumpa kat situ la, ek…”

“Tu nak tengok kasut tak pun handbag,” Nureen hanya tersenyum mendengar komen Hanim seraya berkata…

“Saja, nak tengok-tengok apa yang menarik..kalau ada yang berkenan, aku beli.kalau takde, tengok je, cuci mata…”

“Suka hati kau lah… Syaz, kau nak ikut aku ke Reen?”

“Reen, aku ikut Hanim ek…nanti kita nak jumpa kat mana?”

“Kat depan Vincci la..”

Syaz dan Hanim menganggukkan kepala dan mula bergerak ke bahagian pakaian manakala Nureen pula memulakan langkah menuju ke Vincci. Dia membelek-belek beberapa pasang kasut.

“Miss, saiz 6 ada tak?” soal Nureen pada salah seorang sales girl sambil menunjukkan kasut di tangan.

“Sekejap ye..” Nureen menganggukkan kepala dan mencari tempat duduk. Tak lama kemudian sales girl tadi datang membawa kasut yang dia minta. Dia mengambil dan mencuba. Erm..okey gak, bisik hati kecilnya. Tiba-tiba tumpuannya terganggu oleh alunan lagu Keabadian Cinta. Cepatnya budak dua orang ni shopping, desis Nureen. Message yang diterima dibaca sebaik saja handphone berada di genggaman.

“hai..buat apa tu? Beli kasut ye?”

Tersentak seketika Nureen dibuatnya kerana sms tersebut bukan dari Syaz atau Hanim tapi dari lelaki misteri tu…Nureen mengangkat muka, memandang sekeliling. Pada pandangan dia, tiada sesiapa pun yang mencurigakan. Macam mana dia tau aku nak beli kasut, bisik Nureen pelik. Dia teka aje kot..bisiknya lagi sekadar nak menenangkan hati. Tiba-tiba alunan lagu tadi berbunyi lagi.

“Sorang je ke? Nak abang temankan? :-)”

Abang? Eiii..geli aku dibuatnya, jerit Nureen dalam hati. Dengan pantas dia membalas sms tersebut. Jari-jemarinya ligat menekan keypad.

“Abang?! Siapa awak ni sebenarnya? Awak kat mana? Kenapa ganggu saya?”

Nureen membaca ayat tersebut sebelum menekan butang Send. Setelah puas hati, dia menekan butang Send. Dia harap lelaki tu akan jawab soalannya dan harap-harap lepas ni dia dah tak kacau aku lagi, bisik Nureen mengharap. Dia menyimpan kembali handphone ke dalam beg dan kembali mencuba kasut tadi. 10 minit kemudian, handphonenya kembali mengalunkan lagu Keabadian Cinta. Dia membiarkan saja sms tersebut, malas nak baca atau membalasnya. Setelah puas hati dengan kasut yang dicuba, Nureen memberi kasut tersebut pada sales girl yang setia menanti.

“Okey, I ambil yang ini..” ujar Nureen sambil tersenyum.

Kemudian dia berjalan ke bahagian handbag..saja nak tengok-tengok, mana tau ada yang menarik mintanya. Kemudian matanya tertancap pada sebuah beg yang agak menarik dan dengan pantas dia mengambilnya. Tag disebelah beg tersebut dibelek..erm..ada warna hitam. Nureen tersenyum dan berpaling mencari sales girl tadi.

“I nak yang warna hitam,”

Sales girl tu menganggukkan kepala dan masuk ke stor mengambil beg yang diminta. Sementara menunggu, Nureen mengeluarkan handphone dari handbag. La..message dari Syaz rupanya, ingatkan lelaki tadi. Pantas Nureen membalas sms tersebut. Tak lama kemudian, alunan lagu Pudar berkumandang.

“Apsal lambat balas?”

“Tak dengar la, aku sibuk cuba kasut,” jawab Nureen memberi alasan.

“Kau kat mana?”

“La..kat depan Vincci la, mana lagi…korang tu dah habis ke membeli? Takkan beli lingeries pun berjam-jam…”

“Aku dah sudah dah, Hanim tu..dok sibuk pilih jeans pulak…tunggu la situ ek..kejap lagi kami datang..”

“Okey…tapi cepat sikit,”

“Okey madam..” jawab Syaz sambil ketawa kecil. Nureen menyimpan kembali handphone ke dalam beg sebaik saja talian dimatikan. Sementara menunggu Syaz dan Hanim, dia mengeluarkan novel yang bawa bersama.

“Jom..”

“Ya Allah..terkejut aku! Nasib baik aku takde lemah jantung, kalau tak….”

“Kalau tak mesti dah pengsan…” sampuk Syaz sebelum sempat Nureen menghabiskan ayatnya.

“Tau takpe. Lain kali bagi la salam dulu..ni main sergah-sergah je..memang perangai buruk kau tak berubah la, Nim” rungut Nureen sambil mencubit lengan Hanim.

“Hehehe..saja nak usik kau. Kau tu kalau dah dapat buku, apa jadi kat sekeliling pun kau tak ambik tau. Eh..aku ada sesuatu nak bagitau kau….”

“Sesuatu? Apa dia?” soal Nureen memandang Hanim dan Syaz silih berganti. Syaz hanya diam dan tersenyum.

“Erm…aku bagitau kat rumah ajelah…nak tau jom cepat gerak..”

“Mengadalah kau ni…saja nak buat aku tertunggu-tunggu. Syaz, bagitau la…”

“Kita balik dulu, nanti kita cerita sampai pagi…”

“O..kau pun bersekongkol dengan Hanim ek..takpe…” ujar Nureen pura-pura merajuk.

“Ala bucuk-bucuk..jangan la merajuk…ni cite best mana leh cite kat public ni..cite kat rumah lagi best..boleh guling-guling…jom la…” pujuk Hanim sambil menarik hidungku.

Nureen menepis tangan Hanim, tak suka orang main hidungnya. ”Ish…cepatla..lambat sampai rumah lambat la kau tau cerita ni,”

“Ye lah…jom cepat,” ujar Nureen sambil bangun dan melangkah ke luar. Hatinya tertanya-tanya sendiri. Apa cerita sensasi yang Hanim dan Syaz nak kongsi dengan dia. Tak sabarnya rasa.

Nureen menghulurkan kunci kereta pada Syazana.

“Nah! Aku malas nak drive. Takde mood,” Syaz menyambut tanpa membantah. Dia dah tau sangat perangai Nureen..kalau fikirannya terganggu memang wajib dia takde mood nak drive.

Friday, November 17, 2006

[ 18 ]

“Reen, nanti lepas mak dan ayah abang balik dari Mekah, diaorang akan pergi rumah Reen.”

“Betul?!” soal Nureen terkejut dan macam tak percaya. Inilah saat yang dia nantikan selama berkawan, berkasih dan bercinta dengan Faris.

“Betul. Kenapa? Reen tak percaya ke?”

“Bukan tak percaya tapi seronok sangat. Memang selama ni Reen tunggu parent abang datang sebab Reen dah tak sabar nak jadi isteri abang.” Jawab Nureen sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis untuk Faris.

“Reen dah bersedia ke nak jadi isteri abang ni?”

“Mestilah…abang tu macam mana?”

“Abang pun dah bersedia. Kalau boleh kita bertunang setahun je, boleh?”

“Reen ikut je. Kalau abang kata sebulan pun Reen ikut,”

“Bagus sayang abang ni. Jom pergi makan, abang dah lapar la.”

“Jom, nak makan kat mana?”

“Kita makan kat TKK aje lah. Nasi campur, boleh?”

Nureen menganggukkan kepala dan menghulurkan tangan kepada Faris. Faris yang memahami terus menarik tangan Nureen untuk membolehkan Nureen berdiri.

“Malas!” ujar Faris lalu menarik hidung Nureen.

“Sakitlah,” ujar Nureen sambil menampar tangan Faris. Faris hanya ketawa kecil dan mereka berjalan beriringan menuju ke kereta.

“Ramainya orang sampai takde parking,” rungut Faris apabila mereka tiba di TKK. Sambil memperlahankan keretanya, matanya tajam memerhatikan kiri kanan jalan untuk mencari parkir yang kosong.

“Bang, tu ada kereta keluar,” Nureen bersuara sebaik saja melihat ada sebuah kereta yang mengundur keluar dari tempat parkir.

“Reen nak makan nasi campur atau nak makan lain?”

Nureen memandang Faris dan tersenyum..“Reen ikut abang. Kalau abang nak makan nasi campur, Reen pun makan nasi campur. Kalau abang nak makan makanan lain pun Reen ikut..”

“Ikut pilihan abang ye?” soal Faris memandang Nureen dan Nureen menganggukkan kepala.

“Ok, kita makan nasi campur la. Jom pergi gerai tu.”

Setelah memilih lauk, mereka mencari tempat dan makan.

“Nak sayur tak?” soal Faris memecah kebisuan antara mereka. Masing-masing tunduk dan diam mengadap rezeki.

Nureen menggelengkan kepala... “Abang ni macam tak tau yang Reen tak makan sayur,”

“Abang tau dan abang ingat. Saja abang tanya. Manalah tau kalau-kalau bakal isteri abang ni dah pandai makan sayur…” tutur Faris sambil ketawa. Secara automatik Nureen mencubit lengan Faris dan Faris yang tidak sempat mengelak mengaduh kesakitan.

“Itu ‘hadiah’ sebab menyindir Reen,”

“Boleh tahan sakitnya. Dah lama abang tak kena cubit,”

“Nak kena selalu ke?”

“Tak nak,” jawab Faris sambil tersenyum danmeneruskan suapannya. Dan suasana sepi kembali menyelubungi mereka.

10 minit kemudian..

“Air tu tak habis ke?”

“A’ah, dah penuh la, bang. Abang nak ke?”

“Bagi sini, air abang pun dah habis,” pinta Faris lantas dia segera menghulurkan gelas tersebut.

“Jom. Kita nak balik atau nak jalan-jalan lagi?”

“Erm..kita pergi kedai dulu lepas tu baru balik, boleh?”

“Abang pun dah lama tak tengok kedai, kesian Reen kena uruskan sendiri. Abang tak tolong pun..”

“Ala..bukan Reen sorang. Syaz kan ada..Abang ada tolong apa..”

“Bila pulak abang tolong, yang?”

“Tu..modal yang abang bagi pinjam tu. Bukan tolong ke?”

“Itu hadiah abang untuk Reen, bukannya abang tolong…”

“Ala..samalah tu,” jawab Nureen tak nak kalah.

“Ye lah. Apa-apa ajelah, nak menang je,” ujar Faris mengalah. Nureen hanya ketawa kecil.

“Lagu ni…” jerit Nureen dan segera menguatkan volume radio. Dia mengikut lirik lagu tersebut dengan perlahan.

“Amboi…menyanyi,” tegur Faris sebaik saja Nureen berhenti menyanyi.

“Lagu ni best tau..dengar ni..cinta ini ku persembahkan setulus hati kasih kepadamu..khas untuk abang,”

“Erm..memang best tapi suara penyanyi asal tu sedap lagi dari suara Reen,”

“Abang! Menyampah! Tau la suara Reen tak sedap macam suara Misha Omar tu. Reen nyanyi tadi nak suruh abang hayati lirik tu. Takpelah, lain kali Reen tak nyanyi dah ek…”

“Ala…jangan la merajuk,”

“Bukan merajuk tapi sedar diri. Lagipun mana boleh merajuk dengan abang, takde faedah. Abang bukan nak pujuk, silap-silap Reen yang kena pujuk abang,”

Faris ketawa kuat sebaik saja NUreen habis bercakap… “Okeylah, lain kali Reen nyanyi lagi. Jangan lah merajuk..ala bucuk-bucuk manja abang…”

Nureen buat tak reti dengan pujukan Faris. Sebenarnya dia taklah merajuk tapi saja nakmengusik Farus. Nak tengok reaksi dia.

“Reen..pandang lah abang. Janganlah macam ni, perkara kecil je, kan?” pujuk Faris tapi Nureen masih membatukan diri, membuang pandangan ke luar.

“Nureen…Nureen…”

“Nureen….Nureen…” bunyi petikan jari di depan matanya mengembalikan Nureen ke alam nyata. Tak sangka yang dia boleh hanyut dalam kenangan semalam. Lantas dia memandang Syaz yang tercegat di depannya.

“Puas aku panggil kau dari luar tapi no respond. Rupa-rupanya khayal. Jom cepat,”

“Jom? Nak ke mana?” soal Nureen pelik.

“Tengok, lupa dah. Tadi kan kita nak gi JJ, nak beli barang Hanim,”

“Oh, ya! Okeylah, jom,” ujar Nureen mencapai handbag di meja sebelah lalu bangun mengikut langkah Syaz yang telah pun melangkah keluar dari pejabatnya.

Wednesday, November 15, 2006

[ 17 ]

Nureen menarik nafas panjang, cuba mencari ruang untuk memulakan cerita. Jari-jemari Syaz masih kuat ke genggam. Dengan perasaan yang bercampur baur, dia menceritakan semua yang berlaku pada Hanim. Riak terkejut jelas terpancar di wajahnya. Sesekali dia menggelengkan kepala.

“Dia kata dia dah bagi hati dia pada perempuan lain, Nim. Katanya student dia. Dah kenal lama tapi masa tu baru beberapa bulan diaorang serius dan paling aku kecewa bila dia bagitau yang dia dah janji dengan keluarga budak tu untuk masuk meminang, Nim..” ujar Nureen menahan sebak yang bertandang. Dia dapat merasakan yang air matanya bertakung. Nureen memejamkan mata cuba untuk mententeramkan perasaan kerana setiap kali dia teringatkan pertemuan terakhir dia dan Faris, dia akan menangis walaupun peristiwa itu telah berlalu hampir 3 tahun.

“Reen, aku betul-betul terkejut dengan perkara ni sebab aku dan kawan-kawan yang lain semua tahu yang kau dan Faris tak pernah ada masalah. Aku susah nak percaya apa yang dah jadi..”

“Memang susah nak percaya tapi itulah yang terjadi. Bukan kau je tak percaya tapi aku sendiri masih tak dapat nak terima kenyataan ni walaupun dah hampir 3 tahun. Aku..aku..” sebak yang bertandang menyebabkan kata-kata Nureen terhenti.

“Dah la, Reen. Kita lupakanlah pasal ni, kita tak bincang dah pasal ni, ok?” pujuk Hamin sambil memegang tangan Nureen. Tika itu Nureen hanya mampu melemparkan sebuah senyuman buat teman yang memahami.

“Kau tidur sinilah malam ni,” ujar Syaz yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

“A’ah la…betul kata Syaz tu,”

“Betul ni? Aku okey je sebab esok aku tak keje, Sabtu kan. Korang lah yang keje,”

Nureen memandang Hanim “Kami boss, anytime boleh cuti,”

“Tapi…”

“Tapi apa lagi?” soal Syaz tanpa sempat Hanim menghabiskan kata-katanya.

“Aku mana ada bawa baju la, makcik…”

“No problem, boleh pakai baju aku atau Reen tapi yang kecik-kecik tu nanti kita pergi belilah..kan Reen,” ucap Syaz dan memandang Nureen dan Hanim silih berganti. Nureen hanya menganggukkan kepala.

“Korang duduklah dulu, ye. Aku nak masuk office jap,” ujar Nureen lalu bangun meninggalkan Syaz dan Hanim.

“Tak patut Faris buat Reen macam tu…apa yang istimewanya student dia tu sampai dia buat Reen macam tu?”

“Entah, aku pun tak tau, Nim. Kalau kau terkejut, aku lagi terkejut masa tu. Aku ingat lagi petang tu. Masa aku sampai rumah, Reen belum balik lagi sedangkan dia keluar dari kedai pagi lagi. Masa dia keluar tu aku tak tau dia ke mana. Tup..tup…dia balik dah dekat nak senja dengan muka sembab, mata bengkak. Aku tanya kenapa langsung dia tak nak cakap, puas aku pujuk akhirnya dia cerita semuanya. Macam yang kau dengar tadi.”

Sunday, November 12, 2006

[ 16 ]

Nureen mengerling jam di tangan, 12.15 tengahari..maknanya dia dan Syaz dah terlewat 15 minit. Lantas dia menghayun langkah dengan laju begitu juga dengan Syaz. Tiba di Mc Donalds, Nureen mencari kelibat Hanim.

“Mana dianya?” soal Syaz yang turut sama mencari Hanim.

Nureen melangkah ke dalam Mc Donalds. “Entah, lewat kot. Aku ingat kita yang lewat rupanya dia lagi lewat. Jom lah, kita cari tempat, nanti pandai-pandailah dia cari kita.”

“Nak order atau nak tunggu Hanim?”

“Aku rasa kita order la dulu, belikan juga untuk Hanim. Aku rasa dia masih ‘setia’ dengan fillet o-fish tu.”

Syaz mengangguk dan terus bangun menuju ke kaunter. Sekali lagi Nureen menjeling jam di tangan. Kemudian, telefon bimbit di dalam beg dikeluarkan. Sekadar untuk memastikan bahawa telefon bimbitnya masih berfungsi, mana tau kalau-kalau Hanim yang call. Aku nak call dia, mustahil sebab takde nombornya, bisik Nureen. Nombor yang dulu sudah tidak aktif sejak Hanim ke luar negara. Silap juga semalam tak minta nombor handphone dia, bisik hati Nureen sedikit kesal.

“Nureen!!”

Nureen mendongak tatkala mendengar namanya dipanggil. Dia terkejut dan akhirnya tersenyum sebaik saja melihat Hanim yang berdiri di hadapannya. Nureen bangun dan terus memeluk Hanim erat.

“Lamanya kita tak jumpa. Dah kurus sikit kau, ek…tak montel macam dulu lagi,” usik Nureen.

“Memang lama tak jumpa, adalah dalam 7 tahun. Aku dah kurus sikit tapi kau ni aku tengok makin kurus. Kenapa? Faris tak bagi kau makan ke?” soal Hanim. Nureen terkedu sebentar bila mendengat Hanim menyebut nama Faris. Macam-macam perasaan yang dia rasa..sedih, marah, geram tapi dia tahu dia tak boleh nak marahkan Hanim kerana Hanim dah tentu tak tahu apa yang jadi antara dia dan Faris 3 tahun lepas.

“Aku makin kurus ke? Erm…aku rasa macam biasa je. Mungkin sebab kau dah lama tak tengok aku, tu pasal kau kata aku makin kurus,” ujar Nureen dalam ketawa yang dibuat-buat. Ketawa untuk menutup gundah yang melanda di hatinya tika itu.

“Sorilah aku lambat. Cab yang aku call tu lambat betul. Sakit hati dibuatnya. Eh, Syaz mana? Tak datang sama ke?”

“Syaz pergi order. Itu pun dia, panjang umurnya.”

“Hanim! Rindunya aku kat kau. Kau dah kurus!”

“Aku pun rindu kat kau juga, Syaz. Memang pun aku dah kurus, diet,” jawab Hanim ketawa kecil.

“Tapi sekarang kau tak boleh diet sebab aku dah belikan makanan kegemaran kau, fillet o-fish. Kita makan sambil bercerita la, ye. Aku dah lapar la..pagi tadi tak breakfast sebab seronok sangat nak jumpa kau..”

“Terharunya aku, Syaz. Kau masih ingat makanan favourite aku..”

“Ops..bukan Syaz aje yang masih ingat tau..aku pun ingat lagi favourite kau tu.”

Sambil makan mereka bercerita dan ketawa. Terkilan juga kerana hanya 3 daripada mereka yang bersua, Nina dan Amy tiada khabar berita. Antara merekai bertiga, Hanim lah yang paling kecoh, asyik bercerita. Rupa-rupanya dah sebulan dia balik ke Malaysia tapi disebabkan sibuk dengan tugasnya sebagai Pengurus Operasi syarikat kurier milik ayahnya, dia tidak berkesempatan untuk mencari dan menghubungi Nureen mahupun Syaz. Pertemuannya secara tidak sengaja dengan Faris 2 hari lepas, membuka ruang untuk Hanim menghubungi Nureen.

“Okey, cerita tentang aku dah habis. So, how about u all? Siapa nak mula dulu ni?” soal Hanim memandang Nureen dan Syaz.

“Aku rasakan, baik Syaz yang bercerita dulu sebab cerita aku panjang sangat. Satu hari satu malam pun belum tentu habis. Macam mana Syaz, setuju?” Nureen memandang Syaz. Memohon pengertian dari Syaz untuk bercerita tentang dirinya dahulu. Bukan Nureen hendak mengelak tapi dia memerlukan kekuatan untuk bercerita tentang dirinya, tentang apa yang terjadi padanya, tentang apa yang terjadi pada hubungan dia dan Faris.

“Yup, aku kena cerita dulu sebab cerita Reen memang panjang..”

Nureen menarik nafas lega. Dia bersyukur kerana mempunyai sahabat sebaik Syaz. Sekurang-kurangnya dia boleh mengumpul kekuatan semasa Syaz bercerita dan selepas itu dia boleh bercerita tentang segalanya. Bagi Nureen, Hanim juga perlu tahu apa yang berlaku kerana dia salah seorang dari sahabatnya yang tahu tentang hubungan dia dan Faris sejak mula-mula hubungan mereka berdua bermula. Tidak wajar rasanya kalau Hanim tidak diberitahu bahawa hubungan dia dan Imran sudah putus.

“Dah dekat 2 jam kita kat dalam ni. Sakit dah punggung aku duduk atas kerusi keras ni,” rungut Hanim.

“Memang pun. Kau boleh solat tak, dah pukul 2 ni,” soal Syaz pada Hanim.

Hanim hanya tersenyum dan Nureen serta Syaz sedia maklum makna senyuman tersebut.

“Samalah kita, macam dah janji kan..” ujar Syaz sambil ketawa.

“Kita nak lepak mana ni? Aku tak sabar nak tau cite Reen dengan Faris. Diaorang kan pasangan yang paling faham-memahami antara satu sama lain dan juga very loving couple.”

“Ye lah tu,” jawab Nureen acuh tak acuh.

“Macam ni lah, kita lepak kedai ajelah. Boleh?”

“Bagus jugak idea Syaz tu. Lagi pun kisah aku ni panjang berjela, tak sesuai nak lepak kat tempat lain melainkan kat kedai kami tu.”

“Aku ikut aje,”

Akhirnya mereka bertiga bangun dan beredar menuju ke kereta yang di parkir berhadapan pintu masuk Mc Donalds. 5 minit kemudian, mereka tiba dikedai.

“La..kat sebelah Jusco je kedai korang,” ujar Hanim sebaik saja tiba di kedai. Nureen hanya tersenyum mendengar komen Hanim.

“Besar juga kedai korang ni.”

“Alhamdulillah, boleh la untuk menampung hidup kami,” jawab Nureen merendah diri.

“Apa lagi, cerita lah cepat. Aku dah tak sabar ni. Dari semalam lagi aku tak sabar tau,” gesa Hanim sebaik saja mereka tiba di bilik rehat di tingkat atas.

“Kau ni kan, perangai masih macam dulu. Suka desak-desak orang. Malas la aku nak cerita,” ujar Nureen pura-pura marah.

“Dah tau aku ni jenis tak sabar, yang kau terhegeh-hegeh kenapa?”

“Bawa-bawa bersabar. Kita tunggulah Syaz naik, tak payah la aku ulang cerita 2/3 kali.”

“Ye lah tunggu Syaz. Hah, tu dia dah sampai. Cerita la cepat..”

“Okeylah, aku cerita tapi kau kena janji dengan aku satu perkara…”

“Apa dia?”

“Janji jangan terkejut bila dengar apa yang aku akan bagitau ni.”

“La..itu je janji nya? No problem.”

Dengan perasaan yang bercampur baur, Nureen cuba untuk memberitahu Hanim apa yang telah berlaku 3 tahun lalu.

“Nim…..sebenarnya hubungan aku dan Faris dah habis,” ujar Nureen perlahan dan tika itu dia dapat merasakan ada sebak yang bertandang di hati.

“What?! Sejak bila? Macam mana boleh jadi macam tu?”

“Panjang ceritanya, Nim.”

“Tak kisahlah panjang mana pun, aku tetap nak tahu kenapa korang boleh putus sedangkan aku tengok hubungan korang takde masalah pun.”

“Memang takde masalah tapi itulah yang terjadi.” Ujar Nureen dan dengan perasaan sebak yang sarat di dada, dia meluahkan segalanya untuk pendengaran Hanim. Pada saat itu, Nureen dapat rasakan genggaman jemari Syaz, tanda memberikan dia semangat untuk bercerita.

Friday, November 10, 2006

[ 15 ]

Tension betul Nureen dengan sms lelaki tu. Sampai ke hari ini dia masih pelik..mana dia dapat nombor aku..nak kata aku ada berkenalan dengan sesiapa, seingat aku memang takde,bisik Nureen sendirian. Pening, tension, geram. Semuanya bercampur aduk dalam hati dia. Kalaulah dia dapat siapa yang menjaja nombornya memang selamat dikerjakannya. Erm..esok nak jumpa Hanim, bisik Nureen lagi. Alamak, lupa nak bagitau Syaz. Dengan pantas dia bangun dari katil dan keluar dari bilik menuju ke bilik Syaz. Tanpa salam atau mengetuk pintu, aku terus masuk ke bilik Syaz. Biasalah, bilik dia bilik Syaz juga dan bilik Syaz bilik dia juga.

“Amboi…kusyuknya sms. Sms dengan siapa? Dengan cik abang ek? Tak kenalkan pada aku pun…” sergah Nureen pada Syaz yang sedang asyik bersms.

“Kau ni, buat aku terkejut je. Mana ada cik abang. Aku dok sms dengan adik aku ni. Dia suruh aku bank-in duit pagi esok. Barang-barang kat hostel dah habis.”

“Ye ke? Entah-entah nak cover dengan aku…” usik Nureen.

“Tak kuasa aku nak cover-cover dengan kau. Lagi pun kalau aku cover pun, esok lusa kau mesti dapat tahu punya..”

“Ye la tu. Eh, aku nak bagitau ni. Hanim nak jumpa kita esok.”

“Hanim? Bila dia balik?” soal Syaz terkejut.

“Ye la, Hanim ‘montel’ kita tu la..aku pun tak sure bila dia balik sini tapi tadi dia call kedai. Dia nak jumpa kita esok. Kat Jusco.”

“Eh, mana dia dapat nombor telefon kedai ni?”

“Katanya dia terjumpa Faris dan Faris yang bagi nombor kedai kita tu atau lebih tepat direct-line aku..”

“Faris?!” soal Syaz terkejut.

“Ye, Faris.”

“Macam mana Faris boleh tahu direct-line kau pulak. Musykil aku ni..”

“Kau ni kan, memang pelupa betullah. Kan aku masih guna nombor yang sama walaupun kita dah pindah tempat.”

“Ye tak ye jugak. Tapi kan, Reen..”

“Tapi apa?” soal Nureen memotong percakapan Syaz.

“Dah 2 tahun korang bawa hal masing-masing tapi dia masih simpan nombor kau. Pelikkan..” ujar Syaz dan kata-kata itu membuatkan Nureen terpegun seketika. Ya, betul..sudah 2 tahun kami membawa haluan masing-masing, kenapa perlu Faris menyimpan nombor kedai aku, bisik Nureen.

“Entah, aku takde jawapan nak bagi pada kau, Syaz. Kau cari sendirilah kemudian kau bagitau aku jawapannya, ya.” Ujar NUreen kemudian.

“Agaknya kan, dia masih ingat pada kau tu..”

“Dah! Jangan nak mereka-reka cerita yang tak munasabah. Takde sebab dia nak ingat pada aku. Aku ni kan tak sesuai untuk dia. ‘Budak baik’ tu yang sesuai untuk dia.”

“Kau ni..aku bergurau aje tapi tak salah kan kalau Faris masih ingat pada kau. Kau pun masih ingat pada dia kan..”

“Bergurau boleh tapi bukan bab ni dan untuk pengetahuan kau, aku tak suka nak ingat-ingat pada dia. Bila ingat pada dia, aku teringat apa yang dia dah buat dan semua tu boleh menyakitkan jiwa aku..okeylah, aku nak masuk tidur dulu. Letihla..” kata Nureen lalu bangun dari katil Syaz.

“Kau marah aku ke? Kalau marah, aku minta maaf.”

“Takde maknanya aku nak marah pada kau, cik kak oiii…okeylah, good nite..”

“Okey, nite. Moga malam ni kau mimpi Faris..” usik Syaz sambil ketawa. Nureen terus melangkah, malas nak layan usikan Syaz kerana kalau dilayan makin menjadi. Tiba di bilik dia melabuhkan badan ke tilam. Kata-kata usikan Syaz tadi secara tak langsung telah mengembalikan memori dia bersama Faris dulu.

“Okey, sayang. Selamat malam..mimpi abang tau, malam ni.” Ujar Faris mengakhiri perbualan mereka.

“Sure..abang pun mimpikan Reen ye..jangan mimpi perempuan lain.” balas NUreen pula.

“Ye, sayang. Bye-bye. Assalamualaikum.”

“Bye-bye..waalaikumussalam.” Sebaik saja Nureen melafazkan jawapan salam itu, talian diputuskan. Dia memeluk bantal yang sememangnya berada di atas riba sejak mula berbual dengan Faris tadi. Harap-harap malam ni dapatlah jumpa abang dalam mimpi, bisik Nureen dan terus membaringkan diri dan memejamkan mata.

Alunan lagu warkah berlagu pilu mengembalikan Nureen ke alam nyata. Dia mencapai telefon di tepi katil. Lelaki ni lagi, bisik Nureen geram.

“dah tidur ke belum? Jangan lupa basuh kaki tau! Selamat malam..”

Dia terus delete message tersebut. Rimas dibuatnya. Tak faham-faham..kalau dah orang tak balas sms tu maknanya orang malas nak layan tapi dia ni…aku tak balas sms dia pun dia tetap setia nak hantar message, tak rasa rugi kredit ke..rungut Nureen. Kemudian dia meletakkan telefon di tepi dan terus membaringkan diri. Nureen memejamkan mata dan berharap agar dia dapat tidur dengan nyenyaknya.

Sunday, November 5, 2006

[ 14 ]

Nureen menutup buku akaun dan juga laptop. Syukur kerana perniagaannya tahun ni mendapat keuntungan yang agak banyak berbanding tahun-tahun sebelum ni. Mungkin sudah rezeki dia, Syaz dan yang lain-lain. Mungkin juga itu anugerah untuk semua pengorbanan yang mereka lakukan. Esok, seluruh dunia akan menyambut tahun baru. Semoga tahun baru ni memberikan sinar yang baru dalam hidup aku, bisik Nureen. Lamunannya dikejutkan oleh deringan telefon. Lantas Nureen menjawab panggilan tersebut.

“Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Nureen Farisya?”

“Ya, saya. Boleh saya bantu saudari?”

“Nureen! Ini akulah, Hanim. Classmate masa degree dulu. Ingat tak?”

“Hanim! Lama tak dengar berita kau. Mana kau menghilang hah?”

“Aku tak hilang lagi just menyepikan diri. Actually, aku buat master kat UK dan lpeas habis tu aku kerja kat sana. Balik ni pun sebab ada hal sikit.” cerita Hanim.

“Hal? Kau nak kawin ke? Eh, mana kau dapat nombor kedai aku ni? Kau jumpa Syaz ye?”

“Belum lagi nak kawin, kawin nanti aku bagitau kau dan geng kita. Syaz? Kau dan Syaz kerja sekali ke?”

“Yup! Kami share business ni. Nim, kau belum jawab soalan aku tadi. Mana kau dapat number ni kalau kau belum jumpa dengan Syaz?” soal Nureen pelik.

“Oh..last 2 days aku terjumpa abang kau so dia la yang bagi number ni. Dia ada bagi number handphone kau tapi aku malas la nak call handphone kau sebab nanti tak surprise.” Beritahu Hanim sambil ketewa kecil. Nureen hanya mampu menelan air liur ketika mendengar kata-kata Hanim. Abang kau, bisik hati kecilnya.

“Ye? Erm..lama ke kau balik ni? Boleh la kita jumpa, rindu juga aku dekat kau.”

“Aku pun sama la, Reen. Esok kau free ke? Kalau free boleh la kita jumpa. Ajak Syaz sekali.” ujar Hanim membuat cadangan.

“Esok? Okey, no problem. Nanti aku bagitau Syaz balik nanti. Dia dah balik dah.”

“Okey, kita jumpa esok dalam pukul 12. Kat mana nak jumpa?”

“Mana lagi, tempat lepak kita dulu la..Jusco. Ingat lagi tak? Maklumlah lama dok oversea..” ujar Nureen mengusik Hanim.

“Ingat lah..kalau tak ingat pun aku naik cab, apa susah.”

Ye lah, cik Hanim. Kita jumpa esok. Aku nak balik dah ni.”

“Orait. Bye..”

“Bye..” Nureen tersenyum mengingatkan rupa Hanim yang agak montel. Antara mereka berlima, Hanim yang paling montel. Dia, Mira, Nina dan Amy kurus je. Apa khabar la agaknya Nina dan Amy. Masing-masing menyepikan diri setelah habis belajar. Kali terakhir jumpa masa konvokesyen. Nureen mengerling jam di tangan, hampir pukul 10 malam. Ada lagi setengah jam sebelum cyber café ni tutup tapi dia dah berada dalam zon yang kurang selesa. Lantas mengatur langkah keluar setelah memastikan semua suis telah ditutup.

“Syakir, akak balik dulu ye. Nanti sebelum balik make sure semua suis dah off ye.”

“Okey, kak. Jangan risau, saya akan check semua. Akak dah nak balik ke?”

“A’ah. Tak pe kan, akak tinggal Syakir dan Adlan tunggu sampai café tutup.”

“No problem. Akak balikla. Drive baik-baik ye, kak.”

“TQ.” Jawab Nureen lalu turun ke bawah. Tiba di bawah dia tak nampak pun kelibat Adlan. Mungkin kat toilet, bisik hatinya. Nureen meneruskan langkah ke parkir kereta di hadapan kedai. Baru je dia menekan alarm kereta handphonenya berbunyi. Dia mengurut dada, terkejut. Jari-jemari nya menggagau mencari handphone di dalam handbag.

“kat mana? Dah sampai rumah?”

Ei..sungguh aku tak faham dengan lelaki ni. Kalau aku jadi dia, dah orang tak layan sms tu, dah la..ni dok hantar lagi. Nureen biarkan saja sms tersebut. Malas nak balas, buang masa dan buang duit. Dia letakkan handphone di atas dashboard dan meneruskan perjalanan. Kalau boleh dia nak cepat tiba di rumah. Bagai ternampak-nampak tilam dan bantal yang memanggil-manggil. Belum pun 10 minit keretanya bergerak, handphonenya berbunyi lagi. Nureen sekadar membiarkan saja kerana dia tahu pasti sms dari lelaki tu.








Wednesday, November 1, 2006

[ 13 ]

Tiba-tiba Syaz menganggukkan kepala. Menandakan ada dialling tone. Kemudian dia menekan butang loudspeaker. Mungkin nak bagi Nureen dengar sama suara Faris..mungkin senang untuk dia sahkan suara tuan punya number tu suara Faris atau orang lain.

“Hello” kedengaran satu suara menjawab panggilan tersebut. Syaz memandang Nureen dan dia sekadar menganggukkan kepala.

“Hello, Nana ada?”

“Nana? Sorry mungkin U salah number ni. Takde orang nama Nana kat sini.”

“Ye ke? Tapi..mungkin I salah tekan kot. Sorry ye.”

“It’s ok.” Sebaik saja lelaki itu mematikan talian, Syaz memandang Nureen dengan pandangan yang penuh makna.

“Kenapa kau ni?” soal Nureen

“Betul ke suara abang tadi tu?”

“Ye..betul”

“Kau pasti?”

“Ye, pasti. Walaupun aku tak dengar suara dia sekarang ni tapi aku pasti itu memang suara dia sebab..suara dia akan tetap dalam ingatan aku sampai mati. Ianya hanya akan hilang kalau aku hilang ingatan.” Ujar Nureen.

“Ok, aku percaya. Kau akan tetap ingat dia..bukan setakat suara tapi segalanya.”

“Tau pun..semua tu hanya akan hilang kalau aku hilang ingatan so janganlah ada sesiapa cuba menafikan ingatan aku tentang dia. Selama ni aku berlakon je yang aku tak ingat dia. Sebab apa? Sebab aku tak nak semua orang risau pasal aku termasuklah kau dan family aku.”

“Dah la..tutup topic ni. Berbalik pada cerita kita yang asal tadi. Kalau abang masih guna number dia yang dulu, siapa Luqman tu ek..?”

“Entah la..biarlah. Tak payah nak serabutkan kepala dengan hal ni. Nanti lama-lama dia bosan, dia stop la.”