Sunday, November 12, 2006

[ 16 ]

Nureen mengerling jam di tangan, 12.15 tengahari..maknanya dia dan Syaz dah terlewat 15 minit. Lantas dia menghayun langkah dengan laju begitu juga dengan Syaz. Tiba di Mc Donalds, Nureen mencari kelibat Hanim.

“Mana dianya?” soal Syaz yang turut sama mencari Hanim.

Nureen melangkah ke dalam Mc Donalds. “Entah, lewat kot. Aku ingat kita yang lewat rupanya dia lagi lewat. Jom lah, kita cari tempat, nanti pandai-pandailah dia cari kita.”

“Nak order atau nak tunggu Hanim?”

“Aku rasa kita order la dulu, belikan juga untuk Hanim. Aku rasa dia masih ‘setia’ dengan fillet o-fish tu.”

Syaz mengangguk dan terus bangun menuju ke kaunter. Sekali lagi Nureen menjeling jam di tangan. Kemudian, telefon bimbit di dalam beg dikeluarkan. Sekadar untuk memastikan bahawa telefon bimbitnya masih berfungsi, mana tau kalau-kalau Hanim yang call. Aku nak call dia, mustahil sebab takde nombornya, bisik Nureen. Nombor yang dulu sudah tidak aktif sejak Hanim ke luar negara. Silap juga semalam tak minta nombor handphone dia, bisik hati Nureen sedikit kesal.

“Nureen!!”

Nureen mendongak tatkala mendengar namanya dipanggil. Dia terkejut dan akhirnya tersenyum sebaik saja melihat Hanim yang berdiri di hadapannya. Nureen bangun dan terus memeluk Hanim erat.

“Lamanya kita tak jumpa. Dah kurus sikit kau, ek…tak montel macam dulu lagi,” usik Nureen.

“Memang lama tak jumpa, adalah dalam 7 tahun. Aku dah kurus sikit tapi kau ni aku tengok makin kurus. Kenapa? Faris tak bagi kau makan ke?” soal Hanim. Nureen terkedu sebentar bila mendengat Hanim menyebut nama Faris. Macam-macam perasaan yang dia rasa..sedih, marah, geram tapi dia tahu dia tak boleh nak marahkan Hanim kerana Hanim dah tentu tak tahu apa yang jadi antara dia dan Faris 3 tahun lepas.

“Aku makin kurus ke? Erm…aku rasa macam biasa je. Mungkin sebab kau dah lama tak tengok aku, tu pasal kau kata aku makin kurus,” ujar Nureen dalam ketawa yang dibuat-buat. Ketawa untuk menutup gundah yang melanda di hatinya tika itu.

“Sorilah aku lambat. Cab yang aku call tu lambat betul. Sakit hati dibuatnya. Eh, Syaz mana? Tak datang sama ke?”

“Syaz pergi order. Itu pun dia, panjang umurnya.”

“Hanim! Rindunya aku kat kau. Kau dah kurus!”

“Aku pun rindu kat kau juga, Syaz. Memang pun aku dah kurus, diet,” jawab Hanim ketawa kecil.

“Tapi sekarang kau tak boleh diet sebab aku dah belikan makanan kegemaran kau, fillet o-fish. Kita makan sambil bercerita la, ye. Aku dah lapar la..pagi tadi tak breakfast sebab seronok sangat nak jumpa kau..”

“Terharunya aku, Syaz. Kau masih ingat makanan favourite aku..”

“Ops..bukan Syaz aje yang masih ingat tau..aku pun ingat lagi favourite kau tu.”

Sambil makan mereka bercerita dan ketawa. Terkilan juga kerana hanya 3 daripada mereka yang bersua, Nina dan Amy tiada khabar berita. Antara merekai bertiga, Hanim lah yang paling kecoh, asyik bercerita. Rupa-rupanya dah sebulan dia balik ke Malaysia tapi disebabkan sibuk dengan tugasnya sebagai Pengurus Operasi syarikat kurier milik ayahnya, dia tidak berkesempatan untuk mencari dan menghubungi Nureen mahupun Syaz. Pertemuannya secara tidak sengaja dengan Faris 2 hari lepas, membuka ruang untuk Hanim menghubungi Nureen.

“Okey, cerita tentang aku dah habis. So, how about u all? Siapa nak mula dulu ni?” soal Hanim memandang Nureen dan Syaz.

“Aku rasakan, baik Syaz yang bercerita dulu sebab cerita aku panjang sangat. Satu hari satu malam pun belum tentu habis. Macam mana Syaz, setuju?” Nureen memandang Syaz. Memohon pengertian dari Syaz untuk bercerita tentang dirinya dahulu. Bukan Nureen hendak mengelak tapi dia memerlukan kekuatan untuk bercerita tentang dirinya, tentang apa yang terjadi padanya, tentang apa yang terjadi pada hubungan dia dan Faris.

“Yup, aku kena cerita dulu sebab cerita Reen memang panjang..”

Nureen menarik nafas lega. Dia bersyukur kerana mempunyai sahabat sebaik Syaz. Sekurang-kurangnya dia boleh mengumpul kekuatan semasa Syaz bercerita dan selepas itu dia boleh bercerita tentang segalanya. Bagi Nureen, Hanim juga perlu tahu apa yang berlaku kerana dia salah seorang dari sahabatnya yang tahu tentang hubungan dia dan Faris sejak mula-mula hubungan mereka berdua bermula. Tidak wajar rasanya kalau Hanim tidak diberitahu bahawa hubungan dia dan Imran sudah putus.

“Dah dekat 2 jam kita kat dalam ni. Sakit dah punggung aku duduk atas kerusi keras ni,” rungut Hanim.

“Memang pun. Kau boleh solat tak, dah pukul 2 ni,” soal Syaz pada Hanim.

Hanim hanya tersenyum dan Nureen serta Syaz sedia maklum makna senyuman tersebut.

“Samalah kita, macam dah janji kan..” ujar Syaz sambil ketawa.

“Kita nak lepak mana ni? Aku tak sabar nak tau cite Reen dengan Faris. Diaorang kan pasangan yang paling faham-memahami antara satu sama lain dan juga very loving couple.”

“Ye lah tu,” jawab Nureen acuh tak acuh.

“Macam ni lah, kita lepak kedai ajelah. Boleh?”

“Bagus jugak idea Syaz tu. Lagi pun kisah aku ni panjang berjela, tak sesuai nak lepak kat tempat lain melainkan kat kedai kami tu.”

“Aku ikut aje,”

Akhirnya mereka bertiga bangun dan beredar menuju ke kereta yang di parkir berhadapan pintu masuk Mc Donalds. 5 minit kemudian, mereka tiba dikedai.

“La..kat sebelah Jusco je kedai korang,” ujar Hanim sebaik saja tiba di kedai. Nureen hanya tersenyum mendengar komen Hanim.

“Besar juga kedai korang ni.”

“Alhamdulillah, boleh la untuk menampung hidup kami,” jawab Nureen merendah diri.

“Apa lagi, cerita lah cepat. Aku dah tak sabar ni. Dari semalam lagi aku tak sabar tau,” gesa Hanim sebaik saja mereka tiba di bilik rehat di tingkat atas.

“Kau ni kan, perangai masih macam dulu. Suka desak-desak orang. Malas la aku nak cerita,” ujar Nureen pura-pura marah.

“Dah tau aku ni jenis tak sabar, yang kau terhegeh-hegeh kenapa?”

“Bawa-bawa bersabar. Kita tunggulah Syaz naik, tak payah la aku ulang cerita 2/3 kali.”

“Ye lah tunggu Syaz. Hah, tu dia dah sampai. Cerita la cepat..”

“Okeylah, aku cerita tapi kau kena janji dengan aku satu perkara…”

“Apa dia?”

“Janji jangan terkejut bila dengar apa yang aku akan bagitau ni.”

“La..itu je janji nya? No problem.”

Dengan perasaan yang bercampur baur, Nureen cuba untuk memberitahu Hanim apa yang telah berlaku 3 tahun lalu.

“Nim…..sebenarnya hubungan aku dan Faris dah habis,” ujar Nureen perlahan dan tika itu dia dapat merasakan ada sebak yang bertandang di hati.

“What?! Sejak bila? Macam mana boleh jadi macam tu?”

“Panjang ceritanya, Nim.”

“Tak kisahlah panjang mana pun, aku tetap nak tahu kenapa korang boleh putus sedangkan aku tengok hubungan korang takde masalah pun.”

“Memang takde masalah tapi itulah yang terjadi.” Ujar Nureen dan dengan perasaan sebak yang sarat di dada, dia meluahkan segalanya untuk pendengaran Hanim. Pada saat itu, Nureen dapat rasakan genggaman jemari Syaz, tanda memberikan dia semangat untuk bercerita.

No comments: