Thursday, February 22, 2007

[ 44 ]

Nureen memandang skrin laptop didepannya. Dia masih cuba untuk ingat di mana dia pernah jumpa Luqman Faris.

“Kak Reen,”

Nureen tersentak lalu tersedar dari lamunannya.

“Ada apa Syikeen?”

“Ni ada fax dari Sekolah Rendah Agama Al-Hidayah. Mereka minta sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah mereka,” ujar Syikeen sambil menghulur sekeping kertas. Nureen meneliti kertas ditangan.

“Erm…sekolah rendah kan. Akak rasa better kita bagi buku rujukan tapi nanti akak bincang dengan Kak Syaz. Nanti akak maklumkan pada Syikeen,”

“Ok, saya keluar dulu,” ujar Syikeen meminta diri. Nureen mengangguk. Kemudian dia bangun dan melangkah ke bilik Syazana.

“Buat apa tu?”

“Tengah kemaskini rekod buku-buku yang baru masuk. Kenapa?”

“Ni, ada sekolah minta sumbangan buku untuk perpustakaan. Aku rasa nak bagi buku-buku rujukan. Kau rasa camna?”

“Sekolah apa?”

“SRA Al-Hidayah,”

“Bagi jelah buku rujukan. Tapi takkan nak bagi untuk tahun berapa dan subject apa?”

“Apa kata kita bagi 5 set past year question untuk UPSR, setiap subjet. Lepas tu yang lain-lain kita bagilah 2 buah buku untuk BM, BI, Matematik & Sains Tahap 2. Ok tak?”

“Oklah tu dari takde langsung. Yang lain-lain sekolah tu minta lah dengan kedai atau company lain pulak. Ya tak?”

“Kalau macam tu. Nanti kau bagi list pada Mira. Biar dia cari buku tu kemudian bila dah siap aku boleh suruh Syikeen call sekolah tu minta cikgu dia datang ambil,”

“Ok, as you wish, boss,” ucap Syazana ketawa kecil.

“Kau pun boss juga ya, jangan lupa tu,” ujar Nureen mengingatkan Syazana. Dia kurang senang apabila Syazana memanggilnya boss sedangkan Syazana memberitahunya bahawa kedai buku dan cyber cafĂ© tu mereka buka bersama.

“Aku boss kecil, kau big-boss,” balas Syazana masih lagi ketawa. Dia selalu mengusik Nureen begitu dan tadi apabila Nureen menjawab usikannya dia terasa seperti Nureen tidak pernah hilang ingatan. Kadang-kala timbul keraguaan dihatinya, benarkah Nureen hilang ingatan atau pura-pura hilang ingatan…tapi doctor yang memeriksanya memaklumkan bahawa Nureen mengalami hentakan yang kuat dikepala semasa kemalangan dulu..takkan Nureen bersubahat dengan doctor. Syazana menggelengkan kepala…tak mungkin, bisik hatinya.

[ 43 ]

“Perlu ke abang bagitau yang abang ni dah kawin ke belum?”

“Ya, perlu,”

“Kenapa?”

“Sebab saya tak nak terlibat dengan suami orang. Tak baik, berdosa,” ujar Nureen kemudian dia memandang Syazana.

“Syaz, kau mesti tau Abang Faris ni dah kawin ke belum, kan?”

“Memang aku tahu, Abang Faris ni….”

“Abang pernah kawin,” ujar Luqman Faris sebelum sempat Syazana menghabiskan ayatnya. Nureen terkejut dan Syazana menjegilkan mata ke arah Luqman Faris.

“Maksudnya?” soal Nureen inginkan kepastian.

“Abang pernah kawin sebelum ni tapi jodoh kami tak panjang,”

“Bercerai? Itu maksud Abang Faris?” soal Nureen lagi. Luqman Faris menganggukkan kepala.

“Dah lama ke Abang Faris bercerai?”

“Kena bagitau ke?” soal Luqman Faris tersenyum.

“Ops…maaf. Jawab dalam hati ajelah,”

Tiba-tiba perbualan mereka terganggu oleh lagu Keabadian Cinta nyanyian Anuar Zain. Nureen segera mengambil telefon bimbit dari dalam beg tangannya.

Hai syg..sihat ke?
Sorry sbb lama tak hntr berita…
Abang baru sampai Australia..outstation…

Nureen mengerutkan dahi membaca sms yang diterima.

“Kenapa?” soal Syazana dan Luqman Faris serentak. Nureen mengangkat kepala memandang mereka berdua.

“Takde sapa, orang tersalah hantar sms,”

“O..ingatkan kenapa tadi. Kita balik sekarang boleh? Aku ada kerja la nak kena siapkan,”
“Boleh. Jom,”

“Okey, Reen dan Syaz tunggu kat kereta, abang bayar sekejap,”

“Kau kenapa?”

“Kenapa apa?”

“Tadi tu. Tiba-tiba je buat muka pelik,”

“Aku dapat sms dari seseorang tapi tak ingatlah siapa. Cuma masa aku baca message tu nama sender ‘sapa ntah’,”

“Bagi sini aku tengok,” pinta Syazana lalu Nureen menghulurkan telefon bimbitnya.

“La..dia ni. Aku tak tau sapa sebenarnya dia ni tapi lelaki ni memang selalu hantar sms kat kau tu pasal kau letak nama ‘sapa ntah’,” jelas Syazana kepada Nureen.

“Jom,” ujar Luqman Faris yang tiba-tiba muncul di belakang Nureen dan Syazana.

“TQ kerana belanja lunch,” ucap Nureen sebaik saja mereka tiba di kedai.

“TQ juga sebab Reen sudi keluar lunch dengan abang. Next time kita keluar lagi, ya,”

“Next time? Erm..tak boleh janji. Kalau Syaz ada baru saya boleh keluar kalau tak…tak boleh rasanya,”

“Kenapa pulak?”

“Sebab Syaz bodyguard Reen. Kami kan kembar mana boleh berpisah,” jawab Syazana bagi pihak Nureen.

“Okey, kalau macam tu next time bila nak keluar dengan Reen abang kena refer pada Syaz dululah, ya. Ok, no problems,”

“Eh, saya tak janji tau…”

“What ever. Ok, kita jumpa lagi nanti. bye,”

“Bye,” ucap Nureen. Dia dan Syazana melangkah masuk ke kedai sebaik saja kereta Luqman Faris tidak lagi kelihatan.

“Aku sebenarnya kan, pelik sikit lah,” luah Nureen.

“Pelik macam mana?”

“Kau kata Abang Faris tu kawan kepada kawan kau. Sepatutnya dia jumpa kau dan ajak kau keluar lunch bukannya jumpa dan ajak aku keluar lunch,”

“Apa kau nak pelik? Jawapan dia senang je,”

“Apa?”

“Disebabkan dia tersalah masuk bilik kau that day dan kebetulan pula dia dah tau kau tu kawan aku…jadi dia datang sini jumpa kau sebab dia dah berkenan kat kau. Ada faham?”

“Ish…ada ke sebab tu suka kat aku..jangan nak merepek,”

“Aku tak merepek. Kau tak percaya? Nanti bebila dia datang kau tanya sendiri,” ujar Syazana lalu melangkah ke biliknya.

“Syaz! Nanti kejap. Aku rasakan..macam pernah tengok la muka Abang Faris tu,”

“Ye lah, kan kau jumpa masa kat hospital hari tu,” jawab Syazana. Ya, Allah..soalan yang aku elakkan ni tapi Reen tanyalah pulak.

“Bukan…aku rasa macam pernah tengok sebelum tapi kat mana ek?” Nureen mengerutkan dahi seolah-seolah sedang mengingatkan sesuatu.

“Kau jangan nak paksa-paksa diri nak ingat apa-apa, nanti sakit kepala pula,”

“Aku tak paksa, just nak ingat je. Takpelah, aku masuk bilik dulu, kalau aku dah ingat kat mana aku pernah tengok muka Abang Faris tu aku bagitau kau,”

“Ye,” jawab Syazana. Ya, Allah perlukah aku berterus terang dengan Nureen tentang siapa sebenarnya Abang Faris..perlukah aku bagitau dia bahawa kawan yang aku maksudkan tadi adalah dia, Syazana meraup mukanya. Tak tau nak buat keputusan.

Thursday, February 8, 2007

[ 42 ]

“Saya nak ke ladies sekejap,” ujar Nureen ketika mereka sedang menanti makanan yang dipesan tiba. Serentak Syazana dan Luqman Faris mengangguk.

“Kenapa abang datang jumpa Reen?”

“Tak boleh ke? Abang rindu pada dia, jadi abang datanglah nak jumpa dia,”

“Rindu? Abang jangan nak buat pasal, abang lupa ke status abang? Lagipun, Reen tak ingat tentang abang. Tadi pun dia macam pelik bila abang tegur Syaz,”

“Abang tak pernah lupa status abang, Syaz,”

“Habis tu, kenapa abang dataing cari Reen? Cukuplah apa yang abang pernah buat pada dia dulu,”

“Abang nak tebus balik kesalahan abang pada Reen,”

“Huh!! Senangnya abang cakap. Sebenarnya Syaz bersyukur sangat Reen hilang ingatan sebab dia tak perlu nak ingat abang dan juga kenangan-kenangan pahit yang abang ciptakan untuk dia,”

“Abang nak…” Luqman Faris tidak jadi hendak meneruskan kata kerana dia nampak Nureen semakin menghampiri mereka.

“La..tak sampai lagi ke makanannya?”

“Belum lagi. Itu kot,” tunjuk Syazana pada seorang pelayan restoren yang sedang menghampiri mereka bersama hidangan yang dibawa.

Sambil menikmati makanan mereka berbual,

“Abang Faris kerja apa?”

“Abang kerja biasa je,”

“Kerja biasa tu kerja apa?” soal Nureen ingin tahu.

“Kerja dengan kerajaan,”

“Government servant la ya. Oklah tu, masa depan terjamin apa kalau kerja kerajaan,”

“Tapi business sendiri lagi senang. Kita boss kita juga kuli. Betul tak, Syaz?”

“Hah?!” soal Syazana terkejut.

“Kau ingat apa, Syaz?” soal Nureen.

“Takde apa, aku kusyuk dengar kau dan abang berbual, malas nak campur,”

“Hah, Abang Faris dengan Syaz dah kenal lama ye?” Soalan yang cuba dielakkan oleh Syazana terkeluar juga dari bibir mungil Nureen. Syazana memandang Luqman Faris seketika kemudian memandang ke arah Nureen.

“Lama dah, berapa tahun ya, Syaz?”

“Entah tak berapa ingat tapi dah lama. Bertahun,” jawab Syazana.

“Abang Faris ni pakwe Syaz ye?”

“Hish!! Bukanlah! Abang Faris ni kawan kepada kawan aku, bukannya pakwe aku,” sangkal Syazana.

“Ooo…ingatkan pakwe kau. Abang Faris dah kawin ke belum?”

“Kalau abang kata abang dah kawin macam mana?” soal Luqman Faris cuba menguji Nureen.

“Abang Faris dah kawin ke? La…kenapa ajak saya keluar? Isteri abang tak kata apa ke?”

“Bila pulak abang kata abang dah kawin?”

“Eh..tadi Abang Faris kata dah kawin, kan?”

“Abang kata kalau abang dah kawin bukannya abang bagitau abang dah kawin,”

“Maksud abang?” soal Nureen sambil mengerutkan dahinya.


[ 41 ]

“Kak Reen, ada orang nak jumpa,”

“Siapa?” soal Nureen pada Syikeen yang berdiri di muka pintu biliknya.

“Katanya kawan Kak Reen. Boleh ke?”

“Okeylah, suruh dia masuk,”

Nureen meneruskan kerjanya. Seketika kemudian dia mendongak apabila seseorang mengetuk pintu biliknya. Nureen bangun lalu mempersilakan tetamunya masuk dan duduk di sofa.

“Sorry, tapi saya tak ingat. Siapa ya?”

“Abang Faris,”

“Abang Faris?” soal Nureen inginkan kepastian dan dia dapat melihat lelaki di depannya menganggukkan kepala.

“Reen apa khabar? Dah boleh ingat?”

“Sihat macam ni lah, kalau tak sihat takdelah datang kedai cuma masih susah nak ingat beberapa perkara. Contohnya macam sekarang ni, saya susah nak ingat siapa Abang Faris yang sebenarnya,” jawab Nureen jujur. Luqman Faris tersenyum mendengar jawapan Nureen.

“It’s ok, abang faham. Hari ni Reen free?”

“Free, kenapa?”

“Abang nak ajak Reen keluar lunch. Boleh?”

“Lunch? Siapa lagi ikut?” soal Nureen.

“Kita berdua ajelah,”

“Kita berdua?”

“Ye, kita berdua. Kenapa?”

“Erm…saya rasa macam tak selesa nak keluar berdua kita…”

“Reen takut abang larikan Reen ke?”

“Bukan macam tu. Macam saya bagitau tadi, saya tak berapa ingat tentang Abang Faris jadi saya tak selesa nak keluar berdua. Saya ajak Syaz, boleh?”

“As you wish,”

“Okey, sekejap ye. Saya pergi beritahu Syaz,” ujar Nureen lalu bangun meninggalkan Luqman Faris. Luqman Faris memerhati sekeliling bilik pejabat milik Nureen.

Sementara itu di bilik Syazana,

“Jom,”

“Jom? Pergi mana?” soal Syazana pelik dengan kemunculan Nureen yang tiba-tiba mengajaknya keluar.

“Temankan aku pergi lunch,”

“Lunch? Dengan siapa?”

“Dengan Abang Faris. Dia ada kat office aku,”

“What?! Abang Faris? Are you serious?”

“Serius la ni. Dia ajak aku keluar dengan dia berdua tapi aku takut la. Aku dah la tak berapa nak ingat siapa dia tu. Jomlah, please…” ujar Nureen memujuk Syazana agar mengikutinya. Syazana merenung Nureen, dalam. Kesian juga pada temannya yang seorang ni. Lalu dia bangun,

“Jom, aku tunggu kat depan,”

“Thanks. Sayang kat engkau,” ucap Nureen lalu menghadiahkan sebuah ciuman ke pipi Syazana. Kemudian mereka keluar beriringan.

“Abang Faris, boleh kita pergi sekarang ke?”

“Okey, boleh. Syaz mana?”

“Syaz tunggu kat depan,” beritahu Nureen. Dia mencapai handbag yang diletakkan di cabinet berhampiran meja lalu keluar bersama Luqman Faris.

“Akak keluar sekejap, dengan Kak Syaz,” beritahu Nureen pada Syikeen ketika melalui meja gadis itu. Syikeen hanya mengangguk.

“Hai Syaz, apa khabar?” tegur Luqman Faris pada Syazana yang sedang menunggu di depan kedai.

“Baik je. Abang?”

“Abang pun sihat je,”

“Dah kenal ye?” soal Nureen sambil tersenyum.

“Kan ini kawan aku yang kita jumpa kat hospital dulu,” jelas Syazana dan Nureen hanya mengangguk.

“Jom, kereta abang kat sana,”

“Naik kereta Abang Faris ke?” soal Nureen.

“Ya, nanti abang hantar la korang balik. Jom,”

Thursday, February 1, 2007

[ 40 ]

Sebaik saja Doktor Anis keluar dari biliknya, dia segera bangun dari katil. Dia mahu cepat-cepat mengemaskan barang-barang peribadinya kerana sebentar lagi Syazana akan datang menjemputnya pulang. Semalam dia telah memaklumkan pada papa, mama, Along yang dia sudah boleh keluar hari ini, begitu juga dengan Syazana. Disebabkan semuanya sibuk dengan urusan masing-masing maka dia meminta Syazana datang mengambilnya di hospital. Tangannya lincah memasukkan barang-barang ke dalam beg pakaiannya. Hanya tinggal sepasang baju yang tidak di masukkan ke dalam beg kerana baju itu akan dipakainya. Dia akan mengucapkan selamat tinggal kepada uniform hospital yang dipakainya sepanjang berada di wad itu. Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya dibuka.

“Cepatnya kau datang, Syaz. Kata pukul 11.30, ni baru pukul 10. dah tak sabar nak suruh aku kerja ke?” soal Nureen lalu menoleh ke belakang. Dia terpaku melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di depannya sekarang ini. Bukan Syazana yang muncul tetapi seorang lelaki. Dia mengerutkan dahi, macam pernah tengok tapi kat mana, siapa, bisik hati kecil Nureen.

“Encik nak cari siapa? Salah bilik ye?” soal Nureen pada lelaki yang begitu asyik merenungnya. Soalannya terbiar tanpa jawapan.

“Hello, encik cari siapa?” soal Nureen lagi sambil menggawangkan tangannya di hadapan muka lelaki itu.

“Erm…Reen tak kenal abang?”

Nureen mengerutkan dahi, apa lelaki ni, aku tanya dia, dia tanya aku balik, omel Nureen perlahan namun dapat ditangkap oleh di pendengar.

“Sampai hati Reen buat-buat tak kenal dengan abang. Tahulah abang pernah buat Reen terluka,” ujar Luqman Faris.

“Saya minta maaf tapi saya betul-betul tak kenal encik. Encik nak cari siapa sebenarnya? Mungkin encik tersalah bilik,” jelas Nureen. Dia mahu lelaki yang tidak dikenali itu segera keluar dari biliknya agar dia boleh meneruskan kerja yang terganggu tadi.

“Reen…ini abang. Kenapa Reen buat macam tak kenal abang?” soal Luqman agak kasar. Geram dengan sikap Nureen yang seolah-olah tidak mengenali dirinya. Takkan la sebab putus cinta sampai tak kenal aku, desis hati Luqman. Nureen memandang tajam lelaki yang bercakap kasar dengannya. Kemudian dia berpaling membelakangkan lelaki itu dan kembali mengemas barang-barangnya.

“Reen, dah siap?” soal Syazana yang tiba-tiba muncul.

Nureen kembali berpaling, dalam hati dia memanjatkan kesyukuran apabila melihat Syazana tiba.

“Eh, apa abang buat kat sini?” soal Syazana sebaik saja dia sedar bahawa ada orang lain dalam bilik tersebut selain Nureen.

“Baru la juga tapi…”

Belum sempat Luqman menghabiskan ayatnya, dia terasa tangannya ditarik.

“Kenapa?” soalnya pada Syazana.

“Syaz ada hal sikit nak cakap pada abang. Reen, aku keluar sekejap ya. Kau kemas la dulu,” ujar Syazana kemudian menarik tangan Luqman sekali lagi agar mengikutnya keluar. Nureen hanya memandang. Syaz kenal lelaki tu ke, soalnya tapi hanya dalam hati.

“Apa abang buat kat sini?” soal Syazana sebaik saja dia dan Luqman tiba di luar bilik Nureen.

“Abang nak lawat Reen, tak boleh ke?”

“Lawat Reen? Syaz rasa buat masa sekarang baik abang tak payah lawat atau jumpa dengan Reen,”

“Kenapa?”

Syazana diam. Dia tak tau nak mulakan dari mana untuk menerangkan keadaan Nureen kepada Luqman.

“Syaz, boleh abang tanya?”

“Tanyalah,”

“Kenapa Reen buat macam tak kenal abang? Marah sangatkah dia pada abang sampai buat-buat tak kenal pada abang?” soal Luqman ingin tahu. Syazana menarik nafas. Lelaki itu sudah perasan pada satu perubahan yang terjadi pada Nureen.

“Abang, itulah sebab kenapa Syaz tak bagi abang lawat atau jumpa Reen,” jelas Syazana. Luqman mengerutkan dahi, tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Syazana.

“Sebenarnya, Reen bukan buat-buat tak kenal abang tapi dia memang tak kenal abang,”

“What?! Jangan main-main Syaz,” soal Luqman sedikit terjerit. Terkejut mendengar apa yang disampaikan oleh Syazana. Tiba-tiba terdetik rasa kesal dihatinya kerana telah berkasar dengan Nureen tadi. Rupa-rupanya dia memang tak kenal bukannya main-main.

“Syaz tak main-main,bang. Tapi itulah kenyataannya. Reen hilang ingatan akibat kemalangan yang menimpanya. Dia langsung tak ingat papa, mama, along, Syaz dan semuanya. Bagaimana kemalangan tu jadi pun dia tak ingat. Bila kami semua cerita kat dia siapa kami, baru dia boleh ingat sikit-sikit. Itupun kadang-kadang dia blur juga. Dia juga tak ingat langsung tentang abang,”

“Habis Syaz tak bagitau dia tentang abang?”

Syazana menggelengkan kepala.

“Kenapa?” soal Luqman kasar.

“Saja tak nak cerita,” jawab Syazana selamba. Geram dengan Luqman yang tiba-tiba meninggikan suara padanya.

“Saja? Tapi kenapa?”

“Abang nak tahu kenapa?” soal Syazana dan Luqman menganggukkan kepalanya tanda ingin tahu.

“Sebab…” belum sempat Syazana hendak memberitahu perkara sebenarnya, terdengar pintu bilik Nureen dibuka. Terjengul wajah Nureen.

“Aku dah siap. Boleh balik dah ke?” soal Nureen sambil melemparkan senyuman.

“Okey, jom,”

“Kau dah habis berbual ke?”

“Dah. Okeylah, nanti Syaz call. Jumpa lagi,” ujar Syazana pada Luqman. Kemudian dia mendapatkan Nureen yang sedang menanti dan memerhati.

“Siapa lelaki tu?” soal Nureen sebaik saja mereka tiba di kereta Syazana.

“Oo..kawan aku,”

“Kawan kau? Tapi apsal dia masuk bilik aku tadi? Lepas tu bila aku tanya dia tak jawab pastu dia tanya aku marah-marah,”

“Kawan aku tu nak melawat orang lain. Tersilap bilik. Emosilah sikit sebab dia ingat dia masuk bilik yang betul pastu kawan dia main-mainkan dia, buat-buat tak kenal. Tu yang dia angin tu,” ujar Syazana. Ampunkan aku, ya Allah. Aku terpaksa berbohong demi kebaikan Nureen, pohon Syazana.

“La…patutlah. Terkejut aku dibuatnya. Tapi kan…aku macam pernah tengok la muka lelaki tu tapi lupalah kat mana,”

Jantung Syazana seakan-akan berhenti berdenyut mendengar kata-kata Nureen. Dia berpaling…

“Pelanduk dua serupa kot. Tak pun maybe kau pernah jumpa kat mana-mana. Ish..dah la. Apa cite pasal orang yang takde kena mengena dengan kita,”

“A’ah kan. Aku laparlah, kita pergi makan dulu nak. Pastu baru balik rumah,”

“Okey. Lepas makan aku hantar kau balik. Nanti aku datang rumah lepas tutup kedai,”

“Datang rumah? Rumah siapa?”

“Rumah kau la,”

“Eh..bukan ke kita nak balik rumah,”

“Memang la tapi bukan rumah kita, rumah kau. Mama suruh aku hantar kau ke sana. Nanti kau dah betul-betul okey baru boleh balik duduk dengan aku,”

“Apa ni, aku dah sihat la. Kenapa nak balik rumah sana pulak,” luah Nureen tak puas hati.

“Memanglah tapi mama yang suruh,”

“Eii..aku tak suka lah…takpelah nanti aku cakap dengan mama,” ujar Nureen. Syazana hanya tersenyum. Walaupun Nureen hilang ingatan tapi sikap degilnya masih tak hilang.

“Kenapa senyum ni?”

Teguran Nureen mematikan senyuman Syazana. Dia hanya menggeleng.