Thursday, October 19, 2006

[ 7 ]

“Abang, bila kita nak kawin?” soal Nureen pada Faris setelah mereka selesai menikmati makan malam.

“Reen, berapa kali abang nak bagitau..keadaan ekonomi abang belum stabil Reen bersabarlah sikit,”

“Reen tanya aje, abang janganlah marah. Okeylah, lain kali Reen tak akan tanya lagi pasal ni, Reen tunggu abang je yang cakap,” ujar Nureen perlahan sambil memujuk Faris.

“Abang bukannya marah pada Reen tapi abang harap Reen faham keadaan abang. Abang anak sulung, ada tanggungjawab besar pada keluarga,”

“Ye, Reen faham keadaan abang. Reen minta maaf sebab bangkitkan hal kawin ni. Reen akan sabar dan tunggu sampai abang betul-betul dah bersedia,”

“Terima kasih, Reen kerana memahami abang,” ucap Faris pada Nureen dan Nureen hanya menganggukkan kepala dan tersenyum.

“Eh..dah lewat ni. Jom abang hantar Reen balik,” ujar Faris tidak lama kemudian.

“Ye lah. Nanti tidur lewat, bangun pun lewat. Takur abang la yang lewat, ada punch card kan?” uajrku lalu bangun menuruti langkah Faris menuju ke kereta. 20 minit kemudian, mereka tiba di rumah sewa Nureen.

“Abang, thanks bawa Reen keluar malam ni dan juga untuk ni,” ujar Nureen sambil menunjukkan kotak kasut dan beg yang dibeli siang tadi.

“Kasih Reen sentiasa abang terima. Ok, good night, sweet dream. Oh, ya! Esok macam biasa ye..”

“Good night, sweet dream. Esok? Ye, Reen tak lupa,”

“Okey, abang balik dulu. Take care,”

“Abang pun take care, drive elok-elok. Nanti sampai rumah abang sms pada Reen, tau,”

“Ya, sayang. Bye bye..”

“Bye bye..” ujar Nureen sambil melambai ke arah Faris. Dia melangkah ke dalam sebaik saja kereta yang dipandu Faris hilang di sebalik simpang.

“Amboi…berserinya muka,” tegur Syazana yang duduk menonton TV di ruang tamu.

“Muka aku memang sentiada berseri tambah-tambah pulak baru balik dari dating ni, makin berseri,” jawab Nureen selamba.

“Mula lah nak perasan tu,” ejek Syazana.

“La..tadi kau juga kata yang muka aku berseri-seri. Aku iyakan saja, jangan la marah,” jawab Nureen sambil ketawa kecil.

“Sakan berdating. Korang bila nak naik pelamin ni? Jenuh aku tunggu tau…”

“Entahlah, Syaz. Aku takde jawapan yang tepat untuk soalan kau,” jawab Nureen perlahan.

“La…awatnya pulak,” soal Syazana pelik.

“Abang cakap dia belum stabil. Tadi dia macam marah kat aku bila aku tanya bila nak kawin. Dia minta kau bersabar. Aku memanglah bersabar sebab kalau tak bersabar aku tak tunggu sampai sekarang. Tapi..entahlah…susah nak cakap. Tunggu ajelah, yang pasti selepas ni aku tak akan tanya lagi tentang kawin sebab aku takut dia marah, aku takut dia ingat aku tak faham keadaan dia sedangkan aku faham dengan keadaan dia, tanggungjawab dia pada keluarga dia. So, kalau kau nak sangat tengok kami naik pelamin dan makan nasi minyak kami, kau kenalah tolong doa agar kami cepat-cepat kawin. Tapi kalau kau dah tak larat nak tunggu, dah tak sabar nak makan nasi minyak, kau pergi je kedai makan kat hujung deret kedai kita tu, kau makan,”

“Nasi minyak kedai mamak nak buat apa…bukan sama dengan nasi minyak kau dan Faris,”

“Eleh…sibuk tanya aku bila nak kawin. Kau tu bila lagi?”

“Aku?! Hahahaha…aku calon pun takde nak kawin dengan siapa? Cuba bagitau sikit,”

“Calon takde? Piirah…ada orang nak kau jual mahal,”

“Siapa? Kamal? Sorrylah…dia tu ‘mat bunga’..aku tak berkenan,”

“Okeylah ‘mat bunga’. Boleh dapat bunga tiap-tiap hari,” ujar Nureen sambil ketawa. Seronok dapat mengenakan Syazana.

“Ish..tak nak aku!!!”

“Suka hati kau lah. Eh, aku nak masuk bilik, nak mandi lepas tu nak tidur,”

“Okey, sweet dream,”

“U too,” ujar Nureen kepada Syazana. Kemudian dia terus berlalu masuk ke bilik. Baru saja dia melabuhkan punggung ke atas tilam, telefon bimbitnya mengalunkan lagu Kehebatan Cinta, menandakan ada sms diterima.

Reen, abang dh smpi. Good night, sweet dream..muahhhh…
Nureen tersenyum membaca sms tersebut dan dengan pantas dia membalas.
Ok, good night, sweet dream. Muahhhh….

Dia menekan butang send. Kemudian dia terus ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwudu’. Setelah semuanya selesai, dia naik ke katil dan memejamkan mata. Moga-moga aku akan bertemu dengan abang dalam mimpi malam ni, bisik hati kecilnya.

No comments: