Saturday, October 21, 2006

[ 9 ]

Nureen merenung gambar dia dan Faris yang menjadi wallpaper laptopnya. Tiba-tiba dia teringat kembali perbualannya dengan kakaknya tengahari tadi. Siapa yang tak nak kawin tapi dia nak buat macam mana, dia perempuan. Kalau dia lelaki dan Faris oerempuan, dah lama dia masuk meminang Faris tapi hakikatnya dia perempuan dan apa-apa hal pun dia kena tunggu pihak lelaki yang mulakan. Buat masa sekarang dia dah tak berani nak menyoal Faris tentang kawin kerana dia takut Faris memarahinya kalau dia tersalah tanya. Padahal yang ditanya itu melibatkan masa depan mereka. Alunan lagu Kehebatan Cinta menyedarkan Nureen dari lamunan. Dia mencapai telefon bimbit di sebelah bantalnya.

A’kum. Reen buat apa tu? Tgk gmbr kita ye? :-)

Nureen tersenyum membaca message tersebut. Macam tau-tau je yang dia sedang merenung gambar mereka berdua. Lantas dia membalas sms tersebut.

Memang pun. Mcm mana abg tau, ek?

Setelah berpuas hati, dia menekan butang Send. Tak sampai beberapa minit, dia menerima balasan dari Faris.

Kita kan sehati dan sejiwa. Abang sebahagian dari Reen & Reen pula sebahagian dari abang so abang tau la Reen sedang buat apa… :-)

Ya, abang sebahagian dari Reen dan Reen sebahagian dari abang, ucap Nureen perlahan sambil tersenyum. Dia dapat merasai mungkin mereka sehati sejiwa. Mana taknya, kadang-kadang bila dia teringat untuk call atau sms pada Faris, pasti Faris yang akan call atau sms dia terlebih dahulu. Macam ada telepati antara mereka. Nureen tersenyum, akhirnya mereka berbalas sms, kerja yang nak dia siapkan terus tertangguh. Tiba-tiba sedang dia rancak menekan keypad untuk membalas sms Faris, dia menerima panggilan dari Faris.

“La..tadi kata nak sms je. Kenapa call pulak?” soal Nureen pelik. Tadi kata nak berjimat, alih-alih dia call pulak. Tapi Nureen suka apabila Faris menelefonnya, dapat mengubat rindu di hati.

“Kenapa? Abang tak boleh call cinta hati abang ke?”

“Boleh…tapi tadi abang kata nak berjimat kan?”

“Abang dah tak larat nak tekan keypad tu. Lagi pun, abang rindu nak dengar suara Reen. Siang tadi abang tak sempat nak call sebab jadual abang full hari ni,”

“Abang ni kan, memang takleh masuk speed master la. Baru tekan keypad tak sampai sejam dah tak larat. Manja,” usik Nureen sambil ketawa.

“Manja ye? Memang pun abang manja especially dengan Reen. Malam ni nak tidur pukul berapa?”

“Erm..tak tau lagi…mungkin bila kita dah letak phone, Reen tidur la. Abang?”

“Abang tak tau lagi sebab ada kerja sikit yang abang kena siapkan,”

“Abang..tadi kan, Reen lunch dengan Along. Lepas tu, Along bagitau yang mama dah tanya pasal kita,”

“Mama tanya pasal kita? Habis Reen cakap apa pada Along?”

“Reen bagitau macam yang abang selalu bagitau pada Reen tu lah, yang abang belum stabil,”

“Along kata apa?”

“Along tak kata apa-apa pun,” jawab Nureen berdalih. Kalaulah Faris tahu yang Yasmeen hampir-hampir mengamuk, dia tak tahu la apa Faris akan rasa.

“Macam ni lah, nanti kita bincang. Minggu depan abang nak balik kampong jadi boleh la abang bincang dengan mak dan ayah abang. Abang harap Reen boleh bersabar,”

“Abang…kalau selama 6 tahun ni Reen boleh bersabar, tak kan lah beberapa bulan lagi Reen dah tak boleh sabar. Reen faham keadaan abang. Reen minta maaf bagi pihak mama sebab mama macam mendesak,”

“Terima kasih kerana Reen memahami abang. Abang pun tak lama-lama begini. Abang nak kita cepat-cepat dapat bersama,”

“Ye, Reen faham,” jawab Nureen perlahan. Dia tahu Faris anak sulung dalam keluarganya dan tanggungjawabnya terhadap keluarga amat besar. Kalau selama ini dia sanggup bersabar dan menanti. Kenapa tidak dia menanti untuk beberapa ketika saja lagi.

“Abang…Reen mengantuklah. Reen nak tidur dulu, boleh?” ujar Reen memecah kesunyian yang tiba-tiba melanda mereka.

“Reen marahkan abang ye?”

“Hah?! Marah abang? Bila pulak Reen marah abang. Takde lah,”

“Ye lah, tiba-tiba kita senyap lepas tu bila bercakap, Reen nak tidur pulak. Mana tau kalau Reen marahkan abang sebab abang lambat-lambatkan hal kita,”

“Ish…takde lah, Reen tak marah pun. Reen faham keadaan abang. Reen senyap tadi sebab tunggu abang cakap la…tiba-tiba je rasa mengantuk. Boleh ke Reen nak tidur? Kalau tak boleh, kita terus berbual,”

“Betul Reen tak marahkan abang?” soal Faris lagi inginkan kepastian.

“Betul, Reen tak marah abang pun,”

“Okeylah, Reen tidur dulu, abang nak siapkan kerja. Esok pagi jangan lupa ye…”

“Mana boleh lupa, itukan rutin harian,”

“Okey, good night, sweet dream my love. Mimpikan abang tau,”

“Good night, sweet dream untuk abang juga. Abang pun mimpikan Reen aje tau, bukan orang lain. Bye-bye,”

“Ye sayang, mimpi Reen aje. Bye-bye. Muahhh!”

“Muahh!! Bye-bye..” ujar Nureen lalu mematikan talian telefon. Hampir sejam dia dan Faris berbual rupanya. Dia meletakkan telefon bimbitnya di kepala katil dan bangun menuju ke bilik air.

Selesai mencuci muka, dia kembali ke katil dan membaringkan diri. Sambil berbaring menanti mata terlelap, dia sempat memikirkan semula kata-kata Yasmeen, kata-kata Faris. Ya Allah, kau panjangkanlah jodohku dan Faris sehingga ke akhir hayat kami, doa Nureen perlahan.

No comments: