“Betul ke apa yang abang bagitau Reen ni?” soal Nureen sebak. Dia cuba sedaya upaya menahan air mata agar tidak menitis. Matanya tetap memandang Faris. Tiada suara yang keluar, hanya sekadar anggukan mengiyakan apa yang dikatakan. Nureen menjadi semakin sebak dan pilu. Inikah kesudahan kisah cinta mereka. Tanpa sedar, dia menggelengkan kepala, cuba menafikan apa yang telah didengar dan dilihat.
“Abang minta maaf, Reen. Abang memang tak dapat nak teruskan hubungan kita. Reen carilah lelaki yang lebih baik dari abang, abang tak layak untuk Reen. Abang yakin Reen akan temui lelaki yang lebih baik dari abang nanti,”
Nureen hanya memandang. Mudahnya kau berkata-kata wahai lelaki dan menjadi lebih mudah kiranya aku dapat menerimanya tetapi malangnya aku tak dapat menerima apa yang kau katakan padaku, bisik hati kecil Nureen. Dia tak sangka dengan begitu mudah Faris melupakan kisah cinta mereka, melupakan janji yang telah ditabur. Sungguh dia tak sangka bahawa kisah cinta yang disemai, dibaja, dijaga akhirnya musnah sekelip mata. Tanpa sedar, akhirnya air mata yang ditahan mengalir perlahan. Sampai hati abang buat Reen macam ni, bisik hati Nureen. Nureen memandang Faris yang sedari tadi hanya memandang ke luar, seolah-olah tidak sudi lagi untuk menatap wajahnya walau untuk seketika.
“Reen tak dapat terima semua ni. Kenapa abang buat Reen macam ni?”
“Reen, Reen kena terima. Setakat ini saja jodoh kita,”
“Senangnya abang kata. Mudahnya abang melupakan cinta kita. Hebat sangatkah perempuan tu sampai abang sanggup melepaskan cinta kita yang dah bertahun kita semai? Reen nak jumpa dia,”
“Tak boleh, abang tak izinkan Reen jumpa dia,”
“Amboi…sampai begitu sekali abang protect dia. Dah berapa lama abang berkawan dengan dia?”
“Abang serius dengan dia baru 2 bulan,”
“Apa?! Baru dua bulan tapi abang sanggup memutuskan kasih sayang kita yang hampir 10 tahun ni? Sampainya hati abang,” ujar Nureen makin sebak. Air mata yang tadinya seakan-akan mahu kering tiba-tiba bergenang kembali di tubir mata.
“Abang minta maaf, abang dah janji dengan dia dan keluarga dia,” ucap Faris perlahan.
“Sampai hati abang. Abang memang kejam,” ucap Nureen.
“Lupakan abang, Reen. Abang pasti Reen akan temui lelaki yang jauh lebih baik dari abang. Itu doa abang untuk Reen. Abang nak tengok Reen bahagia,”
“Doa untuk Reen? Tak perlulah abang doakan Reen. Kebahagiaan Reen hanya dengan abang bukannya lelaki lain. Kebahagiaan Reen dah hilang bersama hilangnya abang dari Reen,”
“Abang minta maaf,”
“Reen minta maaf sebab Reen tak dapat nak memaafkan abang dan juga perempuan yang merampas abang dari Reen,” ujar Nureen tegas.
“Abang pergi dulu. Abang doakan kebahagiaan Reen walaupun kita tak dapat bersama,” ujar Faris lalu keluar dari kereta Nureen menuju ke keretanya di seberang jalan.
“Nureen benci abang!!!” jerit Nureen sekuat hati walaupun dia tahu Luqman Faris tidak mendengarnya kerana tingkap keretanya tertutup rapat. Nureen menangis.
“Nureen! Nureen!” sayup-sayup dia mendengar namanya dipanggil seseorang. Dia cuba membuka mata. Cahaya yang agak silau membuatkan dia sukar membuka mata.
“Nureen! Bangun, dik,” dia mendengar lagi suara yang memanggil namun dia tidak tahu siapa yang memanggilnya. Sukar untuk dia mengecam suara tersebut tanpa melihat orangnya. Akhirnya setelah puas mencuba, dia berjaya membuka matanya dan dilihatnya beberapa orang sedang mengelilinginya tika itu.
“Saya kat mana?” soal Nureen sambil cuba bangun tetapi dia merasakan kepalanya berat.
“Reen kat hospital. Dah 3 hari Reen tak sedarkan diri. Syukur akhirnya Reen sedar juga,” ujar Yasmin.
“Hospital?” soal Nureen pelik. Dia cuba mengingati apa yang terjadi namun gagal.
“Ya, dah 3 hari Reen kat sini. Cuba Reen ingat macam mana kemalangan tu boleh berlaku,” ujar Puan Rahimah.
“Kemalangan? Kemalangan apa?”
“Puan, saya rasa buat masa ni biarkan Nureen berehat. Nanti kita akan tanya lagi,” ujar Doktor Anis.
“Betul kata doctor tu, ma. Kita biar Reen rehat nanti baru kita tanya dia,” ujar Yasmin menyokong kata-kata Doktor Anis. Nureen hanya memandang perempuan yang memakai tanda nama Anis dan juga orang lain yang berada dalam bilik tersebut. Dia seperti pernah melihat beberapa wajah namun mindanya gagal untuk mengecam siapakah mereka. Dia hanya memerhatikan perlakuan mereka sehinggalah mereka semua bergerak meninggalkan dia keseorangan di bilik tersebut. Arghhhh…kenapa aku tak boleh ingat siapa mereka tadi tu, jerit hati Nureen. Kepalanya berdenyut tiba-tiba, dia memejamkan mata untuk menghilangkan rasa sakit.

No comments:
Post a Comment